Connect with us

Uncategorized

“Mewakili anaknya, hadiah dari Turki.. ” – Demi hajat anak, Norman Hakim berjumpa Mufti KL

Demi hajat anak, Norman Hakim berjumpa Mufti KL.

Published

on

Februari lalu, sebuah video pelakon Norman Hakim mengiringi anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim ke Turki bagi memulakan pengajian hafazan menjadi tular serta mengundang sebak netizen.

Namun, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu kembali tenang dan tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan anaknya sepanjang berada di sana.

Terbaru, suami kepada pelakon Memey Suhaiza itu telah mengambil kesempatan untuk bertemu dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi menyampaikan hajat anak lelakinya yang berusia 15 tahun.

“‌Alhamdulillah, terima kasih kepada saudara @normanhakim_786 yang mewakili anaknya bagi menyampaikan hajat kepada kami hadiah yang amat bermakna iaitu sehelai jubah dan Imamah Turki.

“Hadiah daripada anaknya yang bernama Muhammad Danish Hakim yang sedang menuntut ilmu di bumi Turki. Alhamdulillah atas kurniaan ini dan semoga Allah SWT memberi kefahaman dan kejayaan kepada anakanda Danish,” ujar Zulkifli.

Terima kasih jugak yang saya sayangi Sahibus Samahah Datuk Mufti @drzulkifli.albakri hadiahkan kami sekeluarga buku hasil penulisan Datuk Mufti sendiri yang baru keluar dari 'oven' bertajuk Bayan Linnas;Penjelasan Isu2 Semasa berlandaskan Al-Quran,Sunnah & Hadis buat rujukan kehidupan kami sekeluarga @memeysuhaiza @abby_abadi112 @jaiezzany @danishhakim_243 @marissadania_ @mariadanishahakim_2008 @awishzarisz ❤️ . . @Regrann from @drzulkifli.albakri – ‌Alhamdulillah, terima kasih kepada saudara Norman Hakim yang mewakili anaknya bagi menyampaikan hajat kepada kami hadiah yang amat bermakna iaitu sehelai jubah dan Imamah Turki daripada anakdanya yang bernama Muhammad Danish Hakim yang sedang menuntut ilmu di bumi Turki. Alhamdulillah atas kurniaan ini dan semoga Allah SWT memberi kefahamman dan kejayaan kepada anakda Danish.

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

“Terima kasih jugak yang saya sayangi Sahibus Samahah Datuk Mufti @drzulkifli.albakri hadiahkan kami sekeluarga buku hasil penulisan Datuk Mufti sendiri yang baru keluar dari ‘oven’

“Iaitu bertajuk Bayan Linnas;Penjelasan Isu2 Semasa berlandaskan Al-Quran, Sunnah & Hadis buat rujukan kehidupan kami sekeluarga,” ujar Norman pula.

Niat murni anaknya itu disambut dengan rasa syukur oleh netizen yang rata-rata berharap agar remaja tersebut memperoleh kecemerlangan dunia akhirat.

Selamat maju jaya Danish!

Sumber : Norman Hakim , Zulkifli Mohamad

Belia

SOLS 24/7 memperkasakan belia daripada kumpulan B40

Published

on

SOLS 24/7 adalah sebuah organisasi kemanusiaan yang komited untuk berkhidmat, mendidik dan memperkasakan masyarakat miskin dan kurang berkemampuan.

Melalui pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial, SOLS 24/7 telah berusaha untuk mengubah komuniti yang kurang terlatih untuk mengembangkan potensi sebenarnya dalam mematahkan roda kemiskinan.

Menggunakan model dan reka bentuk khas – Sains Bahasa, Sains Teknologi dan Sains Kehidupan – organisasi ini telah menyediakan pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial secara percuma kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di Malaysia.

Jom tonton siri pertama temu bual eksklusif MalaysiaBoleh.com bersama SOLS 24/7.

Continue Reading

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: