Connect with us

Kastam: Pembelian kereta akan dikecualikan GST, tidak akan naik harga

Published

on

Sebelum ini dilaporkan orang ramai berpusu-pusu membeli kereta kerana harga kereta dijangka akan naik dengan pengenalan cukai SST September ini. Kredit gambar: Sinar Harian

Pengguna akan terus menikmati Harga kereta yang lebih rendah kerana ketiadaan cukai kepenggunaan dijangka akan berterusan kerana kenderaan penumpang akan dikecualikan cukai mengikut sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang bakal diperkenalkan September ini.

Menurutmenurut laporan Malaysiakini, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk T Subromaniam mengatakan yang kenderaan bermotor penumpang adalah antara barangan dalam senarai yang dikecualikan daripada SST.

Pengecualian ini merangkumi kereta sedan, pacuan empat roda, station wagon dan malah juga kereta lumba.

Malah, senarai pengecualian SST juga membabitkan pelbagai bahagian alat ganti kereta, seperti aksesori, pam bahan api dan injap.

Sebelum ini, ada yang tergesa-gesa untuk membeli kereta baru berikutan penarafan sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai Jun lalu sebelum SST berkuatkuasa.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teknologi

SILICON VALLEY USA & CHINA: MAMPUKAH CYBERJAYA MENGATASI KEMEGAHAN SILICON VALLEY ANTARABANGSA?

Published

on

Kepesatan teknologi dan kemajuan infrastruktur seringkali menjadi kayu ukur kejayaan sesebuah negara itu. Landskap ekonomi juga menjadi faktor utama kepada kepesatan teknologi ini.

Silicon Valley, San Francisco, Amerika Syarikat.

Hab teknologi Amerika Syarikat yang bertempat di San Francisco atau lebih dikenali sebagai Silicon Valley menjadi tumpuan bagi semua penggemar teknologi daripada serata dunia termasuklah Malaysia. Istilah Silicon Valley mula-mula diperkenalkan oleh seorang wartawan daripada Amerika Syarikat iaitu Don Hoefler pada tahun 1971. Semenjak itu, istilah tersebut digunakan bagi merujuk kepada hab teknologi dan inovasi.

Pemandangan San Francisco Skyline ketika Subuh.

Silicon Valley yang menempatkan pelbagai jenama serta syarikat multinasional, multimillionaire berteknologi tinggi termasuklah Google, Apple, Tesla, Facebook, Chevron, HP dan banyak lagi dikatakan menjadi pangkalan data yang ada di serata dunia. Dengan nilai hartanah hampir USD 3 trilion, Silicon Valley telah berjaya menarik peluang pelaburan kepada America Syarikat sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di Amerika Syarikat. Silicon Valley telah menerima 41% daripada semua pelaburan teroka A.S. pada tahun 2011, dan 46% pada tahun 2012 dan kadar pengangguran di rantau ini adalah 9.4% pada bulan Januari 2009 dan telah menurun ke paras terendah 2.7% pada bulan Ogos 2019 dengan kebanyakan tenaga kerja berkemahiran tinggi menurut laporan Labour Market Info California.

Tidak hanya menempatkan syarikat multinasional berteknologi tinggi, Silicon Valley turut menempatkan pusat pertahanan dan inovasi bagi Amerika Syarikat antaranya adalah NASA, Moffett Federal Airfield, Onizuka Air Force Station (yang secara rasmi telah ditutup pada tahun 2010) dan SLAC National Accelerator Laboratory.

Apple Park di Silicon Valley. Kredit Domus

Shenzhen, China.

Model yang hampir serupa turut diguna pakai di seluruh dunia termasuklah China. Shenzhen, China turut menerima julukan Silicon Valley of China dek kerana kepesatan dan kemajuan teknologi tinggi. Bandar yang dipenuhi dengan lampu LED, teknologi robotik serta ramai anak muda yang mencari peluang untuk berinovasi turut berada di Shenzhen ini. Zon pembangunan perindustrian berteknologi tinggi Shenzhen ditubuhkan pada bulan September 1996, pada asalnya hanya menempati 11.5 km persegi tanah.

China sememangnya terkenal dengan produk “copy ori” nya. Tetapi, bermula daripada itu, mereka mula berinovasi dengan teknologi yang lebih mesra kepada pengguna setempat dan seterusnya ke seluruh dunia. MIT Technology Review melaporkan bahawa dengan bermulanya dengan proses yang tampaknya remeh, relatif mudah dibuat namum mereka lahir dari proses pengembangan dan pengedaran produk yang disebut juga sebagai shanzhai (山寨) yang membawa maksud gunung persembunyian.

Ekosistem Shanzhai. Kredit foto Medium

Terkenal dengan pembuatan barangan tiruan yang cukup pantas, kebiasaannya produk yang memerlukan 12 hingga 18 bulan untuk dihasilkan oleh syarikat barat ke pasaran mungkin hanya memerlukan empat hingga enam minggu dalam ekosistem shanzhai. Meskipun pada awalnya barangan yang dihasilkan ekosistem ini dikecam hebat kerana spesifikasi yang kelihatan murah dan kualiti yang tidak elok, namun idea dan inovasi mereka semakin berkembang daripada tahun ke tahun sehingga idea dual simkad yang mula-mula diperkenalkan ekosistem ini telah mula diperkenalkan dalam peranti Apple.

Namun, dengan kemunculan idea-idea baru, serta ideologi-ideologi daripada ikon terkemuka seperti Steve Jobs mula mendapat tempat di hati anak-anak muda di China. Mula mengamalkan ekosistem dan cara kerja yang baru memungkinkan idea-idea ini bertukar menjadi inovasi terkini bagi menggerakkan ekonomi China untuk cenderung kepada inovasi serta teknologi yang terkini dan tidak terikat kepada penghasilan barangan cetak rompak. Dengan usahasama anak tempatan serta syarikat-syarikat daripada luar, mereka mampu mengubah Shenzhen setaraf atau mungkin lebih baik daripada Silicon Valley. Syarikat reka bentuk perindustrian dan pusat reka bentuk bebas adalah bahagian terbaru daripada ekosistem ini yang memberikan perkhidmatan kepada perniagaan yang lebih besar turut merangkumi inkubator, ruang kerja, dan makmal fab seperti Makmal Inovasi Terbuka Shenzhen (SZOIL).

Petunjuk terbaik di sini ialah peningkatan pelaburan mereka dalam R&D (+8% setiap tahun), membelanjakan lebih daripada 7.3 bilion dolar AS pada tahun 2017. Sistem kewangan yang teratur juga merupakan faktor terpenting bagi ekosistem ini. Syarikat-syarikat besar seperti Xiaomi dan Tencent turut melabur kepada ekosistem ini seterusnya membantu start up untuk bergerak kehadapan. Mereka turut dibantu dengan penyedia platform pembayaran dalam talian seperti Alipay dan WeChat Pay sebagai alternatif pengurusan jualan dan transaksi.

Sehingga kini, Shenzhen dan warganya masih berinovasi untuk mencipta sesuatu yang baru.

Bagaimana pula dengan Cyberjaya, Malaysia?

Perasmian pecah tanah Cyberjaya oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 17 Mei 1997, telah menandakan bermulanya era baru tidak hanya bagi Cyberjaya tetapi kepada Malaysia secara keseluruhan. Keluasan tanah 6,960 ekar yang belum diusahakan dan bekas tapak ladang kelapa sawit, ianya menjadi asas kepada bandar siber pintar pertama di Malaysia.

Tun Dr. Mahathir ketika upacara pecah tanah. Kredit foto Cyberview

Bermula daripada saat itu, Cyberjaya telah menjadi hab kepada semua kegiatan teknologi dan inovasi termasuklah penubuhan pelbagai agensi dan pusat pendidikan yang bertaraf antarabangsa seperti Lim Kok Wing University, MMU, MaGIC, Malaysia Animation Creative Content Centre (MAC3) dan bermacam-macam lagi. Studio Animonsta yang telah menghasilkan siri animasi Boboboi turut bertempat di Cyberjaya.

Siri animasi Boboboi yang telah dihasilkan oleh Studio Animonsta. Kredit grafik Animonsta

Meskipun suatu ketika dahulu kita mengimpikan Cyberjaya untuk menjadi pusat kepada perkembangan teknologi terkini, namun, tidak banyak inovasi terbaru mahupun ciptaan yang kita dapat lihat daripada hab teknologi ini. Mengapa ini terjadi? Dan bagaimana ini terjadi?

Mengambil kira faktor masa, kita hanya terlewat 1 tahun daripada penubuhan Shenzhen sebagai hab inovasi dan industri berteknologi tinggi. Tetapi, China telah mampu mencabar pemilik asal julukan Silicon Valley iaitu Amerika Syarikat.

Adakah Malaysia perlu menunggu lagi?

Continue Reading

Teknologi

DRON GERGASI KARGO: DI MANAKAH KEDUDUKAN MALAYSIA PADA KETIKA INI?

Published

on

Kemunculan cargo drone atau dron gergasi kargo sebagai salah satu medium penghantaran mungkin dapat mengatasi kekangan logistik bagi kawasan yang sukar untuk ditembusi melalui jalan darat mahupun air. Penggunaan dron telah terbukti membantu daripada segi kelestarian  sesebuah kawasan serta memastikan alam sekitar kekal mampan.

Bagaimana pula dengan syarikat perkhidmatan penghantaran dan e-dagang yang terlibat secara langsung dengan pembangunan dron ini?

UPS, Amazon, Google, DHL dan banyak lagi syarikat penghantaran dan e-dagang antarabangsa telah mula menerokai penggunaan dron secara meluas dan teratur. Namun, syarikat-syarikat ini masih lagi dalam tempoh percubaan dan hanya terhad kepada barangan yang kecil dan ringan kerana dron-dron ini masih tidak mampu membawa bebanan yang berlebihan.

Dron penghantar barangan. Kredit foto: DHL

Syarikat seperti Sabrewingair dan Natilus sebagai contoh telah mula merekabentuk dron yang bersaiz besar bagi menampung bebanan barangan dan mampu pergi lebih jauh daripada dron yang ada pada masa kini tetapi ianya masih lagi diperingkat percubaan.

Penggunaan dron kargo berskala besar memerlukan penelitian dengan lebih lanjut kerana saiznya turut mempengaruhi keadaan geografi dan muka bumi setempat yang ingin diterokai. Sekiranya ianya terlalu besar, adakah ianya solusi yang praktikal atau sebaliknya. Keadaan trafik udara semasa turut sesak pada ketika ini. Aspek keselamatan juga perlu diberi perhatian kerana laluan udara yang melebihi 30,000 kaki turut menjadi laluan kapal terbang komersial mahupun kapal terbang kargo.

 

 

Setakat ini, perkhidmatan penghantaran logistik melalui jalan udara (air freight) di Malaysia masih lagi bergantung kepada penggunaan kapal terbang kargo. Masih belum ada syarikat penghantaran tempatan yang mengusahakan atau menggunakan cargo drone sebagai alternatif, termasuklah Pos Malaysia.

Meskipun terdapat banyak syarikat di Malaysia yang kini secara langsung mengusahakan projek berkaitan dron, namun ianya masih menjadi tanda tanya sejauh mana kita telah berada dalam arena pembuatan dron ini.

Adakah kita akan dapat melihat perkembangan terbaru industri penghantaran ini di sebelah tingkap apartment tidak lama lagi? Atau kita sebenarnya perlu menunggu 10-20 tahun lagi?

Continue Reading

covid-19

BERAKHIRNYA MORATORIUM, APAKAH YANG AKAN TERJADI SETERUSNYA?

Published

on

Tiada siapa menyangka tahun 2020 merupakan tahun paling mencabar bagi ramai di antara kita. Di dalam ketidaktentuan keadaan kesihatan global, ekonomi negara di seluruh dunia turut terkesan akibat ancaman pandemik Covid-19.

Industri yang menerima impak paling besar semestinya sektor pelancongan berikutan sekatan daripada dalam dan luar negara. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Berita Harian, di Malaysia sahaja, direkodkan kerugian mencecah RM45 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun.

Paling utama, pekerja yang berada dalam sektor ini menerima impak yang jauh lebih besar apabila diberhentikan kerja atau diberikan cuti tanpa gaji berikutan sekatan-sekatan ini. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata angka yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi April tahun ini, jumlah pekerjaan menurun sebanyak 1.0 peratus kepada 14.93 juta orang berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pelaksanaan moratorium dijalankan apabila ramai di antara kita terkesan apabila kebanyakan urusan perniagaan dan perkhidmatan dihentikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan. Rakyat telah ada lebihan wang ekoran pelaksanaan moratorium ini dan ini mendorong aktiviti pelancongan dan aktiviti perniagaan dalam negara giat dijalankan.

Meskipun aktiviti pelancongan dalam negara semakin rancak berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mula menampakkan perkembangan positif, nasib sebilangan besar daripada pemain industri dan rakyat masih tidak diketahui sehingga kini.

Pakej-pakej rangsangan ekonomi turut diperkenalkan bagi menyerap impak pandemik Covid-19. Kadar pengangguran pada Julai 2020 turun kepada 4.7 peratus atau 28,200 orang berbanding 4.9 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya dengan jumlah keseluruhan penganggur adalah 745,100.

Pakej Rangsangan Ekonomi PKS. Kredit infografik Bernama

Ramai yang menjangkakan peniaga khususnya perusahaan kecil dan sederhana (SME) akan gulung tikar impak daripada berakhirnya moratorium ini. Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menjangkakan terus meningkat mencecah 12 peratus daripada keseluruhan 15 juta tenaga kerja di negara ini.

Namun, apa yang bakal berlaku selepas moratorium berakhir pada 30 September 2020? Adakah kesan positif daripada pakej-pakej rangsangan ekonomi akan kekal selepas ini? Semoga rakyat akan kekal bersatu dalam menghadapi waktu-waktu sukar ini.

 

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: