Connect with us

Uncategorized

Laungan azan redakan ribut

Ribut berkenaan berhenti selepas peniaga melaungkan azan dan bersyukur kerana tiada peniaga atau pelanggan mengalami kecederaan.

Published

on

PENIAGA di Bazar Ramadan Klebang Restu, Ipoh, melaungkan azan apabila sebahagian khemah peniaga diterbangkan ribut sehingga tersangkut pada wayar kabel elektrik dan hampir menumbangkan tiang elektrik, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, kira-kira 11 peniaga terjejas selepas khemah dan peralatan berniaga mereka rosak.

Saksi kejadian yang juga peniaga di bazar Ramadan itu, Suhaila Abul Huda Shariff, 42, berkata, suasana bazar Ramadan itu menjadi panik apabila ribut secara tiba-tiba datang ke bahagian tengah bazar berkenaan.

“Masing-masing cuba menyelamatkan barangan masing-masing dan kejadian itu hanya membabitkan khemah yang berada di bahagian tengah bazar itu kerana ia bertentangan dengan padang.

“Keadaan bertambah kelam kabut apabila khemah yang diterbangkan itu tersangkut pada wayar kabel elektrik menyebabkan tiang elektrik hampir tumbang,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Suhaila berkata, kesemua peniaga serta pelanggan masing-masing berlari mencari tempat selamat termasuk menyelamatkan kenderaan yang diletakkan berdekatan tiang elektrik yang hampir tumbang.

Katanya, khemahnya yang berada bertentangan dengan khemah diterbangkan itu turut mengalami kerosakan, namun tindakan pantas peniaga menyambung ikatan khemah berjaya menyelamatkan lebih banyak khemah daripada diterbangkan.

“Ribut berlaku begitu pantas menyebabkan kami terpinga-pinga serta panik, namun ribut berkenaan berhenti selepas peniaga melaungkan azan dan bersyukur kerana tiada peniaga atau pelanggan mengalami kecederaan.

“Saya akan menjalankan perniagaan seperti biasa hari ini selepas membaiki sedikit kerosakan di khemah, namun tidak pasti dengan peniaga yang khemah mereka rosak teruk,” katanya yang menjalankan perniagaan mee serta kuey teow goreng. – 8 Jun 2018, Harian Metro

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: