Connect with us

Teknologi

Bank Dunia: Gunakan peluang ekonomi digital di Malaysia untuk pertumbuhan lebih besar

Jika jaringan internet ditambahbaik, bukan sahaja usahawan digital, rakyat biasa pun pasti akan terus mendapat manfaatnya!

Published

on

Bank Dunia meletakkan ekonomi Malaysia dalam keadaan baik dengan hutang negara juga terkawal, dengan syarat ketelusan dan pengurusan berhemat terus menjadi fokus utama kerajaan Malaysia.

Langkah kerajaan hari ini yang telus dengan kadar hutangnya membantu Bank Dunia melihat Malaysia sebagai satu ‘cerita kejayaan’, meskipun terpaksa berdepan dengan isu skandal 1MDB.

Menggalakkan Malaysia mengekalkan kadar semasa fiskal defisitnya kini, Bank Dunia melalui laporan Pemantau Ekonomi Malaysia-nya menegaskan yang cabaran utama Malaysia kini adalah untuk memastikan manfaat pertumbuhan ekonominya dapat dinikmati semua lapisan masyarakat.

Pelancaran Pemantau Ekonomi Malaysia oleh Bank Dunia turut disertai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Azmin Ali. Kredit gambar: NST Online

Bank Negara juga menyarankan agar kerajaan hari ini mencari lebih banyak sumber untuk menambah kewangan negara bagi memastikan kewangan Malaysia terus dalam keadaan baik – selepas keputusan kerajaan untuk menghentikan kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula Jun lalu.

Untuk menjamin kewangan negara terus mapan untuk jangka panjang, laporan Bank Dunia tersebut menegaskan fokus perlu diberi dengan membuat perubahan struktur yang lebih mendalam dalam usaha mempelbagaikan sumber pendapatan negara, berbelanja dengan cekap, mengurangkan perbelanjaan operasi yang tidak penting,  dan menyusun semula beberapa projek infrastruktur berskala besar.

Selain itu, laporan tersebut turut menegaskan bahawa kerajaan hari ini perlu menggunakan sepenuhnya potensi ekonomi digital di Malaysia untuk mempelbagaikan lagi sektor ekonomi dan pasaran baru.

Dilaporkan bahawa meskipun kadar penggunaan internet di kalangan rakyat Malaysia dikira memberangsangkan, namun tahap penggunaanya yang rendah di kalangan usahawan pada 62 peratus – lebih rendah daripada Singapura, Korea Selatan dan Jepun, kerana faktor harga jaringan jalur lebar yang terlalu mahal untuk usahawan-usahawan kecil.

Rakyat Malaysia juga didapati lebih banyak melayari internet melalui jaringan internet mudah alih, manakala kadar penggunaan internet jalur lebar yang digunakan untuk komputer misalnya jauh lebih rendah berbanding negara jiran kita seperti Brunei dan Singapura.

Meskipun kadar penggunaan internet di kalangan rakyat Malaysia secara umum dikira tinggi, penggunaan internet di untuk perniagaan di kalangan usahawan tempatan dianggap masih rendah. Kredit gambar: Pascasiswazah.com

Menurut Menteri Komunikasi Gobind Singh Deo, kadar bayaran jalur lebar internet dijangka akan diturunkan sebanyak 25% bermula hujung tahun ini.

Jelasnya lagi, kerajaan kini juga sedang mempertimbangkan isu akses internet sebagai satu hak asasi asas di Malaysia.

Bagi kami di MalaysiaBoleh.com, ini menunjukkan cabaran meluaskan manfaat pertumbuhan ekonomi negara untuk semua lapisan rakyat  boleh ditangani dengan penambahbaikan jaringan internet – baik dari segi harga mahu pun infrastruktur, untuk menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Penurunan harga internet diharapkan dapat membantu perkembangan ekonomi digital di kalangan usahawan. Kredit gambar: Astro Gempak

covid-19

Landskap Komunikasi Negara Bakal Berubah Menuju Pasca Covid-19?

Published

on

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula pada 18 Mac 2020, sedikit sebanyak telah mengubah cara sebilangan besar rakyat Malaysia dalam menjalankan aktiviti seharian mereka termasuklah berkomunikasi.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laporan Astro Awani, penting untuk rakyat Malaysia memiliki akses kepada perkhidmatan komunikasi yang meluas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dan SKMM telah bekerjasama rapat dengan pihak daripada sektor telekomunikasi sehinggalah pihak berkuasa bagi memastikan operasi komunikasi tidak terganggu sepanjang perintah dijalankan di seluruh negara.

Sektor telekomunikasi memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan PKP ini kerana ramai pelanggan kini perlu bekerja daripada rumah, termasuklah di lokasi-lokasi kritikal seperti klinik dan hopsital. Orang awam juga kebanyakannya bergantung kepada internet bagi menghilangkan kegusaran dan kebosanan mereka kerana ‘terpenjara’ dirumah dengan menjalankan aktiviti seharian menggunakan internet pada kadar yang optimum. Para pelajar IPTA mahupun IPTS juga perlu meneruskan pengajian mereka secara dalam talian dan ada sesetengah sekolah mahupun pra sekolah yang memberikan tugasan kepada pelajar melalui internet.

Sekiranya perkhidmatan ini tidak dipenuhi secara menyeluruh, maka ianya akan menyukarkan kebanyakan daripada kita untuk meneruskan hidup mahupun pekerjaan mereka. Aplikasi seperti Zoom, Skype menjadi pilihan syarikat-syarikat untuk berinteraksi secara maya mahupun menjalankan mesyuarat harian atau mingguan.

Bagi bidang penyiaran, siaran televisyen dan radio boleh diakses menerusi semua platform. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia turut mengumumkan akan memperkenalkan slot Program TV Pendidikan menerusi saluran TV Okey iaitu salah satu saluran tv RTM. Ianya sebagai usaha tambahan kepada siaran Eduweb TV yang kini dilaksanakan Kementerian Pendidikan secara web streaming. Ini adalah langkah alternatif kepada pelajar yang tidak mendapat capaian internet mahupun tidak mempunyai peranti yang membolehkan mereka mengakses pelajaran mereka secara dalam talian.

Perniagaan dalam talian turut menerima tempias seperti Lazada dan Shopee serta lain-lain platform turut menjadi pilihan ramai di antara kita untuk mencuci mata serta membeli belah. Ini turut disokong dengan perkhidmatan kurier dan pos seperti PosMalaysia, Gdex, DHL dan lain-lain kerana menjadi tulang belakang utama perniagaan ini untuk berurusan terus dengan pelanggan.

Pemain gig ekonomi menjadi tunjang dan pemudah cara dalam memberikan khidmat terbaik kepada para pelanggan semasa musim PKP ini. Aplikasi seperti Grab, FoodPanda, Bungkusit, Lalamove dan bermacam-macam lagi aplikasi penghantaran barangan dan makanan, memudahkan rakyat Malaysia untuk terus mendapatkan makanan pilihan mereka mahupun barang runcit tanpa keluar daripada rumah.

Kredit Gambar: CNBC

Justeru itu, kerajaan menggesa rakyat Malaysia memanfaatkan pelbagai perkhidmatan secara dalam talian yang telah disediakan sepanjang tempoh PKP ini dan pada masa yang sama, sentiasa merujuk kepada sumber rasmi untuk mengetahui perkembangan berkaitan COVID-19. Majlis Keselamatan Negara (MKN) misalnya telah mewujudkan satu akaun Telegram khas sebagai usaha untuk membendung penyebaran berita tidak benar dan memastikan rakyat menerima sebarang berita daripada sumber yang sah!

Apa pula pendapat anda? Adakah rakyat Malaysia akan mengekalkan norma ketika pelaksaan PKP atau akan kembali kepada yang asal?

Continue Reading

Belia

‘Freelancer’ pemudah cara industri

Published

on

Perkhidmatan kontraktor bebas atau “freelancer” bukanlah sesuatu yang asing malah kini mendapat tempat dalam kalangan pemain industri khususnya bagi industri kecil dan sederhana.

Continue Reading

Global

Remaja Malaysia Jadi Jutawan Melalui Permainan Dota 2

Guna kemahiran yang ada untuk cari pendapatan.

Published

on

By

Jika masih ada yang berpendapat bermain game secara serius tidak mampu menjadikan seseorang kaya dan jutawan, mungkin perlu difikirkan sekali lagi.

Terbaru, remaja dari Malaysia iaitu Yap Jian Wei atau lebih dikenali dengan nama xNova bersama kumpulannya, PSG.LGD berjaya muncul sebagai naib juara pertandingan Dota 2, The International 8 yang berlangsung di Vancouver, Kanada.

Pemain Dota 2

Difahamkan hadiah yang diperoleh melalui pertandingan berprestij ini membolehkan kumpulan PSG.LGD yang dianggotai oleh lima ahli kumpulan menerima sebanyak $4,075,965 (RM16,676,810).

Selain itu, pasukan OG berjaya muncul sebagai juara serta membawa pulang piala Aegis beserta wang tunai bernilai $11,208,905 (RM45,861,234). Tahniah diucapkan buat Yap Jian Wei diatas hasil usahanya. Semoga lebih banyak anak muda yang berjaya melakar nama di peringkat antarabangsa di dalam e-sukan selepas ini.

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: