Connect with us

Uncategorized

Dua anak Malaysia terima anugerah Pemimpin Muda daripada Ratu Elizabeth

Published

on

KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia menerima Anugerah Pemimpin Muda Ratu (Queen’s Young Leaders Awards) daripada Ratu Elizabeth II dalam satu majlis khas di Istana Buckingham, London pada Selasa.

Siva Nagappan Visvesvaran, 20, dan Wen Shin Chia, 26, diiktiraf atas inisiatif dan kejayaan mereka untuk melakukan perubahan kepada kehidupan masyarakat global serta komuniti di Malaysia.

View image on Twitter

 

 

 

 

 

 

 

View image on Twitter

Siva yang berasal dari Selangor menerima anugerah tersebut atas kerja yang beliau lakukan untuk membangunkan penyelesaian baharu untuk menangani masalah alam sekitar di Malaysia.

“Saya berpendapat bahawa persekitaran alam sekitar di Malaysia semakin teruk sejak kebelakangan ini, dan tidak memanfaatkan sistem tenaga yang boleh diperbaharui.

“Jadi saya memulakan satu inisiatif kitar semula di mana saya menggunakan surat khabar terpakai untuk menjadikannya sebuah buku untuk didermakan kepada sekolah-sekolah pelarian di Malaysia,” kata Siva ketika mengulas mengenai projeknya dalam satu video dikeluarkan Queen’s Young Leaders.

Sementara itu, Wen pula diiktiraf bagi kerja yang dilakukannya untuk menangani pencemaran di Malaysia.

“Ia adalah satu penghormatan besar untuk menerima anugerah ini daripada Ratu untuk kerja yang saya lakukan di Malaysia. Saya melalui pengalaman yang cukup bermakna di UK dan bertemu dengan semua pemimpin muda dari seluruh Komanwel.

“Saya telah banyak belajar dalam Program Residensi dan tidak sabar untuk melaksanakan projek ini. Saya amat komited untuk melakukan perubahan demi masa depan negara,” kata Wen.

Sebagai Pemimpin Muda Ratu, Siva dan Wen akan mendapat akses kepada program mentor dan latihan di Institute of Continuing Education, University of Cambridge, yang direka untuk membangunkan kemahiran kepimpinan mereka.

Program tersebut juga memastikan mereka diberi pendedahan secukupnya untuk menangani beberapa isu global.

Pencapaian Siva dan Wen turut diiktiraf Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam satu entri di laman Twitternya.

Queen’s Young Leaders Awards yang kini memasuki tahun keempat dan terakhir penganjurannya, meraikan pencapaian anak muda yang melakukan perubahan dari seluruh Komanwel.

Kohort tahun ini mempunyai penerima daripada 38 negara Komenwel yang mencari penyelesaian kepada isu global seperti perubahan iklim, kekurangan makanan, keganasan, kesihatan mental dan akses kepada pendidikan.

Hadir sama pada majlis penyampaian anugerah tersebut, Duke dan Duchess of Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle. Tetamu jemputan lain termasuk, David Beckham, Sir Lenny Henry, Nicola Adams, Neelam Gill, Caspar Lee, Tina Daheley, Ore Oduba dan Pengerusi The Queen Elizabeth Diamond Jubilee Trust, Sir John Major.

Berucap di majlis anugerah, Duke of Sussex, yang baru-baru ini dinamakan Duta Belia Komanwel berkata, “Dalam dunia yang kian berubah, adalah menakjubkan untuk melihat begitu ramai anak muda di sini yang diiktiraf sebagai pemimpin muda dalam melakukan perubahan ke atas kehidupan masyarakat dunia. Anda adalah harapan dan keyakinan yang diperlukan oleh dunia dan kami semua akan melakukan apa sahaja untuk menyokong anda.”

Kini, rangkaian Queen’s Young Leaders, dilengkapi 240 pemimpin muda dari 53 negara Komanwel. Dalam usaha menyokong aspirasi mereka, dana £200,000 diwujudkan The Queen Elizabeth Diamond Jubilee Trust bagi membolehkan kesemua 240 pemimpin muda ini memohon geran ini yang akan membantu meningkatkan mutu kerja mereka untuk menangani isu-isu yang dihadapi Komanwel.

Artikel Asal: Astro Awani

Uncategorized

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Published

on

By

Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.

Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin⁣⁣⁣.

Sumber: Instagram Bernama Official

Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.

Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:

Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

#KitaJagaKita

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Kesan sampingan biasa AstraZeneca

Published

on

By

Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:

Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.

Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).

  • Sakit kepala
  •  Kelesuan
  • Menggigil
  • Arthralgia (sakit sendi)
  • Demam
  • Myalgia (sakit otot)
  • Loya
  • Cirit-birit


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan 📞 1800-888-828

Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan

Continue Reading

Pendidikan

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020

Published

on

By

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.


Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.

Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html

#mara #YTP2021

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending