Connect with us

Politik

Kemelut Politik Kini Berakhir: ‘Throwback’ Peletakan Jawatan Perdana Menteri ke-7

Published

on

Kita baru sahaja 2 bulan melangkah ke tahun 2020, tetapi sejarah baru Malaysia telah pun tercipta. Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai tanda protes terhadap tindakan sebilangan ahli politik Bersatu yang ingin bergabung dengan gabungan UMNO dan PAS.

Berikut merupakan kronologi hari kelapan yang dipetik daripada portal Berita Harian Online:

5.54 petang: Tun Dr Mahathir meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana selepas perjumpaan dengan Ketua Bahagian, Srikandi dan ARMADA petang ini.

4.48 petang: Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, memandu sendiri sebuah kereta jenis Audi berwarna hitam.

4.35 petang: Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana

4.25 petang: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana, memandu kereta Perodua Myvi.

4.00 petang: Polis menahan seorang lelaki dipercayai ahli PKR bagi membantu siasatan insiden kekecohan membabitkan Naib Presiden PKR, Tian Chua, di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

3.43 petang: Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota parti kasari Naib Presiden PKR, Tian Chua, pohon lembaga disiplin parti lakukan siasatan segera.

2.56 petang: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sudah dapat sokongan terus terajui kerajaan negeri, beri bayangan kerajaan baharu sudah ada.

2:44 petang: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan menghadap Sultan Perak hari ini. Kerjasama BERSATU dengan UMNO dan PAS di Perak akan dibincangkan kemudian. – BERNAMA

2.15 petang: Naib Presiden PKR, Tian Chua ditampar, dibaling botol air dan kon selepas keluar dari Ibu Pejabat PKR. Beliau diiringi beberapa anggota polis, dimaki hamun beberapa penyokong PKR dengan label pengkhianat. Malah, Tian Chua turut dilihat terjatuh akibat dikepung sebelum memasuki kereta.

Tian Chua ditampar dan dibaling botol minuman oleh penyokong PKR di Ibu Pejabat PKR tengah hari tadi.

1.40 tengah hari: Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan yang dikatakan akan berlangsung di hadapan sebuah pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanthan Abdullah, berkata, pihaknya tiada menerima notis berhubung penganjuran perhimpunan berkenaan.

1.30 tengah hari: Suasana di pekarangan Ibu Pejabat PKR, bertukar gamat sejurus bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin keluar dari pejabat itu. Beberapa penyokong PKR yang berada di kawasan sekitar melaungkan perkataan ‘pengkhianat’ dan mengerumuni EXCO Pulau Pinang itu.

1.26 tengah hari: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual memasuki Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pagi esok bagi memulakan tugas rasmi sebagai Perdana Menteri Ke-8.

1.07 tengah hari: Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula 9 Mac ini mungkin ditangguhkan pada satu tarikh baharu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, berkata pihaknya akan berhubung dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapatkan kepastian dan tarikh baharu.

12.55 tengah hari: Polis Diraja Malaysia (PDRM) rakam ucapan tahniah, syabas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan sebagai PM. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya komited pikul amanah jaga keselamatan negara, junjung kedaulatan undang-undang.

12.50 tengah hari: Penjawat awam akan terus berikan perkhidmatan berkualiti, kekal dalam neutraliti, bersandarkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong walaupun kerajaan bersilih ganti, kata Presiden CUEPACS, Adnan Mat.

12.40 tengah hari: “Terima kasih Allah dan (Yang di-Pertuan) Agong atas lantikan hari ini,” kata PM, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Ia kenyataan pertama PM kepada media. Kenyataan media akan diberikan selepas ini.

12.15 tengah hari: PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di kediamannya di Bukit Damansara. Beliau disambut laungan ‘hidup Tan Sri’ dan diikuti, doa kesyukuran.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di kediamannya selepas selesai Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri. – Foto NSTP/Asyraf Hamzah

12.07 tengah hari: Kenderaan membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Negara selepas selesai Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri.

12.04 tengah hari: Kenderaan Speaker Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof meninggalkan Istana Negara melalui Pintu 2.

11.28 pagi: Tun Dr Mahathir dilihat tiba di The Mines Residence dengan kereta Mercedes berwarna hitam diiringi polis pengiring.

11.15 pagi: Tun Dr Mahathir dilihat meninggalkan Yayasan Al-Bukhary selepas pertemuan dengan Ahli Parlimen PH selama kira-kira dua jam. Diikuti Ahli Parlimen Parti Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

10.33 pagi: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Perdana Menteri kelapan kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara. – Foto BERNAMA

10.30 pagi: Istiadat Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri kelapan bermula.

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Perdana Menteri Kelapan di Istana Negara. – Foto BERNAMA
Antara pemimpin parti politik yang hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Perdana Menteri Kelapan di Istana Negara. – Foto BERNAMA

9.58 pagi: Kenderaan membawa Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang tiba di Istana Negara.

9.52 pagi: Lebih 20 kenderaan kenamaan dipercayai dari Barisan Nasional (BN) dan keluarga Perdana Menteri tiba di Istana Negara. Antaranya, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

9.50 pagi: Kereta bawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri kelapan.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki perkarangan Istana Negara untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara. – Foto NSTP/Aswadi Alias

9.44 pagi: Kenderaan yang bawa Yang Dipertuan Dewan Rakyat, memasuki Istana Negara melalui Pintu 2.

9.40 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bacakan doa sebelum kumpulan Tan Sri Muhyiddin Yassin bergerak dari kediamannya ke Istana Negara.

9.37 pagi: Tun Dr Mahathir mengakui beliau dan PH kini terpaksa tunggu sidang Dewan Rakyat akan datang untuk tunjukkan mereka ada sokongan majoriti membentuk kerajaan.

9.26 pagi: Kenderaan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim memasuki Istana Negara.

9.25 pagi: Saya perlu menamatkan perkhidmatan sebagai Perdana Menteri interim, kata Tun Dr Mahathir – BERNAMA

Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto AFP

9.22 pagi: Kenderaan mempunyai lambang Yang Dipertuan Dewan Negara dan pejabat Hakim Negara tiba di Istana Negara.

9.14 pagi: Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur

8.57 pagi: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, memulakan tugas secara rasmi hari ini selepas mengangkat sumpah ke jawatan berkenaan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Bukit Serene, petang Jumaat lalu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad mulakan tugas secara rasmi disambut Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani (kanan) dan Pegawai Kewangan Johor, Datuk A Rahim Nin di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad. – Foto NSTP/Mohd Azren Jamaludin

8.52 pagi: Beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) dilihat tiba di Yayasan Al-Bukhary sejak jam 8 pagi tadi untuk berkumpul secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) dilihat tiba di Yayasan Al-Bukhary sejak jam 8 pagi tadi untuk berkumpul secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. – Foto NSTP/Suzalina Halid
Beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) dilihat tiba di Yayasan Al-Bukhary sejak jam 8 pagi tadi untuk berkumpul secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. – Foto NSTP/Suzalina Halid

Antara yang sudah tiba di Yayasan Al-Bukhary ialah Dr Mahathir sendiri yang juga Perdana Menteri interim; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

8.46 pagi: Kenderaan rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tiba di Istana Negara melalui Pintu 2.

8.42 pagi: Pegawai pengiring Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Istana Negara dipercayai selepas menghantar dokumen melalui Pintu 2.

8.23 pagi: Kenderaan Jabatan Perdana Menteri memasuki pintu 2, Istana Negara untuk Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jam 10.30 pagi.

7.55 pagi: Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat meninggalkan kediamannya di The Mines Resort and Golf Club.

Dr Mahathir dipercayai ke Yayasan Albukhary, di Kuala Lumpur.

Apakah kemelut ini telah berakhir? Atau ianya pengawalan bagi sesuatu yang lebih besar?

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Politik

Saga MB Johor Siri II: Sistem raja menyemak imbang percaturan politik, baik untuk rakyat

Published

on

By

Kredit Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Apakah agaknya sebab Sultan melantik Onn Hafiz?

Pertama sekali, Onn Hafiz adalah seorang ADUN BN jadi beliau sebenarnya boleh meraih sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan negeri BN yang memenangi pilihan raya negeri Johor dengan dua per tiga majoriti.

Beliau juga bukan calang-calang orangnya, kerana sebelum ini pernah menyandang jawatan exco pelancongan, belia dan sukan negeri Johor.

Kredit Foto: Blogspot Pelajar Politeknik Nilai

Dari segi keturunan pula beliau adalah cicit kepada Menteri Besar Johor yang pertama, Jaafar Muhammad, cicit kepada pengasas UMNO, Onn Jaafar, cucu kepada Perdana Menteri ke tiga, Hussein Onn.

Beliau datangnya daripada keluarga yang sangat berpengalaman dalam hal-ehwal pentadbiran, khususnya di negeri Johor. Secara mudahnya, beliau merupakan anak jati Johor.

Ke dua, kita perlu fahami konteks situasi politik di negara ini. Menurut Murray Hunter seorang penganalisis politik di dalam artikelnya di FMT News, BN yang sekarang ini diterajui oleh UMNO sebenarnya dipengaruhi dan dipimpin “kluster mahkamah”. Jadi Hasni Mohammad sebenarnya adalah calon yang disyorkan oleh kluster mahkaman tersebut.

Kredit Foto: Airtimes

Walaupun BN memenangi pilihanraya negeri Johor, kita harus ingat bahawa peratusan keluar mengundi sangatlah rendah sebanyak 55% sahaja. Secara teknikalnya, BN menang besar, tetapi realitinya?

Kredit Foto: Iluminasi Farhan Najib Yusoff

Umum mengetahui rakyat sudah muak dengan isu-isu rasuah dan berat hati untuk mengundi. Jika undi pembangkang, politik tidak stabil. Jika undi BN, kluster mahkamah pula bermaharajalela.

Jelas di sini, bahawa walaupun negara kita mengamalkan sistem demokrasi, tidak semestinya sistem ini tiada kelemahan.

Semasa situasi bergolak politik negara, Istana memainkan peranan yang penting sebagai benteng kestabilan terakhir dalam sistem pentadbiran negara. Jadi institusi raja kita sangat mustahak untuk menjadi panduan dan semak imbang kepada percaturan golongan ahli politik.

Hujah ini menjawab persoalan terakhir.

Apakah situasi seperti ini pernah belaku sebelum ini?

Perkara ini tidak asing lagi dan pernah berlaku di Perlis, Selangor dan Terengganu. Contoh yang paling baik adalah ‘langkah kajang’ pada tahun 2014.

Disebabkan percaturan politik PKR dan Rafizi Ramli untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai pengaruh isteri beliau Wan Azizah yang disyorkan parti sebagai Menteri Besar Selangor, Sultan Selangor pada ketika itu telah menghentikan percaturan ini dengan melantik Azmin Ali.

Kredit Foto: Astro Awani

Sejarah dan kuasa kesultanan Johor

Perkara terakhir yang perlu difahami adalah kuasa kesultanan Johor dan negerinya yang bersifat bebas. Tidak seperti negeri lain, Johor merupakan sebuah negeri yang mempunyai sejarah empayar yang berdaulat.

Kredit Foto: Berita Harian

Jadi terma dan syarat Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu adalah lain dan datangnya dari kedudukan yang lebih berkuasa. Antara syaratnya adalah Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.

Kerana itu, secara tradisi dan budayanya politiknya, kesultanan negeri Johor lebih berpengaruh dalam hal-ehwal pentadbiran negeri Johor.

Kredit Foto: Twitter Antugigi

Menurut Dr. Ramlah Adam, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, dalam sistem kerajaan negeri, Sultan Ibrahim merupakan pemerintah tertinggi dan kuasa pentadbiran harian diserahkan kepada pembesar yang dilantik.

“…Kerajaan Persekutuan kena hormat undang-undang Johor. Kuasa raja kekal dan Kerajaan Pusat tidak boleh campur tangan.”, katanya.

Kesimpulanya, yang paling penting di sini, sistem pentadbiran negara yang mempunyai semak imbang sangat penting untuk menjamin tadbir urus atau governance yang berkesan demi kebaikan rakyat.

Dalam hal ini, institusi raja telah memainkan peranan mereka menyemak imbang sebuah parti politik yang, walaupun memenangi pilihan raya negeri Johor, masih mempunyai banyak kelemahan.

Continue Reading

Politik

Saga MB Johor Siri I: Sultan berkuasa melantik menteri besar Johor

Published

on

By

Kredit Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Perlantikan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor, dan bukan Hasni Mohammad yang merupakan ‘poster boy’ kempen Barisan Nasional (BN) telah mencetuskan perdebatan hangat di dunia politik. Namun, di sebalik saga perlantikan MB Johor ini, terdapat tiga perkara yang kita perlu tahu.

Pertama, mengikut undang-undang, adakah Sultan boleh melantik Onn Hafiz sebagai Menteri Besar walaupun beliau tidak disyorkan oleh parti yang memenangi pilihanraya negeri?

Ke dua, sekiranya ianya boleh dilakukan sekalipun, apakah kemungkinan sebab Sultan melantik Onn Hafiz?

Ke tiga, apakah situasi di mana sultan melantik seorang ketua negeri berdasarkan budi bicara beliau pernah berlaku sebelum ini?

Raja berhak melantik seorang Menteri Besar atas budi bicara beliau

Umum mengetahui bahawa sistem raja di negara ini adalah Raja berperlembagaan di mana, Raja diiktiraf sebagai ketua negara dan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Kredit Foto: Malay Mail

Dalam hal ehwal pelantikan ketua negara di peringkat persekutuan, lazimnya Yang di-Pertuan Agong akan melantik seorang ahli parlimen di mana pada pandangan beliau, mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

Walau bagaimanapun, adalah rahsia terbuka bahawa terdapat pertikaian antara BN yang memenangi pilihan raya Negeri Johor dengan Istana dalam isu pelantikan Menteri Besar. Hasni dikatakan mempunyai sokongan majoriti 38 daripada 56 ahli-ahli DUN BN. Namun Onn Hafiz pula yang dilantik oleh Istana. Jadi, apakah tindakan Istana itu berlandaskan undang-undang?

Kredit Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kuasa Sultan ini perlu dilihat dalam konteks undang-undang negeri, khususnya dalam hal ini undang-undang Tubuh Negeri Johor. Menurut Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Pensyarah dan penganalisis politik, dalam sistem beraja Melayu, kuasa prerogatif dan budi bicara seorang raja lebih luas. Kuasa prerogatif dan budi bicara raja kemudiannya tertakluk kepada oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan.

Kredit Foto: Ilham Books

Sultan melaksanakan fungsi kuasa baginda menurut budi bicara baginda atau bertindak di atas nasihat.

Justeru dalam kes pemilihan atau pelantikan Menteri Besar, isu yang perlu diperbahaskan sebenarnya, bukanlah sama ada Sultan Johor itu berkuasa mutlak ataupun tidak, sebaliknya adakah baginda dikehendaki bertindak mengikut nasihat mana-mana pihak.

Isu itu dijawab oleh Fasal 7(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (Bahagian Kedua) bahawa kuasa untuk memilih seorang Menteri Besar adalah di bawah budi bicara baginda.

Budi bicara adalah prerogatif yang masih tersimpan pada Raja-Raja untuk bertindak tanpa terikat dengan nasihat.

Kredit Foto: Wacana

Menurut Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, pemerhati politik, secara teknikal memang Sultan akan melantik seorang menteri besar yang mendapat sokongan majoriti ADUN. “Tetapi secara amalan menteri besar yang dilantik bukan sahaja perlu mendapat sokongan majoriti tetapi individu sebagai ADUN yang boleh bekerja dengan baik untuk rakyat serta negeri yang diperintah oleh baginda,” katanya.

Hujah ini menjawab persoalan seterusnya di dalam Saga MB Johor Siri II.

 

Continue Reading

Politik

Pandangan orang dalam terhadap kejatuhan kerajaan Barisan Nasional

Published

on

By

Final Reckoning sebuah karya Romen Bose yang bekerja sebagai Perunding Komunikasi Politik untuk bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak selama enam tahun dan merupakan orang kepercayaan rapat kepada pembuat keputusan di peringkat atasan elit politik negara. Romen hadir semasa kontroversi besar yang melanda pentadbiran Najib Razak, menyaksikan sendiri bagaimana kepimpinan negara bertindak balas terhadap kehilangan MH370 dan tindakan langkah demi langkah pegawai tertingginya, serta tindakan rahsia yang diambil untuk mengambil mayat mangsa warga Malaysia berikutan penembakan MH17.

Dalam ‘Final Reckoning’, pengarang menceritakan kisah hebat tentang bagaimana skandal 1MDB menggegarkan Kerajaan dan percubaan oleh ahli politik terkemuka negara dan penasihat mereka untuk membendung dan menyelesaikannya.

Buku ini menceritakan kisah perjalanan  yang bagaikan ‘roller-coaster’ liar menandakan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, dari Pilihan Raya Umum 2013, sehingga pemerintahannya yang berusia 61 tahun berakhir pada malam 9 Mei 2018.

Jika anda belum mendapatkannya, buku ini boleh didapati di kedai buku MPH, Borders, Bookdepository.com dan Kinokuniya KLCC.

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending