Connect with us

Sejarah

Hari Ini Dalam Sejarah: Anak Tempatan Pertama diterima jadi Gabenor Bank Negara pada 27 Julai 1962

Published

on

Encik Ismail Ali adalah antara tokoh korporat ulung tempatan yang telah banyak berjasa dalam usaha memodenkan Malaysia. Kredit gambar: Isu Politik Semasa

Pada  hari  ini dalam  tahun  1962, buat pertama kalinya seorang anak tempatan,  Encik  Ismail  bin  Md. Ali dilantik menjadi Gabenor Bank Negara Persekutuan Tanah Melayu.

Encik  Ismail  bin  Md. Ali  telah  dilantik  sebagai  Gabenor  Bank  Negara.  Pelantikan  beliau  mencatat  sejarah  negara  kerana  buat  julung-julung  kalinya  jawatan  Gabenor  Bank  Negara  telah  diambil alih di kalangan  anak  tempatan.

Selaku Gabenor Bank Negara, tanda tangan beliau tertera dalam semua duit kertas Malaysia semasa era perkhidmatannya, satu lagi kejayaan simbolik tanda pembebasan rakyat Persekutuan Tanah Melayu itu.

Beliau  telah  dilantik  oleh  DYMM Seri Paduka  Baginda Yang di-Pertuan Agong  bagi  menggantikan Gabenor  yang  pertama,  Dato’ W.H Wilcock yang  telah  menamatkan  perkhidmatannya  pada  25  Julai  1962.

Sebelum itu, Dato’  W.H Wilcock  yang dipinjamkan daripada Reserve Bank, Australia telah  berkhidmat  sebagai  Gabenor  Bank  Negara  Persekutuan Tanah Melayu semenjak  dari  awal  penubuhan Bank Negara   pada  26  Januari  1959.

Tun Ismail Ali juga pernah berkhidmat di Perbadanan Nasional Berhad sebagai Pengerusi. Kredit gambar: Mohd Fawzi Md Ibrahim

Encik  Ismail tamat  berkhidmat  sebagai Gabenor Bank Negara pada  26  Julai  1980, menjadikannya antara ahli bank tersohor di Asia kerana mencatat rekod sebagai gabenor bank pusat yang paling lama berkhidmat di benua ini.

Pelantikan  Gabenor  Bank Negara  daripada  kalangan  anak  tempatan  pada hari  ini  telah  membuka  langkah  permulaan kepada  dasar  kerajaan  untuk menggalakkan  penglibatan  penuh  daripada  kalangan warganegara  persekutuan  dalam  lapangan  pengurusan  bank.

Bagi menghargai jasanya kepada negara, Encik Ismail telah diberi anugerah awam yang tertinggi, pingat Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun pada tahun 1980.

Beliau meninggal dunia pada 19 Julai 1998, kerana komplikasi selesema pada usia 80 tahun.

Menara Tun Ismail Ali di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur ini dinamakan bersempena Gabenor Bank Negara anak tempatan yang pertama. Kredit gambar: GDPArchitects.com

 

 

Global

KERETA TERBANG: MIMPI ATAU REALITI?

Published

on

Siri animasi daripada Amerika Syarikat, yang mula disiarkan pada tahun 1999, Futurama yang dipaparkan mengambil tempat pada masa hadapan iaitu pada abad ke 31 penuh dengan teknologi. Termasuklah kereta terbang.

Antara babak Futurama yang menampilkan keadaan trafik bagi kenderaan terbang.

Idea kereta terbang antara yang kerap kali menjadi modal industri perfileman di serata dunia apabila kita bercakap soal masa hadapan termasuklah sekuel filem terkenal Back to the Future.

Sedutan filem Back To The Future

Adakah ia sekadar angan-angan atau kini kita menghampiri kenyataan?

Baru-baru ini, sebuah syarikat di negara Jepun telah mencatatkan kejayaan pertamanya menerbangkan “Kereta Terbang” hasil karya anak tempatan selama 4 minit di udara. SkyDrive Japan, syarikat startup daripada Jepun ini telah merealisasikan cita-cita ‘kereta terbang’ ini kejayaan SD-XX, sebuah pesawat eVTOL kapasiti dua orang penumpang yang mempunyai rekaan kemas, bersaiz sebuah kereta, dengan jarak penerbangan beberapa puluhan kilometer pada 100 kmh (62 mph).

 

Berdasarkan pembacaan di World Economic Forum,  kerajaan Jepun telah membiayai projek ‘kereta terbang’ bagi mengkomersialkan mod pengangkutan futuristik pada tahun 2023 menurut laporan Japan Times. Namun mereka bukanlah antara yang terawal menghasilkan model dan prototype ‘kereta terbang’. Syarikat besar lain seperti Airbus, Boeing dan Uber turut menghasilkan konsep reka bentuk bagi kenderaan ini.

Kegunaan pihak ketenteraan

Menurut Nevada Institute for Autonomous Systems, sejarah Unmanned Aerial Vehicles (UAVs) atau Kenderaan Udara Tanpa Pemandu bermula sekitar abad ke-18 menurut para pengkaji sejarah apabila tentera eropah menggunakan pesawat belon tanpa pemandu untuk menghantar bom.

Kebanyakan teknologi drone bermula atas kapasiti ketenteraan dan teori ini dikuatkan lagi pada abad ke-19 apabila penemuan pesawat sayap-tetap (fixed-wing) pada tahun 1903 mendorong generasi drone.

The Kettering “Bug” (Foto: The United States Air Force)

Semasa Perang Dunia Pertama, Amerika Syarikat (AS) telah meningkatkan perkembangan senjata drone namun inisiatif ini tidak digunakan sehingga Perang Dunia Kedua dan ianya penting sebagai alat pemantau.

Penggunaan drone secara meluas bagi pihak ketenteraan AS semasa awal 80an dan secara beransur-ansur menaik taraf drone-drone ini dengan kelengkapan senjata jarak jauh sehingga kini.

Sebuah MQ-9 Reaper terbang di atas Pangkalan Tentera Udara Creech, Nev., Semasa misi latihan tempatan 9 Jun 2009. Skuadron Serangan ke-42 di Creech AFB mengendalikan MQ-9. (Kredit Foto Tentera Udara A.S. / Paul Ridgeway)

Ianya terbukti berkesan dalam membantu pihak ketenteraan untuk memenangi peperangan serta mengawal selia kawasan yang terlibat.

Industri Komersial

Bagi industri komersial, penggunaan UAVs sebagai salah satu method penghantaran adalah tidak asing lagi.

Sebilangan organisasi menggunakan UAV secara khusus kerana minat yang tinggi ini. Contoh yang baik adalah peruncit dalam talian terbesar di dunia, Amazon dan syarikat logistik terbesar DPDHL di dunia, turut menguji keberkesanan penghantaran melalui sistem UAV.

DHL telah melancarkan DPDHL di kawasan bandar negara China (Kredit foto DHL).

Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, electrical multicopter (dengan ciri khas iaitu pelepasan dan pendaratan secara menegak)  nampaknya yang paling menjanjikan bagi industri logistik.

Di Malaysia, menurut laporan The New Straits Times, Unmanned Aerial Systems (UAS) telah digunakan oleh syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd (untuk talian kuasa), Telekom Malaysia (menara telekomunikasi dan aplikasi), Petronas (saluran paip minyak dan gas), pihak berkuasa lebuh raya (pemantauan lalu lintas) dan syarikat kereta api (trek).

Penggunaannya tidak hanya terhad kepada aktiviti pemantauan malah UAS telah digunakan secara meluas untuk kerja-kerja yang berat dan berbahaya terutamanya yang melibatkan industri 3d (difficult, dirty and dangerous).

Idea dan konsep UAV turut menjadi topik hangat pada tahun lepas apabila model bagi kereta terbang yang dihasilkan oleh syarikat tempatan Aerodyne turut di perkenalkan semasa acara tahunan Matta Fair 2019.

Model kereta terbang yang dihasilkan oleh Aerodyne dipamerkan semasa Matta Fair 2019. (Kredit foto The Straits Times)

Risiko melibatkan UAV mahupun UAS

Ruang udara kini agak sesak di kebanyakan bahagian di serata dunia, terutamanya di sekitar bandar-bandar besar. Operasi kawalan lalu lintas udara biasanya berfungsi hampir dengan kemampuan maksimum

Keadaan lalu lintas di udara yang semakin hari semakin sesak.

UAV yang tidak terkawal adalah ancaman besar, yang mampu menjatuhkan kapal terbang dengan beberapa ratus penumpang di dalamnya.

Pada bulan Ogos 2013, seorang juruterbang Alitalia melaporkan melihat UAV sejauh 200 kaki ke pesawatnya semasa pendekatan terakhirnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa JFK di New York, Amerika Syarikat telah mencetuskan siasatan oleh FBI dan FAA.

Isu privasi juga di antara topik yang sering diperkatakan apabila melibatkan UAV atau drone. Hal ini kerana, UAV ini juga boleh disalah gunakan bagi tujuan pengintipan dan perkara yang tidak sepatutnya. Ianya turut melibatkan isu integriti sebilangan besar bagi pengguna drone itu sendiri.

UAV, UAS, kereta terbang mahupun drone mampu menjadi aset yang sangat berharga kepada negara sekiranya ianya mampu memudahkan keadaan sedia ada. Tetapi, adakah dunia kini bersedia akan kemunculannya? Adakah rakyat Malaysia dapat membuka fikiran mereka untuk lebih terbuka kepada konsep kereta terbang ini?

Continue Reading

Politik

[Ulasan] Reaksi rakyat Malaysia isu pelantikan Perdana Menteri Malaysia Ke-8

Published

on

Pada tanggal 1 Mac 2020, Malaysia sekali lagi mencipta sejarah baru dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin, Presiden Parti Bersatu yang juga pemangku Pengerusi Parti Bersatu, sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke lapan dengan perkenan oleh Duli yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah.

Pelantikan tersebut sekaligus menghentikan spekulasi serta perebutan ahli parlimen dalam mencalonkan individu pilihan mereka untuk memimpin negara Malaysia yang tercinta ini.

Namun, pelantikan ini telah menerima pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia tidak mengira kaum serta latar belakang agama dan usia. Ada yang bergembira dengan berita ini namun ada juga yang tidak menerimanya dengan hati yang terbuka. Tidak kurang juga mereka yang telah secara terang-terangan meluahkan kekesalan serta bertindak di luar kawalan kerana berpendapat bahawa tindakan ini telah mencemarkan mandat yang telah diberikan oleh mereka.

Ramai yang menjadikan laman sosial persendirian untuk melepaskan rasa ketidakpuasan hati sehingga mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, kes seorang netizen yang bernama Aaron Yee telah menghina agong kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan tersebut. Dia telah diberkas oleh pihak polis tetapi rakyat dimaklumkan bahawa dia mempunya sejarah sakit mental. Fakta atau auta?

Kenyataan Aaron Yee di dalam Facebook miliknya.

Mereka turut menggunakan hashtag #NotMyPM sebagai tanda protes namun ditepis oleh ramai pihak dengan menggunakan hashtag #DaulatTuanku susulan tindakan biadap mereka.

Sebahagian daripada mereka turut turun ke jalanan bagi membantah pelantikan ini pada hari Ahad, 1 Mac 2020 di hadapan Sogo, Kuala Lumpur. Ramai aktivis yang terkenal turut berada dalam demonstrasi jalanan ini termasuklah Dato’ Ambiga Sreenevasan, Datin Paduka Marina Mahathir dan ramai lagi. Turut dilihat pelbagai NGO daripada pelbagai latar belakang termasuklah SIS, Challenger dan ramai lagi.

Syed Saddiq juga di antara yang lantang bersuara dalam menolak segala bentuk kerjasama dengan UMNO-PAS mahupun kesediaan membentuk kerajaan dengan pakatan tersebut. Beliau antara individu yang bersama-sama Tun Dr. Mahathir menentang kerjasama tersebut.

Begitu juga kebanyakan ahli parlimen yang tidak menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin yang disifatkan sebagai pengkhianatan terhadap prinsip dan identiti Pakatan Harapan seterusnya membawa kepada kejatuhan kerajaan yang hanya dipimpin hanya 22 bulan.

Pendapat peribadi penulis, prinsip asas Rukun Negara WAJIB kita patuhi. Walaupun ianya tidak selari dengan ideologi mahupun pendapat kita. Dalam kes ini, ahli-ahli parlimen mempunyai hak untuk bersuara tetapi mengingkari salah satu rukun negara, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, adalah tidak wajar. Mereka masih ada ruang untuk memprotes keputusan tersebut mengikut saluran yang tepat dan bukan dengan mempromosikan #NotMyPM. Ianya seakan-akan menyanggah keputusan YDPA yang turut berbaur derhaka. Pada awalnya, YDPA telah meminta pendapat mahupun cadangan daripada pihak-pihak yang berkenaan. Penulis berpendapat, YDPA telah pun menimbang cara segala keadaan mahupun kesan daripada keputusan tersebut. Adalah wajar untuk kita menerimanya dengan hati yang terbuka. Kerajaan pada hari ini juga patut dan perlu menitik beratkan soal integriti dalam bekerja bagi membuktikan keputusan YDPA ini adalah tepat dan bukan sebaliknya. Rakyat menilai.

Negara Malaysia negara demokrasi berpelembagaan. Jangan cemarinya dengan insiden yang tidak enak di mata dunia. Cukup-cukuplah bertelagah. Kini masanya untuk bangunkan Malaysia. Kita sudah rugi berbilion ringgit dalam masa seminggu. Apa yang kita mahu lagi?

Pandangan yang dinyatakan adalah pandangan peribadi pengarang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaBoleh.com.

Continue Reading

Politik

Kemelut Politik Kini Berakhir: ‘Throwback’ Peletakan Jawatan Perdana Menteri ke-7

Published

on

Perdana Menteri Malaysia Ke-8 , Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum berangkat ke Istana Negara
Sumber: Bernama

Kita baru sahaja 2 bulan melangkah ke tahun 2020, tetapi sejarah baru Malaysia telah pun tercipta. Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai tanda protes terhadap tindakan sebilangan ahli politik Bersatu yang ingin bergabung dengan gabungan UMNO dan PAS.

Berikut merupakan kronologi hari kelapan yang dipetik daripada portal Berita Harian Online:

5.54 petang: Tun Dr Mahathir meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana selepas perjumpaan dengan Ketua Bahagian, Srikandi dan ARMADA petang ini.

4.48 petang: Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, memandu sendiri sebuah kereta jenis Audi berwarna hitam.

4.35 petang: Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana

4.25 petang: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana, memandu kereta Perodua Myvi.

4.00 petang: Polis menahan seorang lelaki dipercayai ahli PKR bagi membantu siasatan insiden kekecohan membabitkan Naib Presiden PKR, Tian Chua, di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

3.43 petang: Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota parti kasari Naib Presiden PKR, Tian Chua, pohon lembaga disiplin parti lakukan siasatan segera.

2.56 petang: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sudah dapat sokongan terus terajui kerajaan negeri, beri bayangan kerajaan baharu sudah ada.

2:44 petang: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan menghadap Sultan Perak hari ini. Kerjasama BERSATU dengan UMNO dan PAS di Perak akan dibincangkan kemudian. – BERNAMA

2.15 petang: Naib Presiden PKR, Tian Chua ditampar, dibaling botol air dan kon selepas keluar dari Ibu Pejabat PKR. Beliau diiringi beberapa anggota polis, dimaki hamun beberapa penyokong PKR dengan label pengkhianat. Malah, Tian Chua turut dilihat terjatuh akibat dikepung sebelum memasuki kereta.

Tian Chua ditampar dan dibaling botol minuman oleh penyokong PKR di Ibu Pejabat PKR tengah hari tadi.

1.40 tengah hari: Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan yang dikatakan akan berlangsung di hadapan sebuah pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanthan Abdullah, berkata, pihaknya tiada menerima notis berhubung penganjuran perhimpunan berkenaan.

1.30 tengah hari: Suasana di pekarangan Ibu Pejabat PKR, bertukar gamat sejurus bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin keluar dari pejabat itu. Beberapa penyokong PKR yang berada di kawasan sekitar melaungkan perkataan ‘pengkhianat’ dan mengerumuni EXCO Pulau Pinang itu.

1.26 tengah hari: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual memasuki Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pagi esok bagi memulakan tugas rasmi sebagai Perdana Menteri Ke-8.

1.07 tengah hari: Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula 9 Mac ini mungkin ditangguhkan pada satu tarikh baharu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, berkata pihaknya akan berhubung dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapatkan kepastian dan tarikh baharu.

12.55 tengah hari: Polis Diraja Malaysia (PDRM) rakam ucapan tahniah, syabas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan sebagai PM. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya komited pikul amanah jaga keselamatan negara, junjung kedaulatan undang-undang.

12.50 tengah hari: Penjawat awam akan terus berikan perkhidmatan berkualiti, kekal dalam neutraliti, bersandarkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong walaupun kerajaan bersilih ganti, kata Presiden CUEPACS, Adnan Mat.

12.40 tengah hari: “Terima kasih Allah dan (Yang di-Pertuan) Agong atas lantikan hari ini,” kata PM, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Ia kenyataan pertama PM kepada media. Kenyataan media akan diberikan selepas ini.

12.15 tengah hari: PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di kediamannya di Bukit Damansara. Beliau disambut laungan ‘hidup Tan Sri’ dan diikuti, doa kesyukuran.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di kediamannya selepas selesai Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri. – Foto NSTP/Asyraf Hamzah

12.07 tengah hari: Kenderaan membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Negara selepas selesai Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri.

12.04 tengah hari: Kenderaan Speaker Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof meninggalkan Istana Negara melalui Pintu 2.

11.28 pagi: Tun Dr Mahathir dilihat tiba di The Mines Residence dengan kereta Mercedes berwarna hitam diiringi polis pengiring.

11.15 pagi: Tun Dr Mahathir dilihat meninggalkan Yayasan Al-Bukhary selepas pertemuan dengan Ahli Parlimen PH selama kira-kira dua jam. Diikuti Ahli Parlimen Parti Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

10.33 pagi: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Perdana Menteri kelapan kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara. – Foto BERNAMA

10.30 pagi: Istiadat Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri kelapan bermula.

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Perdana Menteri Kelapan di Istana Negara. – Foto BERNAMA
Antara pemimpin parti politik yang hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Perdana Menteri Kelapan di Istana Negara. – Foto BERNAMA

9.58 pagi: Kenderaan membawa Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang tiba di Istana Negara.

9.52 pagi: Lebih 20 kenderaan kenamaan dipercayai dari Barisan Nasional (BN) dan keluarga Perdana Menteri tiba di Istana Negara. Antaranya, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

9.50 pagi: Kereta bawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri kelapan.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki perkarangan Istana Negara untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara. – Foto NSTP/Aswadi Alias

9.44 pagi: Kenderaan yang bawa Yang Dipertuan Dewan Rakyat, memasuki Istana Negara melalui Pintu 2.

9.40 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bacakan doa sebelum kumpulan Tan Sri Muhyiddin Yassin bergerak dari kediamannya ke Istana Negara.

9.37 pagi: Tun Dr Mahathir mengakui beliau dan PH kini terpaksa tunggu sidang Dewan Rakyat akan datang untuk tunjukkan mereka ada sokongan majoriti membentuk kerajaan.

9.26 pagi: Kenderaan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim memasuki Istana Negara.

9.25 pagi: Saya perlu menamatkan perkhidmatan sebagai Perdana Menteri interim, kata Tun Dr Mahathir – BERNAMA

Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto AFP

9.22 pagi: Kenderaan mempunyai lambang Yang Dipertuan Dewan Negara dan pejabat Hakim Negara tiba di Istana Negara.

9.14 pagi: Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur

8.57 pagi: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, memulakan tugas secara rasmi hari ini selepas mengangkat sumpah ke jawatan berkenaan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Bukit Serene, petang Jumaat lalu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad mulakan tugas secara rasmi disambut Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani (kanan) dan Pegawai Kewangan Johor, Datuk A Rahim Nin di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad. – Foto NSTP/Mohd Azren Jamaludin

8.52 pagi: Beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) dilihat tiba di Yayasan Al-Bukhary sejak jam 8 pagi tadi untuk berkumpul secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) dilihat tiba di Yayasan Al-Bukhary sejak jam 8 pagi tadi untuk berkumpul secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. – Foto NSTP/Suzalina Halid
Beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) dilihat tiba di Yayasan Al-Bukhary sejak jam 8 pagi tadi untuk berkumpul secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. – Foto NSTP/Suzalina Halid

Antara yang sudah tiba di Yayasan Al-Bukhary ialah Dr Mahathir sendiri yang juga Perdana Menteri interim; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

8.46 pagi: Kenderaan rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tiba di Istana Negara melalui Pintu 2.

8.42 pagi: Pegawai pengiring Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Istana Negara dipercayai selepas menghantar dokumen melalui Pintu 2.

8.23 pagi: Kenderaan Jabatan Perdana Menteri memasuki pintu 2, Istana Negara untuk Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jam 10.30 pagi.

7.55 pagi: Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat meninggalkan kediamannya di The Mines Resort and Golf Club.

Dr Mahathir dipercayai ke Yayasan Albukhary, di Kuala Lumpur.

Apakah kemelut ini telah berakhir? Atau ianya pengawalan bagi sesuatu yang lebih besar?

Continue Reading

Trending