Connect with us

Masakan

‘Masak apa tak jadi hari ni’ sangat mencuit hati

Published

on

Apabila cuti dilanjutkan sehingga 28 April 2020 sudah tentu ramai rakyat Malaysia yang menghabiskan masa dengan mencuba masak pelbagai jenis makanan. Pelbagai resepi viral mahupun resipi turun temurun dari masakan tradisional, barat mahupun Asia turut dikongsi di laman sosial media masing-masing.

Tidak terkecuali laman sosial Facebook MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL yang mencuit hati apabila netizen berkongsi gambar serta bercerita mengenai masakan mereka yang tidak menjadi.

Sumber: FB MATJHN

Antara masakan yang dimuat naik oleh netizen. Boleh pecah perut gelak melihat semua gambar-gambar yang dimuat naik oleh mereka.

Hanya dalam tempoh beberapa hari, netizen yang mengikuti page ini telah meningkat kepada lebih 1,317,500 pengikut. Kalau anda inginkan hiburan di saat kebosanan tak tahu nak buat apa, boleh lawat laman sosial MATJHN ya!

Apa pun, tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang duduk dirumah mengikut arahan PKP yang dikuatkuasakan sehingga 28 April ini.

#StayAtHome #KitaJagaKita

Masakan

5 MENU MUDAH DAN SEDAP

Published

on

By

Sudah berbulan kita terkurung dirumah. Pasti ibu-ibu di luar sana buntu nak masak apa untuk keluarga. Di sini terdapat 5 menu ringkas yang boleh dimasak untuk seisi keluarga. Resipi mudah dan sedap. Selamat mencuba!

Telur mata bawang & bilis rangup

Bahan-bahan:
5 sudu besar Minyak zaitun
50gram ikan bilis
1 biji bawang besar
6 biji cili api (merah & hijau)
1/2 sudu besar RASA SIFU Penambah Perasa Semua Dalam Satu
3 biji telur
1/2 biji limau nipis

Jagung Bakar Berempah

Bahan-bahan:
3-5 biji jagung
1/2 cawan margerin/mentega
2 sudu besar HEXA Sichuan Mala spices

Cara-cara:

Rebus jagung sehingga masak. Kemudian toskan, gaul bersama semua bahan, masak seketika di atas pan sehingga bahan-bahan rata pada jagung.

Telur Dadar Keju

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 sudu kecil Rasa Sifu Penambah Perasa Semua Dalam Satu @myajinomoto
1/4 biji bawang besar
30 gram lada benggala hijau
30 gram lada benggala merah
4 keping keju cheddar

Ketupat Sotong versi Terengganu

Bahan-bahan:
5-6 ekor sotong bersaiz sederhana
1/2 cawan beras pulut
2 biji bawang merah kecil
2 cm halia
1/4 sudu kecil halba
1 cawan santan kotak
1/2 cawan air
Gula dan garam secukup rasa
Lidi sate/ lidi daun kelapa

Cara-cara:
1. Rendam beras pulut selama 30 minit, toskan
2. Masukkan 2 sudu besar santan, garam dan gula secukup rasa ke dalam beras pulut dan kacau sebati
3. Isi beras pulut ke dalam sotong, jangan isi terlalu penuh bagi mengelakkan sotong pecah kerana terlalu padat semasa proses memasak nanti
4. Masukkan kepala sotong dan cucuk untuk kemaskan dengan menggunakan lidi
5. Susun sotong ke dalam periuk, masukkan santan, air, hirisan bawang merah kecil, hirisan halia, dan halba
6. Masak dengan api sederhana sehingga pulut masak, lebih kurang 25-35 minit bergantung kepada saiz sotong
7. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa, sedia untuk dihidang

Creamy Yogurt Pasta with Shrimp

Bahan-bahan:
300 gram pasta (raffie guna fettuccine)
100 gram mentega (unsalted)
4 ulas bawang putih (dicincang)
200 gram isi udang
2 cawan Lactel Lemon Flavour Set Yogurt
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Keju parmesan dan daun parsley/ketumbar sebagai hiasan

Cara-cara:
1. Rebus pasta seperti yang ditulis pada paket, toskan dan ketepikan
2. Dalam kuali, cairkan mentega. Tumis bawang putih sehingga harum
3. Masukkan udang dan kacau sehingga separuh masak
4. Masukkan Lactel Lemon Flavour Set Yogurt dan kacau sebati
5. Masukkan pasta yang telah direbus tadi
6. Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau sebati
7. Taburkan keju parmesan ketika dihiding dan hiaskan dengan daun ketumbar

Kredit resepi dan foto adalah daripada Instagram Raffiey Yusoff

#kitajagakita

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending