Connect with us

Uncategorized

Dirogol setiap kali balik kampung

Selama ini anak itu tidak tahu dirinya mengandung. Sangkanya gastrik. Anak pernah mengadu pada emak “perut kakak ni keraslah mama, bergerak gerak macam ada angin.”

Published

on

Daftar masuk seorang pelatih muda bawah umur. Hari ni, ketika saya membaca laporan polis yang disertakan, tanpa sedar saya menangis. Sebak rasanya bila pelatih ini menceritakan kepada pegawai penyiasat.

Dia dirogol oleh adik kandung emak dan sepupunya bergilir gilir ketika emak membawanya pulang ke kampung melihat atok sakit. Bukan sekali tetapi berkali kali setiap kali ikut emak pulang melihat atok sakit.

Dia tidak mampu bercerita. Dia diugut. Sebenarnya dia trauma setiap kali mendengar emak mahu pulang ke kampung mengejuk atok. Di kampung emak pasti sebuk merawat atok untuk bergilir dengan nenek seketika. Emak cuma dapat meluangkan masa hujung minggu. Hari hari lain neneklah yang menguruskan atok. Jadi dia tidak ada pilihan. Mesti ikut juga walaupun takut.

Berbulan bulan dia menghadapi truama ini sejak kali pertama dirogol. Sehati sebelum PRU 14, ketika sedang tidor, emak mendapati dia tidor sebelah emak dan baju yang dipakainya terselak perut. Emak memerhati perut yang membukit dengan rasa berdebar debar. Emak nampak line hitam dari pusat ke bawah jelas warnanya. Bila emak letak tangan atas perut dia, emak terasa gerakan janin yang aktif. Emak terkejut dan panik. Emak cuba bertenang tanpa mengejutkan dia tidur.

Esoknya, emak ajak keluar. Mula tanya baik baik dia menapikan. Emak bawa ke klinik Swasta dan doktor membuat imbasan bunyi. Jelas kelihatan jantina janin. Selesai urusan, di Klinik, emak sudah hanpir pengsan kerana terkejut. Berhari hari emak menangis sebelum membuat keputusan menghantar ke Baitus Solehah supaya anak mendapat sokongan melalui waktu waktu peralihan dari remaja menjadi ibu.

Emak dan anak tidak pernah berpisah selama ini. Perpisahan pertama kali ini memamg berat. Berat kepada sianak dan kepada siemak. Emak tidak berhenti menyalahkan diri sendiri kerana terasaa pincang dalam pendidikan hari ini.

Emak juga dalam dilema, antara anak dan adik kandung untuk dilaporkan kepada pihak berwajib. Mana lagi menjaga hati orang tua yang disayangi sedang uzur. Sudah pasti khabar yang didengar akan memburukkan lagi kesihatan. Namun tekad, kalau bukan aku yang membela nasib anak aku, siapa lagi yang boleh diharap. Anakku cuma ada aku emaknya dan suamiku bapanya. Anak ku mesti dibela. Tidak sekali kali membiarkan adik ku terus meratah anakku seenaknya. Tidak mungkin juga aku mampu tidak pulang menjenguk emak ayah yang uzur.

Nekad emak membawa anak ke Baitus Solehah setelah laporan polis dibuat. Emak sudah bersedia untuk menghadapinya. Kelukaan terhadap adiknya sangat dalam kerana tergamak menganiya anak saudara sendiri.

Saya tulis cerita untuk menjadi iktibar dan peringatan emak bapa di luar sana. Berhati hati apabila dikampung walaupun bukan waktu perayaan. Saudara mara berkumpul, sepupu anak anak berkumpul kerana ikut emak masing masing melawat atok. Jangan izinkan anak jauh dari pandangan mata. Tidak ada siapa yang boleh dipercayai.

Kenapa baru sekarang emak baru tahu? Hati emak walaupun merasa kelainan bentuk tubuh anak tetap bersangka baik sehingga disahkan anak mengandung. Emak tahu bagaimana dia menjaga anak ini. Sebab itu emak tidak mengesyaki sesuatu yang buruk terjadi pada anaknya.

Ibarat kita berada di jalan raya, kita berhati – hati supaya tidak mendapat kemalangan. Namun ada orang / kenderaan lain yang melanggar kita.

Peringatan untuk semua, berhati hati walapun berasa kehidupan bebas. Jika tidak mahu ada saudara terluka, tutuplah aurat rapat rapat disebalik akhlak dan iman.

Ayat yang membuat saya hiba, apabila dipaksa , “mereka bergilir gilir merogol saya setiap kali pulang ke kampung. Saya tidak ada upaya nak melawan. Mereka ugut jika tidak memenuhi kehendak mereka atau memberitahu orang lain. Saya tak berani melawan.”

Selama ini anak itu tidak tahu dirinya mengandung. Sangkanya gastrik. Anak pernah mengadu pada emak ” perut kakak ni keraslah mama, bergerak gerak macam ada angin.” Emak tidak berapa ambik endah. Emak juga perasan kenapa tidak datang haid. Keresahan emak sekadar dalam hati tanpa sebarang tindakan. Lalu , mengakibatkan musibah besar yang terjadi. Tidak mengapa terasa buruk sangka terhadap anak sendiri, peluang untuk mohon maaf sentiasa terbuka.

Emak emak, bapa bapa , mohon jaga anak masing masing. Kerap bertanya apa aktiviti mereka selama beberada di Kampung. Biarlah menyesal dahulu….

Jangan sampai anak yang ditatang bagaikan puteri, dihembus lalang rebah ke bumi oleh darah daging.

.

Emak Yang Masih Sayu,

Mak Liza
Kredit : Baitus Solehah

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Published

on

By

Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.

Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin⁣⁣⁣.

Sumber: Instagram Bernama Official

Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.

Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:

Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

#KitaJagaKita

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Kesan sampingan biasa AstraZeneca

Published

on

By

Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:

Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.

Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).

  • Sakit kepala
  •  Kelesuan
  • Menggigil
  • Arthralgia (sakit sendi)
  • Demam
  • Myalgia (sakit otot)
  • Loya
  • Cirit-birit


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan 📞 1800-888-828

Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan

Continue Reading

Pendidikan

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020

Published

on

By

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.


Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.

Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html

#mara #YTP2021

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending