Connect with us

Politik

Mat Sabu sarapan di kedai Mamak sebelum ke istana

Published

on

oleh Syaida Ismail

2 Julai – Seperti yang semua tahu, pagi tadi dah berlangsung majlis angkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan yang diadakan di Istana Negara. Semua menteri Kabinet diwajibkan hadir ke majlis ni dan seperti biasa Menteri Pertahanan, Mat Sabu pun mestilah join sama kan.

Macam manapun, sebelum nak ke Istana Negara, Mat Sabu bersama isteri, Normah Alwi dan barisan escort sempat minum teh tarik dulu di restoran mamak di Shah Alam, lapor Sinar Harian. Waaa Abang Mat pun breakfast kedai mamak je. 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Foto yang jugak dikongsikan kat laman Twitter menunjukkan Mat Sabu sedang menikmati makan pagi di Restoran Khulafa Seksyen 20, Shah Alam ni telah dapat 1,600 likes dan 673 shares hingga setakat ini.

“Dalam perjalanan ke Istana Negara untuk majlis angkat sumpah rakan-rakan menteri Kabinet. Saya singgah minum di Restoran Khulafa Seksyen 19, Shah Alam… kegemaran saya teh C ‘O’” tulisnya.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Posting yang dimuat naik pada jam 9.44 pagi tu mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji sikap Mat Sabu dengan relax lepak mamak sebelum pergi ke acara mengangkat sumpah di Istana Negara. Steadyyy Mat Sabu!

Sumber: Twitter

Walau bagaimanapun post tu jugak mendapat teguran daripada netizen yang bertanya kenapa Mat Sabu minum guna tangan kiri. Erkk yang tu pulak yang korang tengok eh? 

Sumber: Twitter

Papepun admin yakin rakyat suka benar dengan sikap selamba dan sangat merendah diri Mat Sabu sudah terbiasa bercampur gaul dengan masyarakat setempat. Dengan cara ni, dapatlah Mat Sabu memahami kesusahan dan keperitan rakyat daripada bawah.

Artikel Asal: Lobak Merah

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Politik

Saga MB Johor Siri II: Sistem raja menyemak imbang percaturan politik, baik untuk rakyat

Published

on

By

Kredit Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Apakah agaknya sebab Sultan melantik Onn Hafiz?

Pertama sekali, Onn Hafiz adalah seorang ADUN BN jadi beliau sebenarnya boleh meraih sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan negeri BN yang memenangi pilihan raya negeri Johor dengan dua per tiga majoriti.

Beliau juga bukan calang-calang orangnya, kerana sebelum ini pernah menyandang jawatan exco pelancongan, belia dan sukan negeri Johor.

Kredit Foto: Blogspot Pelajar Politeknik Nilai

Dari segi keturunan pula beliau adalah cicit kepada Menteri Besar Johor yang pertama, Jaafar Muhammad, cicit kepada pengasas UMNO, Onn Jaafar, cucu kepada Perdana Menteri ke tiga, Hussein Onn.

Beliau datangnya daripada keluarga yang sangat berpengalaman dalam hal-ehwal pentadbiran, khususnya di negeri Johor. Secara mudahnya, beliau merupakan anak jati Johor.

Ke dua, kita perlu fahami konteks situasi politik di negara ini. Menurut Murray Hunter seorang penganalisis politik di dalam artikelnya di FMT News, BN yang sekarang ini diterajui oleh UMNO sebenarnya dipengaruhi dan dipimpin “kluster mahkamah”. Jadi Hasni Mohammad sebenarnya adalah calon yang disyorkan oleh kluster mahkaman tersebut.

Kredit Foto: Airtimes

Walaupun BN memenangi pilihanraya negeri Johor, kita harus ingat bahawa peratusan keluar mengundi sangatlah rendah sebanyak 55% sahaja. Secara teknikalnya, BN menang besar, tetapi realitinya?

Kredit Foto: Iluminasi Farhan Najib Yusoff

Umum mengetahui rakyat sudah muak dengan isu-isu rasuah dan berat hati untuk mengundi. Jika undi pembangkang, politik tidak stabil. Jika undi BN, kluster mahkamah pula bermaharajalela.

Jelas di sini, bahawa walaupun negara kita mengamalkan sistem demokrasi, tidak semestinya sistem ini tiada kelemahan.

Semasa situasi bergolak politik negara, Istana memainkan peranan yang penting sebagai benteng kestabilan terakhir dalam sistem pentadbiran negara. Jadi institusi raja kita sangat mustahak untuk menjadi panduan dan semak imbang kepada percaturan golongan ahli politik.

Hujah ini menjawab persoalan terakhir.

Apakah situasi seperti ini pernah belaku sebelum ini?

Perkara ini tidak asing lagi dan pernah berlaku di Perlis, Selangor dan Terengganu. Contoh yang paling baik adalah ‘langkah kajang’ pada tahun 2014.

Disebabkan percaturan politik PKR dan Rafizi Ramli untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai pengaruh isteri beliau Wan Azizah yang disyorkan parti sebagai Menteri Besar Selangor, Sultan Selangor pada ketika itu telah menghentikan percaturan ini dengan melantik Azmin Ali.

Kredit Foto: Astro Awani

Sejarah dan kuasa kesultanan Johor

Perkara terakhir yang perlu difahami adalah kuasa kesultanan Johor dan negerinya yang bersifat bebas. Tidak seperti negeri lain, Johor merupakan sebuah negeri yang mempunyai sejarah empayar yang berdaulat.

Kredit Foto: Berita Harian

Jadi terma dan syarat Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu adalah lain dan datangnya dari kedudukan yang lebih berkuasa. Antara syaratnya adalah Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.

Kerana itu, secara tradisi dan budayanya politiknya, kesultanan negeri Johor lebih berpengaruh dalam hal-ehwal pentadbiran negeri Johor.

Kredit Foto: Twitter Antugigi

Menurut Dr. Ramlah Adam, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, dalam sistem kerajaan negeri, Sultan Ibrahim merupakan pemerintah tertinggi dan kuasa pentadbiran harian diserahkan kepada pembesar yang dilantik.

“…Kerajaan Persekutuan kena hormat undang-undang Johor. Kuasa raja kekal dan Kerajaan Pusat tidak boleh campur tangan.”, katanya.

Kesimpulanya, yang paling penting di sini, sistem pentadbiran negara yang mempunyai semak imbang sangat penting untuk menjamin tadbir urus atau governance yang berkesan demi kebaikan rakyat.

Dalam hal ini, institusi raja telah memainkan peranan mereka menyemak imbang sebuah parti politik yang, walaupun memenangi pilihan raya negeri Johor, masih mempunyai banyak kelemahan.

Continue Reading

Politik

Saga MB Johor Siri I: Sultan berkuasa melantik menteri besar Johor

Published

on

By

Kredit Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Perlantikan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor, dan bukan Hasni Mohammad yang merupakan ‘poster boy’ kempen Barisan Nasional (BN) telah mencetuskan perdebatan hangat di dunia politik. Namun, di sebalik saga perlantikan MB Johor ini, terdapat tiga perkara yang kita perlu tahu.

Pertama, mengikut undang-undang, adakah Sultan boleh melantik Onn Hafiz sebagai Menteri Besar walaupun beliau tidak disyorkan oleh parti yang memenangi pilihanraya negeri?

Ke dua, sekiranya ianya boleh dilakukan sekalipun, apakah kemungkinan sebab Sultan melantik Onn Hafiz?

Ke tiga, apakah situasi di mana sultan melantik seorang ketua negeri berdasarkan budi bicara beliau pernah berlaku sebelum ini?

Raja berhak melantik seorang Menteri Besar atas budi bicara beliau

Umum mengetahui bahawa sistem raja di negara ini adalah Raja berperlembagaan di mana, Raja diiktiraf sebagai ketua negara dan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Kredit Foto: Malay Mail

Dalam hal ehwal pelantikan ketua negara di peringkat persekutuan, lazimnya Yang di-Pertuan Agong akan melantik seorang ahli parlimen di mana pada pandangan beliau, mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

Walau bagaimanapun, adalah rahsia terbuka bahawa terdapat pertikaian antara BN yang memenangi pilihan raya Negeri Johor dengan Istana dalam isu pelantikan Menteri Besar. Hasni dikatakan mempunyai sokongan majoriti 38 daripada 56 ahli-ahli DUN BN. Namun Onn Hafiz pula yang dilantik oleh Istana. Jadi, apakah tindakan Istana itu berlandaskan undang-undang?

Kredit Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kuasa Sultan ini perlu dilihat dalam konteks undang-undang negeri, khususnya dalam hal ini undang-undang Tubuh Negeri Johor. Menurut Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Pensyarah dan penganalisis politik, dalam sistem beraja Melayu, kuasa prerogatif dan budi bicara seorang raja lebih luas. Kuasa prerogatif dan budi bicara raja kemudiannya tertakluk kepada oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan.

Kredit Foto: Ilham Books

Sultan melaksanakan fungsi kuasa baginda menurut budi bicara baginda atau bertindak di atas nasihat.

Justeru dalam kes pemilihan atau pelantikan Menteri Besar, isu yang perlu diperbahaskan sebenarnya, bukanlah sama ada Sultan Johor itu berkuasa mutlak ataupun tidak, sebaliknya adakah baginda dikehendaki bertindak mengikut nasihat mana-mana pihak.

Isu itu dijawab oleh Fasal 7(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (Bahagian Kedua) bahawa kuasa untuk memilih seorang Menteri Besar adalah di bawah budi bicara baginda.

Budi bicara adalah prerogatif yang masih tersimpan pada Raja-Raja untuk bertindak tanpa terikat dengan nasihat.

Kredit Foto: Wacana

Menurut Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, pemerhati politik, secara teknikal memang Sultan akan melantik seorang menteri besar yang mendapat sokongan majoriti ADUN. “Tetapi secara amalan menteri besar yang dilantik bukan sahaja perlu mendapat sokongan majoriti tetapi individu sebagai ADUN yang boleh bekerja dengan baik untuk rakyat serta negeri yang diperintah oleh baginda,” katanya.

Hujah ini menjawab persoalan seterusnya di dalam Saga MB Johor Siri II.

 

Continue Reading

Politik

Pandangan orang dalam terhadap kejatuhan kerajaan Barisan Nasional

Published

on

By

Final Reckoning sebuah karya Romen Bose yang bekerja sebagai Perunding Komunikasi Politik untuk bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak selama enam tahun dan merupakan orang kepercayaan rapat kepada pembuat keputusan di peringkat atasan elit politik negara. Romen hadir semasa kontroversi besar yang melanda pentadbiran Najib Razak, menyaksikan sendiri bagaimana kepimpinan negara bertindak balas terhadap kehilangan MH370 dan tindakan langkah demi langkah pegawai tertingginya, serta tindakan rahsia yang diambil untuk mengambil mayat mangsa warga Malaysia berikutan penembakan MH17.

Dalam ‘Final Reckoning’, pengarang menceritakan kisah hebat tentang bagaimana skandal 1MDB menggegarkan Kerajaan dan percubaan oleh ahli politik terkemuka negara dan penasihat mereka untuk membendung dan menyelesaikannya.

Buku ini menceritakan kisah perjalanan  yang bagaikan ‘roller-coaster’ liar menandakan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, dari Pilihan Raya Umum 2013, sehingga pemerintahannya yang berusia 61 tahun berakhir pada malam 9 Mei 2018.

Jika anda belum mendapatkannya, buku ini boleh didapati di kedai buku MPH, Borders, Bookdepository.com dan Kinokuniya KLCC.

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending