Connect with us

Uncategorized

Cara Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak. Daftar Haji Sekali!

Banyak kelebihannya kalau simpan duit anak dalam Tabung Haji. Giliran haji pun dapat masa tak tua sangat, dan dapat dividen lagi. Inilah yang kita nak, setuju? #MalaysiaBoleh

Published

on

Musim-musim Raya begini, berbondong-bondonglah ibu ayah yang mula buka akaun simpanan anak-anak. Maklumlah, dapat banyak duit raya. Kalau pegang duit anak ni lama-lama, risau pula kalau hilang, tersalah letak atau ‘ter’guna.

Antara akaun simpanan permulaan yang selalu menjadi pilihan ibu ayah tentunya Tabung Haji. Selain dapat purata dividen dan bonus tahunan yang paling menguntungkan di Malaysia, Tabung Haji juga dijamin kerajaan dan patuh syariah. Maksudnya ibu ayah tak perlu pening kepala nak kira kalau ada jumlah simpanan yang perlu dizakatkan.

Lagi bagus, anak-anak kita dah boleh didaftarkan haji siap-siap. Tahu-tahu sajalah, queue untuk pergi haji dengan Tabung Haji memang teramatlah paaannjaanngg… Contohnya saya yang baru daftarkan anak saya yang berumur 4 bulan Jun 2018 ni, tahun peruntukan haji untuk dia adalah tahun 2124! (Of courselah boleh apply untuk pergi lebih awal, cuma nak tekankan di sini yang seeloknya kita daftarlah awal-awal sebab ramai sangat yang tunggu giliran.)

Kelebihan kalau pergi Haji dengan Tabung Haji ni seperti yang kita tahu, ada subsidi yang diperuntukkan. Contohnya, boleh tengok di laman web Tabung Haji – Kos Haji semasa adalah RM 22,450 dan Tabung Haji akan menanggung RM12,470, iaitu 56% daripada keseluruhan kos Haji tersebut. Banyak, kan? Jadi, kita hanya perlu sediakan RM9,980 untuk dapat pergi menunaikan Haji dengan Tabung Haji.

Sebab itulah seeloknya kita buka akaun Tabung Haji untuk anak awal-awal. Bagi yang nak tahu cara buka akaun tabung haji, boleh rujuk post yang dikongsikan oleh Puan Nowa Nija di bawah ini.

CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI UNTUK ANAK

Sampai saja dari kampung, terus kami ke Tabung Haji (TH) tanpa tangguh-tangguh sebab risau macam tahun-tahun sudah tangguh end up tidak buat pun akaun TH untuk 2 orang anak saya.

Tadi TH kan memang raaaamaaaiii parents bawa anak-anak buka akaun/simpan duit raya anak-anak dalam akaun sedia ada. Bila tengok situasi dalam TH tu rasa macam rumah terbuka pun ada sebab ramai betul orang. Rupanya begini situasi lepas Raya dalam TH.

21 orang ok saya tunggu. Tapi Alhamdulillah tak lebih sejam.

Tiba-tiba rasa bersalah pula kenapalah dulu malas suka tangguh. Tau kenapa tiba-tiba timbul kesedaran? Sebab terbaca sorang ustaz cakap duit raya anak tu amanah untuk kita jaga dan hak anak.

Bagus juga kita bukakan akaun TH anak untuk simpanan mereka dan juga untuk persediaan untuk melengkapkan rukun Islam ke-5. Daripada beli barang yang bukan-bukan. Paling haru kalau anak buat beli mercun. Big NO la kan.

Jadi, untuk parents yang mahu buka akaun TH anak cuma bawa:
1. MyKad ibu/bapa
2. MyKid anak
3. Duit sekurang-kurangnya RM10 untuk deposit dalam akaun TH

Nanti staf TH di kaunter depan akan bagi borang-borang yang perlu diisi.

Ada 3 jenis borang yang perlu diisi:
1. Slip simpanan wang
2. Borang maklumat ahli
3. Borang Usaha Wajar Pelanggan Lebih Lanjut (ECDD)

*Jangan silap ya check dulu borang yang last tu sebab selalunya dikepilkan terus tiga sekali. Staf tu salah bagi saya borang, terkejut saya sebab borang untuk anak saya tadi borang penama bukan ECDD. Borang penama tu hanya untuk akaun dewasa bukan kanak-kanak.

Lepas isi borang tu semua, bolehlah ambil nombor giliran. Tunggu kejap sementara di panggil.

Oh ya, pastikan cap jari kamu tiada masalah ya sebab cap jari sangat WAJIB / MANDATORI untuk buka akaun anak. Macam saya tadi siiiikiiiittt lagi tidak dapat buka akaun TH anak sebab cap jari saya hari tu ‘hilang’. Bukan hilang apa, jari saya alergi di kulit jari tu terkupas-kupas sampai staf di kaunter TH tu cakap “ada masalahkah pada jari Puan?”

Bila nombor dah dipanggil, tunggu saja proses seterusnya daripada pihak TH. Sekarang semuanya sistem berkomputer, semuanya senang dan mudah. Jadi cepatlah dapat buka untuk anak-anak Ibu. Untuk akaun berstatus akaun kanak-kanak ini, penjaga adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas akaun tersebut. Nanti bila anak dah berumur 18 tahun ke atas, bolehlah tukarkan kepada status akaun dewasa.

Semoga istiqomah menyimpan duit raya anak-anak setiap tahun dan saya aim setiap bulan mesti simpan duit dalam akaun TH anak-anak. Kalau nak tengok cara mudah nak buat transfer & link kan akaun Maybank ke TH, boleh rujuk post saya yang terdahulu: CARA LINK AKAUN TH ANAK KE AKAUN MAYBANK

CARA DAFTAR HAJI UNTUK ANAK

Seterusnya, dah alang-alang kalau duit raya anak cukup RM1300, Dah bolehlah daftar Haji terus untuk mereka. Syaratnya, perlu ada minimum RM1300 dalam akaun TH untuk mendaftar. Kemudian, mention pada petugas di kaunter nak daftar haji sekali. Prosesnya sangat cepat. Dalam 2 minit, siap!

Dalam slip ini, akan ditulis tahun peruntukan haji untuk anak nanti. Haa boleh tengok tu tahun anak saya untuk pergi haji ialah tahun 2124!

Kalau ibu ayah pun belum daftar, daftarlah cepat-cepat. Bagi yang belum ada simpanan yang mencukupi, boleh juga daftar melalui KWSP. Yang penting, pastikan caruman akaun 1 KWSP anda telah melebihi RM1,300. Masa mendaftar, bawa sekali slip penyata KWSP yang terkini.

Tapi kalau duit raya anak masih belum mencukupi. Bolehlah tunggu tahun depan atau tahun seterusnya. Bila dah cukup RM1300, cepat-cepat daftar. Selain kaunter TH, pendaftaran haji juga boleh dilakukan di:

  • Kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat.
  • Mesin ATM/ CDM Bank Islam, Maybank dan Bank Rakyat.
  • Laman Web : Maybank2u dan iRakyat.
  • Aplikasi/ Portal THiJARI.

Mudah, kan?

Jadi, jom mulakan simpanan untuk anak-anak seawal mungkin.

*Cara daftar akaun Tabung Haji ini dikongsikan oleh Puan Nowa Nija melalui Facebook.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: