Connect with us

Politik

Kebahagian dan Kemakmuran Negara

Published

on

Kekayaan negara akan bertambah seiring dengan kemakmuran dan kebahagiaan #MalaysiaBoleh

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ekonomi

Pasca wawasan 2020: Kemana hala tuju negara kita?

Published

on

By

Kredit Foto: vulcanpost.com

Pada tahun 1991, Wawasan 2020 telah dirangka oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Rancangan Malaysia Keenam untuk menjadikan Malaysia negara maju bukan sahaja dalam bidang ekonomi malah politik, sosial, psikologi, kerohanian dan perpaduan nasional. Namun menjelang tahun 2020, pelbagai perkara yang berlaku menyebabkan Wawasan 2020 sukar untuk dicapai.

Antara permasalahan yang berlaku adalah kes-kes pengangangguran yang semakin meningkat naik. Kewujudan wabak Covid-19 pada awal tahun ini mengeruhkan lagi kes pengangguran apabila ramai pekerja terpaksa diberhentikan apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. 

Ringgit pula susut dibandingkan dengan dolar Amerika Syarikat selari dengan kejatuhan harga minyak mentah global. Ketidakstabilan politik jelas terlihat semenjak Tun Mahathir meletakkan jawatan pada bulan Februari 2020. Keadaan ini menyebabkan pelabur asing berpindah melabur ke negara lain dan menjadi salah satu punca kepada kegawatan ekonomi kita. 

Lambakan lantikan ahli-ahli politik di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) baru-baru ini agak membimbangkan rakyat berdasarkan insiden lama seperti kes rasuah Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di FELDA dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Tabung Haji, keadaan ini menjurus kepada salah guna kuasa dan kes-kes rasuah yang hanya akan memberi kesan kepada rakyat dimana rakyat akan kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji.

Kita sepatutnya bergerak maju kedepan, melantik pemimpin muda untuk menggalas tanggungjawab disamping memberikan idea dan input yang seiring dengan masa, tidak hanya bergantung pada pemikiran yang sudah lama terpahat dalam diri rakyat Malaysia. 

Sebagai contoh, Tun Dr. Mahathir telah berada dalam dunia politik selama 70 tahun dan kebanyakkan ahli politik sudah aktif bermain politik sejak tahun 70an lagi. Jika ini terus berlanjutan, dimanakah peluang anak-anak muda di Malaysia ini?

Kredit Foto: themalaysiantimes.com

Pemikiran anak muda perlu dicorakkan dengan cara baru, rentak baru seiring peredaran zaman. 

Nantikan kemunculan LAGENDA – Langkah Generasi Muda.

Continue Reading

covid-19

Covid-19: Berhentilah bermain politik, kebajikan rakyat perlu didahulukan

Published

on

“Jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik COVID-19.”

Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah semasa Istiadat Pembukaan Penggal ketiga Parlimen Ke-14
Yang di-Pertuan Agong semasa bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14.
Kredit Foto: Astro Awani

Titah Yang di-Pertuan Agong tersebut jelas menunjukkan kepentingan rakyat sepatutnya menjadi asas terpenting dalam memastikan kestabilan negara terus kekal dalam usaha melawan musuh yang tidak kelihatan ini.

Ahli parlimen khususnya perlu bertindak dengan rasional kerana mereka telah dilantik oleh rakyat untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kerakusan ahli politik dalam mengejar cita-cita politik mereka boleh meruntuhkan kembali institusi pentadbiran yang semakin pulih ini.

Kebajikan rakyat perlu menjadi agenda utama arena politik. Tidak mengira pegangan politik mahupun latar belakang. Segala usaha untuk membantu rakyat untuk kembali berdiri diatas kaki sendiri perlu giat dijalankan dan ianya tidak tertumpu pada usaha pihak kerajaan semata-mata. Usaha-usaha ini tidak patut dilecehkan malah ianya perlu disambut baik oleh semua.

Kesan jangka panjang Covid-19 terhadap sektor ekonomi dan pelancongan memberikan impak yang cukup besar kepada pendapatan sebahagian besar daripada kita termasuklah pendapatan negara umumnya. Anak-anak muda adalah golongan paling terkesan akibat kemuculan wabak ini. Mereka tidak hanya kehilangan mata pencarian malah mereka bakal berdepan kemelut ekonomi yang lebih sukar di masa akan datang.

Menurut laporan Sinar Harian, akibat penularan wabak Covid-19, jumlah pengangguran telah meningkat dengan mendadak iaitu sebanyak 17.1%. Kumpulan belia berumur 15 hingga 30 tahun mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu sebanyak 6.9 peratus diikuti dengan golongan berusia 31 hingga 45 tahun (1.4 peratus) dan 46 hingga 64 tahun (1.1 peratus).

Intipati yang cukup jelas daripada YDPA apabila baginda turut menyatakan kerisauan tentang landskap politik negara yang kian goyah sejak akhir-akhir ini. Perbalahan, permusuhan malah perselisihan antara figura politik tanah air mampu memecah belahkan rakyat yang ketika ini dalam kesusahan.

Apakah tindakan yang sewajarnya yang patut dilakukan pihak pemerintah bagi membendung masalah pengangguran daripada terus berlarutan? Adakah ahli politik di Malaysia cukup matang untuk membincangkan soal kebajikan rakyat melebihi agenda politik mereka sendiri?

Continue Reading

Politik

Wajarkah ‘permainan politik diteruskan’ tatkala negara dilanda krisis Covid-19

Published

on

By

Kredit foto: Berita Harian

Rentetan daripada wabak COVID-19 yang menular diseluruh dunia termasuk Malaysia, telah memberi impak yang besar kepada negara. Satu-satunya cara untuk memutuskan rantaian wabak ini adalah melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PKP telah dikuatkuasa sejak 18 Mac 2020 dan PKP bersyarat akan bersambung sehingga 9 Jun 2020.

Akibat dari pelaksanaan PKP tersebut, Malaysia telah dilanda pelbagai krisis; ekonomi negara mengalami kerugian besar mengakibatkan ramai yang kehilangan pekerjaan. Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada Mac lalu, direkodkan sehingga 600,000 rakyat Malaysia sudah mula menganggur yang merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Kredit foto: Sinar Harian

Lebih membimbangkan lagi, jumlah pengangguran itu dijangka akan meningkat kepada 2.4 juta orang seperti yang dianggarkan oleh Malaysian Institute for Economic Research (MIER).

kredit video: FB Aznil hj nawawi

Sayu, suami isteri hilang pekerjaan, mengharapkan rezeki menjadi ‘runner’ membantu orang lain membeli barang keperluan.

Stok makanan hanya tinggal dua tin sardin untuk 6 orang anak selama seminggu.

Kisah wanita ini bukanlah kes terpencil, malah ramai lagi yang dibuang kerja, hilang mata pencarian. Jika mereka tidak boleh keluar bekerja, daripada manakah mereka boleh mendapatkan sumber wang untuk menyara ahli keluarga?

Lantikan politik di Syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC)

Namun apa yang mengecewakan, ketika rakyat kehilangan sumber pendapatan, ramai ahli-ahli politik pula ditawarkan jawatan bergaji tinggi oleh Kerajaan.

MP dan ahli politik yang dilantik sebagai Pengerusi GLC/Agensi Kerajaan ialah:

  1. MP Jelebu (UMNO) – Dato Jalaluddin Alias – Pengerusi UDA Holdings
  2. MP Gerik (UMNO) – Dato Hasbullah Osman – Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad
  3. MP Cameron Highland (UMNO) – Dato Ramli – Pengerusi Amanah Raya Berhad 
  4. MP Padang Terap (UMNO) – Dato Seri Mahdzir Khalid – Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) 
  5. MP Pasir Salak (UMNO) – Dato Sri Tajudin Abd Rahman – Pengerusi Prasarana
  6. Datuk Chong Sin Woon (MCA Parlimen Seremban) – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang
  7. Dato Tan Teik Cheng (DUN Machang Bubok) – Pengerusi Pelabuhan Penang
  8. Datuk Koh Chin Han (Bekas Calon MCA DUN Bemban) – Pengerusi Pelabuhan Melaka
  9. MP Bentong (PPB) – Datuk Robert Lawson Chuat Vincent Entering – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu
  10. MP Beaufort (Bersatu) – Datuk Azizah Mohd Dun – Pengerusi Mara
  11. MP Bachok (PAS) – Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz – Pengerusi Kesedar
  12. MP Jempol (UMNO) – Dato’ Haji Salim Sharif – Pengerusi Risda
  13. Adun Permas (Bersatu) – Che Zakaria Mohd Salleh – Pengerusi Kejora
  14. Ahli Dewan Negara – Razali Idris – Pengerusi Ketengah
  15. MP Bukit Gantang (Bebas) – Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal – Pengerusi LKIM
  16. MP Machang (UMNO) – Datuk Ahmad Jazlan Yaakub – Pengerusi MPOB
  17. MP Pasir Putih (PAS) – YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh – Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang
  18. MP Jerantut (UMNO) – Dato’ Hj Ahmad Nazlan Idris – Pengerusi Lembaga Getah Malaysia
  19. Calon UMNO Parlimen Pasir Gudang PRU14 – Datuk Seri Khaled Nordin – Pengerusi Boustead Holding Berhad
  20. MP Pasir Mas (PAS) – YB Ahmad Fadhli Shaari – Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
  21. MP Sibuti (PBB) – YB Lukanisman Awang Sauni – Pengerusi SEDA
  22. MP Kimanis (UMNO) – Datuk Mohamad Alamin – Pengerusi MyIPO
  23. MP Tanjung Manis (GPS) – Datuk Yusuf Abdul Wahab – Pengerusi CIDB
  24. MP Dungun (PAS) – Wan Hassan Mohd Ramli – Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
  25. MP Sabak Bernam (Bersatu) – Dato Hj Mohd Fasiah Hj Mohd Fakeh – Pengerusi FAMA
  26. Bekas KIP MIC – Datuk Nelson Renganathan – Pengerusi Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF)
  27. MP Setiu (PAS) – YB Tuan Shaharizukirnain Bin Abdul Kadir – Pengerusi Tekun
  28. MP Hulu Rajang (GPS) – Datuk Wilson Ugak Kumbong – Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH)
  29. MP Besut (UMNO) – Idris Jusoh – Pengerusi FELDA
  30. MP Marang (PAS) – Abdul Hadi Awang – Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri
  31. MP Kemaman (PAS) – Che Alias Hamid – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kemaman

Antara nukilan netizen di media sosial tentang isu ini.

Ahli Parlimen menerima gaji bulanan sebanyak RM16,000. Jumlah ini tidak termasuk elaun. Saat ini rakyat hilang kerja, namun ahli Parlimen pula mendapat ‘dua kerja’.

Kredit foto: The Malaysian Times

Sebahagiannya pula mempunyai rekod yang tidak elok dan juga terpalit dengan kes rasuah.

Tidakkah kita mengambil teladan daripada kes-kes rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan latikan politik di GLC sebelum ini? Sebagai contoh, kes yang melibatkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Felda di mana beliau menghadapi satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh FICSB.

Kredit foto: The Star

Selain kes tersebut, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta sembilan pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM140 juta. Manakala, abangnya Datuk Abdul Latif menghadapi dua pertuduhan bersubahat dalam perlakuan kesalahan oleh Abdul Azeez.

Kredit foto: The Malaysian Insight

Lebih-lebih lagi, Tabung Haji yang merupakan sebuah institusi yang dahulunya dihormati, diyakini patuh syariah kini sudah dicemari dengan skandal rompakan, penipuan dan pemalsuan. Penipuan audit juga telah dilakukan di mana pada waktu itu, jumlah wang Tabung Haji sebenarnya mengalami defisit RM4.1 bilion. Ini bermaksud sekiranya semua penyimpan meminta semula wang mereka (bank run), jumlah wang tidak cukup untuk dikembalikan. Jika institusi yang menjalankan aktiviti suci ini pun sanggup dirompak dan terpalit dengan penipuan, apakah nasib institusi-institusi lain yang dipegang ahli politik?

Kita sudah boleh agak apa yang akan berlaku dengan lambakan lantikan-lantikan politik baru-baru ini. Kesan daripada rasuah dan salah guna kuasa ini, para pekerja, rakyat yang akhirnya akan hilang kerja, dipotong gaji dan sebagainya.

Percaturan Politik

Kredit foto: Malaysiakini

Pada masa yang sama, negara kita sekali lagi berdepan dengan risiko pertukaran kerajaan. Pergolakan dan permainan politik telah mengakibatkan potensi perubahan kerajaan persekutuan, negeri Kedah dan terdapat ura-ura yang mengatakan negeri Selangor juga akan jatuh disebabkan permasalahan ini.

Usul undi tidak percaya ini bakal mengakibatkan pertukaran kerajaan persekutuan tatkala krisis yang sedang melanda negara ini. Tanpa adanya kestabilan di pihak kerajaan, segala usaha untuk menyelamatkan ekonomi negara ini sudah tentunya akan gagal.

Ya, mungkin usul undi tidak percaya ini mempunyai meritnya tersendiri. Namun apakah perkara ini yang menjadi keutamaan semasa negara dilanda krisis?

Apakah kita tidak peka dengan keadaan rakyat yang sedang lapar, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang?

Ini bukan masanya untuk merebut kuasa.

Di manakah moral kompas sebahagian ahli-ahli politik ini? Di manakah letaknya prinsip mereka sebagai pemimpin? Di manakah keikhlasan mereka untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara?

Jika ini mentaliti yang ada pada segelintir ahli-ahli politik, apakah yang akan terjadi kepada rakyat Malaysia? Bagaimana pula dengan nasib rakyat khususnya generasi muda?

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: