Connect with us

Uncategorized

Kos Sara Hidup atau Kos Gaya Hidup ?

Published

on

KUALA LUMPUR — Dewasa ini isu kos sara hidup sering dicanang sebagai isu utama rakyat, namun ramai yang tidak sedar terdapat perbezaan antara kos sara hidup dan kos gaya hidup.

Perwira papan kekunci ramai yang mencanang kesulitan hidup akibat kos sara hidup mereka yang tinggi, namun mereka bangga menayangkan kereta import, pakaian berjenama dan bermewah untuk makan minum dalam kehidupan seharian.

‘Ukur baju pada badan sendiri’ merupakan pegangan utama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron hasil daripada pengalaman beliau mengurus kehidupan terutama kos sara hidup setelah menerjah ke alam pekerjaan sekitar akhir 80-an apabila menamatkan pengajian di Amerika Syarikat.

Beliau berkata gelaran jurutera di Lembaga Letrik Negara (LLN) sudah cukup gah ketika itu, namun kehidupan sukar ketika kecil mendidik beliau untuk bijak mengurus kewangan dengan gaji RM1,160 sebulan cukup-cukup menampung keperluan diri dan perbelanjaan ibunya.

“Saya berulang-alik ke tempat kerja naik bas dengan tambang RM3.60 sehari, terpaksa naik bas seawal 6.55 pagi setiap hari, beli hanya dua helai baju kemeja harga RM11.90 sehelai walaupun berkerja sebagai jurutera. Berapa ramai jurutera sekarang macam ini?

“Saya tidak minta anak muda sekarang mengikut cara saya, namun cukup kita mempelajari kaedah mengurus dan mentadbir kewangan secara cekap agar tidak terperangkap dengan isu ini, fahami adakah sebenarnya kita terperangkap dengan kos sara hidup atau kos gaya hidup,” katanya dalam temubual dengan Bernama.

Beliau berkata sekiranya beliau berlagak mewah ketika memulakan tugas sebagai seorang jurutera ketika itu dengan membeli kereta dan berbelanja besar, beliau akan terperangkap dengan kos gaya hidup yang tinggi.

Justeru, beliau memilih untuk berbelanja mengikut kemampuan kerana soal kos sara hidup adalah perkara berkait bagaimana seseorang menguruskan perbelanjaan mereka dengan sumber pendapatan masing-masing.

“Cukup atau tidak cukup perbelanjaan bergantung kepada kebijaksanaan seseorang mengurus kewangan mereka, jika ia diurus dengan berhemah mengikut keperluan atau kemampuan maka tidak wujud masalah kos sara hidup yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata masalah kos sara hidup akan timbul apabila individu itu berbelanja di luar daripada kemampuannya serta gagal menyusun bajet untuk keperluannya menyebabkan mereka terperangkap dengan kos gaya hidup tinggi.

Idris menceritakan hidup sebagai jurutera LLN bukanlah tiket untuk beliau hidup bermewah, sebaliknya memerlukan usaha sendiri yang tidak mengenal penat lelah bagi membina sebuah kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya.

“Sejak kecil rumah saya tidak mendapat bekalan elektrik, malah ketika saya mula bekerja dengan LLN pun saya masih belum mampu sediakan bekalan elektrik untuk rumah ibu saya, bayangkan jurutera LLN tidak mampu sediakan bekalan elektrik untuk rumah ibu sendiri tetapi inilah realiti kehidupan saya ketika itu.

“Saya hanya mampu berbuat demikian sekitar 1991 apabila naik pangkat jadi jurutera kanan, tetapi masa hendak pasang wayar elektrik ada pula bahagian kayu rumah yang reput, kena keluar lagi belanja. Jadi ini semua saya hadapi dan mendidik saya mengurus kewangan dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata tidak lama selepas itu kehidupannya berubah menjadi lebih baik dan mampu membeli sebuah kereta Proton Wira serta isterinya mula menjual lampin pakai buang bagi menambah pendapatan keluarga.

Beliau meluah kekesalan apabila isu kos sara hidup dijadikan alat oleh pembangkang bagi mendapatkan sokongan politik daripada rakyat, yang menurutnya tidak sepatutnya dilakukan kerana isu itu melibatkan kehidupan rakyat.

Idris mendakwa isu kos sara hidup telah dimanipulasi oleh pembangkang bagi mengelirukan rakyat bertujuan menimbulkan krisis keyakinan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan memerintah masa ini.

Beliau berkata harga barang berubah naik turun saban tahun bukanlah perkara baharu, malah dihadapi rakyat ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua perdana menteri yang terdahulu sebelumnya.

“Semua termasuk saya sendiri pasti pernah dengar emak kita merungut harga barang meningkat sejak dari kecil, namun ia berlaku terkawal dengan campur tangan kerajaan mengadakan pemantauan harga barang khususnya barang keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak.

“Mereka (pembangkang) mencipta isu ini sebagai sesuatu yang terlampau berat supaya rakyat akan memikirkan bebanan kos sara hidup yang tinggi dan akhirnya tidak yakin dengan kecekapan kerajaan yang memerintah,” katanya.

— BERNAMA

Malaysiandigest.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Published

on

By

Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.

Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin⁣⁣⁣.

Sumber: Instagram Bernama Official

Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.

Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:

Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

#KitaJagaKita

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Kesan sampingan biasa AstraZeneca

Published

on

By

Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:

Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.

Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).

  • Sakit kepala
  •  Kelesuan
  • Menggigil
  • Arthralgia (sakit sendi)
  • Demam
  • Myalgia (sakit otot)
  • Loya
  • Cirit-birit


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan 📞 1800-888-828

Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan

Continue Reading

Pendidikan

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020

Published

on

By

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.


Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.

Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html

#mara #YTP2021

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending