Connect with us

Uncategorized

Harga air mentah 3 sen segelen untuk Singapura bakal disemak

Tak patut juga rasanya kalau harga segelen air mentah pun lebih murah dari sebiji gula-gula..

Published

on

Kerajaan Singapura akan berdepan dengan satu lagi rundingan dengan kerajaan Malaysia yang baharu, di mana kali ini ini harga air mentah yang ditetapkan lebih 50 tahun lalu bakal disemak semula.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu temuramah bersama Bloomberg menjelaskan yang  harga RM0.03 segelen  dibayar Singapura untuk air mentah ketika ini sebagai tidak masuk akal.

Menurutnya, rundingan semula akan dibuat bagi mengkaji semula Perjanjian Air 1962 antara Malaysia dan Singapura, kerana Malaysia kehilangan banyak sumber pendapatan berdasarkan harga yang ditetapkan ketika itu.

“Saya fikir adalah tidak masuk akal bagi kita menjual air pada harga 3 sen bagi setiap seribu gelen. Mungkin harga itu berpatutan pada tahun 1990 atau 1930 – tetapi sekarang apa yang boleh dibeli dengan 3 sen??”

Ketika ini, Perjanjian Sungai Johor 1962 menjanjikan Singapura 250 juta gelen air mentah sehari pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen, sementara Malaysia membeli semula air yang dirawat pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen.

Perjanjian Air tersebut telah ditandatangani antara Perdana Menteri Malaysia dan Singapura ketika itu – Tunku Abdul Rahman dan mendiang Lee Kuan Yew itu akan berakhir pada tahun 2061.

Paip bekalan air ke Singapura yang bersebelahan dengan Tambak Johor secara simbolik melambangkan hubungan antara dua negara. 

Jika rundingan harga air ini berlangsung, ia akan menjadikannya rundingan kedua dibuat antara dua negara selepas projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura sejak Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Mei lalu.

Namun, Tun Mahathir menegaskan yang segala isu berkenaan Singapura hanya akan diselesaikan secara diplomatik.

“Kita akan duduk dan berbincang dengan mereka, seperti orang yang bertamadun”

Perjanjian air antara Malaysia dan Singapura merupakan antara isu terpenting yang telah mewarnai hubungan diplomatik Malaysia sejak Singapura tidak lagi menjadi sbahagian dari Malaysia pada 1965.

Singapura menganggap isu bekalan airnya antara isu terpenting berkenaan keselamatan negara mereka.

Sebagai sumber alternatif, Singapura juga memperkenalkan NEWater, sumber air kumbahan yang dirawat semula untuk minuman.

Gambar Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong meminum NEWater selepas bermain tenis antara gambar ikonik semasa NEWater diperkenalkan pada 2002.

Isu air Malaysia-Singapura ini sering menjadi perbalahan umum antara kedua-dua rakyat negara berjiran ini, kerana isu air ini sering dikaitkan dengan kedaulatan kedua-dua negara.

Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew pernah mengancam untuk menghantar tentera ke Malaysia jika Malaysia mencuba untuk memansuhkan perjanjian air tersebut.

Meskipun retorik sekeras itu tidak lagi dilontarkan anaknya Lee Hsien Loong, ini tidak bermakna Malaysia harus berganjak dari tuntutannya, agar harga air mentah yang dibeli oleh Singapura tidak lagi bersifat berat sebelah.

 

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Published

on

By

Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.

Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin⁣⁣⁣.

Sumber: Instagram Bernama Official

Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.

Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:

Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

#KitaJagaKita

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Kesan sampingan biasa AstraZeneca

Published

on

By

Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:

Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.

Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).

  • Sakit kepala
  •  Kelesuan
  • Menggigil
  • Arthralgia (sakit sendi)
  • Demam
  • Myalgia (sakit otot)
  • Loya
  • Cirit-birit


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan 📞 1800-888-828

Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan

Continue Reading

Pendidikan

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020

Published

on

By

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.


Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.

Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html

#mara #YTP2021

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending