Connect with us

Uncategorized

Lokasi kampung terbersih di Malaysia ini pasti akan mengejutkan anda!

Published

on

Selain pengalaman cinta monyet masa sekolah, ramai antara kita yang mungkin ada pengalaman kena gigit lintah dan pacat waktu kem motivasi dalam hutan. Nostalgia ni lah yang terimbau waktu penulis SOSCILI dijemput masuk ke Kompleks Hutan Belum-Temenggor pada 9 hingga 11 Julai yang lepas. Program Belum Forest Friends ni bukan setakat ada jungle trekking dan night trekking je tau, siap ada aktiviti ‘berakit-rakit ke hulu’ di Tasik Temenggor.

Apa barang main kayak, ini baru back to nature. Korang boleh pusing Tasik Temenggor tu. Imej milik SOSCILI.

Kawasan hutan yang kami masuk ni dah terbukti melalui kajian bahawa ia berusia 130 juta tahun di mana lebih tua dari hutan Amazon dan Congo. Hutan yang semestinya hijau dan tebal ni sentiasa menjadi tarikan pencinta alam dalam dan luar negara yang ingin keluar dari keserabutan bandar. Dalam hutan ini jugalah adanya kumpulan masyarakat yang tinggal lama sejak zaman berzaman. Diorang inilah yang dikenali sebagai Orang Asli.

Sebelum pergi jauh pasal satu perkampungan orang asli yang menakjubkan ni (disaksikan penulis SOSCILI sendiri), eloklah SOSCILI membawa korang mengenali dulu secara mendalam pasal masyarakat ni yang wujud di Semenanjung Malaysia. Lepas ni, bila sebut Orang Asli, korang mesti tahu yang…

Ada jenis yang mirip orang Pigmi Afrika dan mempunyai budaya lebih kurang orang Melayu

Dalam negara kita yang tengah pesat membangun ini, 0.5% populasi rakyat Malaysia adalah terdiri daripada kaum Orang Asli Semenanjung Malaysia. Kalau dikira ikut kepala, jumlahnya adalah 150 ribu orang pada tahun 2011 menurut International Work Group for Indigenous Affairs. Orang Asli ni wujud hampir di seluruh negeri Semenanjung kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Tiga kumpulan utama Orang Asli di Malaysia adalah Melayu-proto (Melayu asli), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 suku kaum Orang Asli.

1) Kumpulan Negrito: Berkulit gelap dan berbadan pendek

Imej dari Jurnal tulisan Endom Ismail.

Negrito di Semenanjung Malaysia ni dilaporkan ada ciri-ciri fizikal yang sangat mirip dengan orang Pigmi di Afrikaberbanding etnik lain di Asia Tenggara. Ciri-ciri fizikal diorang ni adalah rambut yang sikit, berkulit gelap, memiliki badan yang pendek, bermuka bulat dan berhidung lebar. Secara umumnya, serupa dengan Orang Asli di Papua New Guinea, Australia dan Afrika.

Mesti korang terkejut, macam mana kumpulan Negrito boleh sampai ke Semenanjung kan? Tapi, ada kajian yang bagitahu adanya corak migrasi manusia dari Afrika masuk ke benua Asia suatu masa dulu. Asia Tenggara juga dianggap oleh kajian sebagai pintu masuk ke benua Asia. Jadinya, Negrito yang sangat sedikit di Asia Tenggara ini adalah saki baki populasi Orang Asli yang bermigrasi ke Asia.

Bawah kumpulan Negrito ada suku kaum Jahai, Bateq, Kensiu, Kintak, Lanoh dan Mendriq. Diorang ni ada di kawasan hutan terpencil di Perak dan Kelantan. Di Baling, Kedah ada kampung suku kaum Kensiu tak jauh dari jalan utama.

2) Kumpulan Melayu-proto: Adat resam sama dengan orang Melayu

Muka pun macam Melayu ni. Imej dari The Patriot.

Kalau ikut jumlah bilangan orang, Negrito adalah paling sikit. Manakala Melayu-proto atau Melayu asli adalah kedua terbesar daripada populasi Orang Asli di Malaysia meliputi 43%. Dikenali Melayu-proto sebab tinggal berjiran dengan orang Melayu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Ditambah lagi dengan adat resam dan kebudayaan diorang ada persamaan tertentu dengan orang Melayu.

Di bawah kumpulan ini ada enam suku kaum termasuk Jakun, Temuan, Semelai, Orang Kuala, Orang Kanaq dan Orang Seletar. Ada suku kaum yang boleh dijumpai di kawasan persisiran pantai dikenali sebagai Orang Laut dan juga di kawasan hutan.

3) Kumpulan Senoi: Berbadan sasa dan ikal rambutnya

Wanita Senoi menghiasi kecantikan Malaysia. Imej dari Sc2218.wikifoundry

Kullitnya berwarna lebih cerah daripada Negrito, kebanyakannya berambut ikal dan badan berbentuk lebih sasa. Itulah ciri-ciri fizikal kumpulan Senoi yang juga dikenali sebagai Sakai. Ciri-ciri fizikal ini juga hubungan dengan orang Vedda di Selatan India.

Dalam kumpulan Senoi ini ada enam suku kaum iaitu Temiar, Jahut, Semai, Che Wong, Semoq Beri dan Mahmeri. Kat mana nak jumpa diorang ni? Diorang mendiami lereng Titiwangsa di pedalaman Perak, Kelantan dan Pahang. Lebih tepat lagi di sempadan Perak-Kelantan, Perak-Pahang dan Pahang. Ada lah sebilangan kecil di kawasan pantai negeri Selangor. Diorang ni tinggal tetap di satu-satu penempatan dan melakukan pertanian pindah.

Selepas dah kenal semua kumpulan orang asli di Semenanjung ni, SOSCILI nak bawa semua masuk ke dalam Kompleks Hutan Belum-Temenggor yang semestinya berada dalam kawasan sempadan Perak-Kelantan. Macam yang diterangkan sebelum ini, di situ ramainya Orang Asli dari kumpulan Senoi.

Bukan kecik tau kawasan hutan ni. Imej dari Wonderful Malaysia.

Orang Asli suku kaum Temiar yang kaya dengan budaya tradisional

Dalam kumpulan Senoi, suku kaum terbesar adalah Semai (53%) dan keduanya adalah suku kaum Temiar (32%). Kalau Semai banyak di kawasan Banjaran Titiwangsa di Perak Tengah dan Perak Selatan serta barat Pahang, suku kaum Temiar tertumpu di Perak Utara dan Kelantan.

Orang Temiar di Pos Raya. Iej dari epaper.mmail

Kaum Temiar ni jugalah yang berada dalam kawasan Hutan Hujan Belum-Temenggor yang bersaiz 300 ribu hektar. Penulis SOSCILI dah diberi peluang untuk melawat dan mengenali dengan lebih dekat suku kaum Temiar ini. Dilaporkan rumah kediaman masyarakat Temiar ni menggunakan buluh sama ada jenis bulat-bulat atau anyaman. Lantai dan dinding pula dibuat dari kayu-kayu pokok hutan. Atapnya pula diperbuat dari pelepah bertam, serdang atau nipah disusun silang menyilang denga rapi. Macam ketupat lah pulak silang menyilang.

Masyarakat Temiar ni juga dikatakan sangatlah aktif memburu dan menangkap ikan. Macam-macam jenis bubu yang diorang ada sama ada diperbuat daripada buluh atau rotan. Nama bubu pun sedap-sedap macam bubu tempirai, bubu che O’, tangkul dan ce’ak. Bukan setakat tu je, diorang juga terkenal dengan upacara sewang. Secara mudahnya, upacara sewang ni dijalankan untuk beberapa keadaan:

  1. Berubat orang sakit (alatan digunakan macam selempar dan lilitan pinggang-nipah)
  2. Perkahwinan (alatan digunakan tempok-bertam, mengkuang, bujam-mengkuang, manik-biji keril dan buluh)
  3. Kelahiran
  4. Kematian

Orang Asli tak buat benda lagha macam ni ok!

Semua acara sewang ni diiringi dengan muzik tradisional yang menggunakan peralatan macam buluh centong, gendang dan gong. Walaupun macam tu, penulis SOSCILI tak berpeluang merasai upacara sewang atau tengok diorang tangkap ikan. Cumanya, ada sesuatu yang menakjubkan mengenai suku kaum Temiar di satu kampung ini. Ianya adalah…

Kampung punyalah jauh ke dalam hutan, tapi dinobatkan sebagai…

Dalam perjalanan ke Kg. Semelor, penulis kami bersembang dengan pemandu bot kalau-kalau pernah jumpa Rimau berenang kat Tasik Temenggor. Imej milik SOSCILI.

Punyalah dalam Kampung Orang Asli Semelor sampai kena naik bot nak dekat sejam disambung pulak kena naik kereta pacuan empat roda yang berbukit serta bertanah merah. Dah macam Roller Coaster. Maka sampailah kami di kampung itu yang dilaporkan didiami kira-kira 100 penduduk daripada 33 buah keluarga kaum Temiar. Sewaktu sampai di sana, peserta program diperkenalkan kepada ketua kampung atau Tok Batin diorang iaitu Pak Samad Jeranggong. Pak Samad pernah berkata,

“Kalau kotor, penuh dengan sampah akan mudahlah penyakit datang, di sini klinik jauh jadi untuk elakkan orang kampung sakit, saya tekankan pentingnya menjaga kebersihan kepada penduduk”- Pak Samad, petikan dari Utusan.

Biasanya, kampung Orang Asli dikaitkan dengan keadaan sekitar yang kotor, tapi Pak Samad cuba ubah fikiran orang kampungnya supaya persepsi orang luar terhadap orang asli juga berubah. Sikap prihatin Pak Samad yang menjalankan gotong-royong di kampung dahberjaya mengurangkan penyakit malaria, taun dan lain-lain. Bukan setakat prihatin pasal kebersihan, malah dia tegas dalam bab ni.

Mana ketua kampung kawasan korang tak function tu, eloklah belajar dari Pak SAMAD JERANGGONG. Imej milik SOSCILI.

Penulis SOSCILI beruntung sebab dapat berpijak atas tanah kampung yang banyak dapat anugerah dan bukan calang-calang. Pada tahun 2002, kampung ketiga terbersih di peringkat kebangsaan dan naib juara kampung terbersih di negeri Perak. Seterusnya, ia juga dinobatkankampung paling bersih di Perak dua tahun berturut-turutpada tahun 2005 dan 2006. Sebelum diangkat menjadi kampung pelancongan pada November 2011.

Penulis SOSCILI dah tengok dengan mata sendiri betapa bersihnya kampung ini dan bersetuju untuk menyatakan ianya umpama sebuah set kampung yang dibina khas untuk tontonan orang ramai. Kehebatan Pak Samad tak terhenti sampai situ sahaja tapi dalam banyak aspek untuk bantu anak-anak buahnya. Inilah yang diceritakan oleh Hajjah Zainon Kasim, CEO Yayasan EMKAY antara individu yang banyak bekerjasama dengan Pak Samad dan komuniti kampung itu.

“Keadaan Kg. Semelor yang bersih dan menarik perhatian ramai adalah berpunca dari Ketua Kampungnya yang berwawasan, kerana beliau sendiri sering keluar ke kampung-kampung lain, ke pekan Gerik, dan sering juga dibawa ke Bandar-bandar seperti Ipoh, Pulau Pinang dan K Lumpur.”- Hajjah Zainon Kasim, CEO Yayasan EMKAY, ketika dihubungi SOSCILI

Tak payah lori sampah keluar masuk, bersih seluas mata memandang. Imej milik SOSCILI

Slogan “jangan ingat orang asli tak boleh maju dan berkembang” inilah yang ada dalam jiwanya. Dia juga menggalakkan penduduk kampung terlibat dengan program-program yang diperkenalkan oleh bantuan luar terutamanya pendidikan dan latihan kemahiran. Contohnya untuk wanita ada bengkel menjahit baju. Apa yang menarik, penduduk kampung menerima baik hasrat Pak Samad ni. Inilah yang dipanggil bersatu teguh, bercerai roboh (bukan bercerai, kahwin lagi tau!)

Sepanjang melihat kehebatan kampung ini serta sikap masyarakatnya, tak lupa juga jasa orang disebalik semua kemajuan di dalam kawasan Hutan Hujan Belum-Temenggor ini iaitu…

Sanggup keluarkan beratus ribu demi kemajuan Orang Asli

Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar adalah antara orang penting sebab tak berkira untuk keluarkan dana sebanyak RM 850,000. Semunya untuk pendidikan orang Asli di sekitar Kawasan Hutan Hujan Belum-Temenggor termasuk Pulau Banding.

Pulau Banding bak KL Sentral buat bot-bot yang berlayar. Imej dari Utusan.

Apa yang menakjubkan, menurut Hajjah Zainon Kasim, Yayasan EMKAY sebenarnya membiayai lebih RM 2.5 juta dari segi kewangan dan komitmen sosial untuk Program Pendidikan Orang Asli, Program kesihatan dan Program kebajikan. Yayasan EMKAY bekerjasama dengan 5 perkampungan Orang Asli dari 20 kampung sekitar termasuk Semelor berdasarkan:

  1. Penerimaan penduduk kampung (selepas sesi suai kenal dan penerangan tentang hasrat dan tujuan program)
  2. Bilangan penduduk di kampung yang paling ramai penduduknya berbanding kampung lain.

Orang penting yang berani membangunkan kawasan hutan belantara. Imeh dari MPH Online.

“Segala-galanya sudah diberikan, hanya tinggal pelaksanaan yang perlu diberi perhatian dan itu terpulang kepada mereka untuk menjayakannya,”- Tan Sri Mustapha Kamal, petikan dari Kosmo.

Untuk Kampung Semelor, kesungguhan Pak Samad sebagai orang yang menjayakan bantuan ini memang dah bagi banyak manfaat kepada penduduk kampung. Nak kata harta atau kedudukan menmang tak ada lah. Usaha ni lebih kepada inisiatif dia untuk majukan kampung demi taraf hidup semua orang. Dalam bab pendidikan awal kanak-kanak atau tadika, memang ada di kampung itu sebab tak ada akses yang mudah untuk diorang hantar anak-anak kecil pergi belajar.

Penulis SOSCILI main tampal-tampal dengan anak-anak Temiar di Kg. Semelor. Imej milik SOSCILI.

Walaupun usaha semakin berhasil, ada juga beberapa kampung Orang Asli yang tak dapat nak didekati atas beberapa punca. Menurut Hajjah Zainon Kasim, antaranya sebab jarak yang jauh dari arus pembangunan perdanan dengan tak ada kemudahan jalan dan pengangkutan. Jadi, orang luar susah nak ulang alik. Selain tu, ada masyarakat kampung yang menolak peluang dan cadangan program yang dicadangkan. Cabaran lain ialah ada masyarakat orang asli yang mengamalkan budaya berpindah-randah mengikut musim.

Jangan beri mereka ikan, ajarlah mereka bagaimana untuk mendapatkan ikan

Walau apa pun cabaran yang telah dan akan datang menyinggah, masyarakat Orang Asli juga ada kelebihannya tersendiri. Diorang juga ada peranan masing-masing sebagai rakyat Malaysia yang majmuk ni. Dari kaca mata rakyat Malaysia, bantuan pendidikan harus diberi kepada diorang untuk memperbaiki nasib tanpa mengubah kebudayaan Orang Asli.

Persembahan kanak-kanak Temiar di hadapan kami semua adalah hadiah yang sangat bernilai. Imej milik SOSCILI.

Memang terbukti dah yang Orang Asli boleh menerima cadangan dan bantuan orang luar seperti di Kampung Semelor. Apa yang penting juga, mana-mana pihak yang nak bantu mestilah gigih berusaha dalam temph waktu yang panjang. Janganlah sekadar bantuan sekali datang dan tak ada bantuan dah.

“Pemberian berupa ‘touch n go’ tidak akan memberi menafaat kerana sesungguhnya pihak yang ingin membantu harus, meyakini ayat “if you give them a fish, they will eat for one day, but if you teach them how to fish, they will live forever”.- Hajjah Zainon Kasim, CEO Yayasan EMKAY, ketika dihubungi SOSCILI.

 

Kredit: Soscili.my

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Published

on

By

Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.

Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin⁣⁣⁣.

Sumber: Instagram Bernama Official

Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.

Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:

Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

#KitaJagaKita

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Kesan sampingan biasa AstraZeneca

Published

on

By

Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:

Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.

Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).

  • Sakit kepala
  •  Kelesuan
  • Menggigil
  • Arthralgia (sakit sendi)
  • Demam
  • Myalgia (sakit otot)
  • Loya
  • Cirit-birit


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan 📞 1800-888-828

Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan

Continue Reading

Pendidikan

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020

Published

on

By

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.


Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.

Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html

#mara #YTP2021

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending