Connect with us

Biskut Warisan Ibu Mentua Pembuka Rezeki

Published

on

KUALA LUMPUR – Bermula secara sambilan, Norashikin Zainal Abidin, 47, kini boleh berbangga dengan perniagaan biskut yang menjadi sumber rezeki utama beliau dan keluarganya.

Beliau yang nekad berhenti kerja sebagai kerani di sebuah bank sekitar 12 tahun lepas menghasilkan biskut seroja iaitu resipi istimewa ibu mentuanya, Norsimah Ahmad.

Permintaan untuk biskut seroja yang mengambil nama daripada bunga seroja yang lazimnya ditemui di dalam kolam, akan meningkat berkali ganda setiap kali tiba hari raya.

Beliau perlu bekerja lebih 12 jam sehari malah kadang kala terpaksa mengorbankan waktu tidur bagi memastikan tempahan yang diterima sejak tiga bulan lepas dapat sampai ke tangan pelanggan sebelum ketibaan 1 Syawal.

INSPIRASI DARI BUNGA SEROJA

Bagi memastikan operasi buat biskut seroja berjalan lancar, Norashikin memperoleh sedikit bantuan dari Jabatan Pertanian pada 2005 untuk bina bengkel di belakang rumahnya di Kampung Peradong, Jelebu, Negeri Sembilan.

Beliau juga membeli mesin uli adunan untuk memudahkan penghasilan biskut dalam kuantiti yang lebih banyak.

“Bunga seroja kan cantik. Ibu mentua saya mengambil nama bunga ini untuk tujuan mengkomersialkan biskut itu.

“Kalau hendak diikutkan, biskut ini ada keunikan tersendiri, dari segi rupa dan rasa berbanding biskut lain yang banyak di pasaran. Nak buat biskut ini pun perlu kesabaran yang tinggi,“ tambahnya.

“Untuk tempahan hari raya saya boleh menghasilkan kira-kira 20,000 biji biskut bunga seroja sahaja,” katanya kepada Bernama baru-baru ini sambil menambah kata operasi buat biskut seroja sebenarnya berjalan sepanjang tahun.

Walaupun bulan-bulan biasa tidak sesibuk memenuhi tempahan untuk hari raya namun permintaan sentiasa ada terutama untuk tempahan majlis pertunangan dan perkahwinan yang dijadikan sebagai hantaran.

UNIK BISKUT SEROJA

Biskut seroja yang dihasilkan Norashikin mempunyai empat kelopak yang diisi dengan inti mentega kacang dan atas permintaan ramai, intinya kini dipelbagaikan seperti coklat dan nanas.

Kerumitan membuat kelopak biskut seroja sedikit membataskan usahanya untuk menerima tempahan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa.

Setelah campunan tepung dan mentega siap diuli, adunan akan ditekap terlebih dahulu menggunakan alat penekap sebelum dibentuk menggunakan tangan untuk menghasilkan kelopak seroja.

Keadaan ini menyebabkan proses menghasilkan biskut agak rumit berbanding biskut lain kerana tidak ada alat atau mesin yang boleh membentukkan adunan menjadi bunga.

Ia perlu dilakukan menggunakan tangan untuk mencantumkan kelopak tersebut, katanya.

Untuk menghasilkan 300 biji biskut bunga seroja, kebiasaannya Norashikin mengambil masa lebih 10 jam dengan bekerja dari pagi hingga petang.

“Sebab itu saya terpaksa menolak banyak tempahan pada hari raya tahun ini disebabkan tidak berkemampuan untuk membuatnya,” katanya yang turut dibantu seorang pekerja.

Beliau berkata buat masa kini, keperluan utamanya adalah untuk mendapatkan mesin yang boleh menghasilkan terus kelopak seroja bagi menggantikan cara tradisional menggunakan tangan.

BELAJAR DARI IBU MENTUA

Norashikin mula mempelajari cara membuat biskut seroja daripada ibu mentuanya selepas berkahwin dengan suaminya, Ruzlan Rose Abd Rashid pada tahun 1991.

Ketika itu ibu mentua beliau membuat biskut untuk dihidangkan kepada tetamu pada hari raya. Ramai tetamu yang makan biskut itu bertanya tentang resipi dan cara membuatnya sehinggakan ibu mentua membuka tempahan secara kecil-kecilan untuk jiran-jiran, katanya.

“Ibu mentua saya sebenarnya mendapat resipi itu sekitar tahun 70an, ketika tinggal di kuarters tentera di Johor semasa mengikuti bapa mentua yang bertugas sebagai anggota tentera.

“Bila bapa mentua sudah pencen dan pulang ke kampung, biskut seroja yang dihasilkan emak mentua terus mendapat perhatian tetamu sebab bentuknya cantik dan rasanya sedap,” katanya.

Tidak lokek dengan ilmu yang ada, ibu mentuanya turut mengajar orang kampung menghasilkan biskut seroja hingga ramai yang berkebolehan membuat biskut itu terutama di sekitar Jelebu.

Apabila tiba hari raya ramai yang menghidangkan biskut seroja dan beliau sendiri turut membantu ibu mentua menerima tempahan, menurut ibu kepada empat orang anak ini.

“Tetapi ramai yang tidak sanggup untuk membuatnya kerana kerjanya sangat rumit terutama untuk membentuknya menjadi bunga seroja.

“Kerumitan itu menjadi keunikan biskut ini dan saya berhasrat untuk mengembangkannya secara lebih meluas lagi terutama dengan bantuan promosi dalam media sosial,” katanya. – BERNAMA

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ekonomi

Jurugambar kepada ‘Tauke Bundle’, ‘Chef In Flight’ kepada Usahawan Makanan! Hikmah Covid-19 membuka sumber rezeki yang baru

Published

on

Tiada siapa menyangka kemuculan Wabak Covid-19 akan mengubah kehidupan seharian kita termasuklah sumber pendapatan. Sebelum ini, negara turut berdepan dengan wabak-wabak lain seperti SARS, MERS-COV dan lain-lain lagi, namun ianya tidak menjejaskan pendapatan sebahagian besar daripada kita.

Akibat daripada pandemik ini, negara terpaksa melakukan sekatan demi sekatan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penyebaran virus Covid-19. Susulan pelaksanaan PKP, ramai telah kehilangan kerja serta sumber pendapatan malahan ramai juga di antara mereka yang diberikan cuti tanpa gaji sehinggalah suatu tarikh yang masih tidak diketahui.

Namun, ramai yang mampu bangkit daripada krisis pendapatan. Bersempena tema Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini,  “Malaysia Prihatin”, Penulis telah berjaya menemu bual 2 orang individu yang telah bangkit kesan daripada pelaksanaan PKP ini.

Puteri Siti Fatinnur @ Feenie.co – Jurugambar kepada ‘Tauke’ Bundle Online

Feen bersama suami ketika bercuti di Cameron Highland.

Feenie.co kini bukan nama yang asing lagi bagi penggemar bundle di laman perniagaan atas talian, Shopee. Pelaksanaan PKP telah membuka pintu rezeki yang baru bagi beliau dan suami yang sebelum ini bekerja sebagai Jurugambar sepenuh masa. Puteri Siti Fatinnur atau lebih mesra disapa sebagai Feen menjelaskan mengapa beliau memilih perniagaan bundle atas talian.

1. Adakah anda terhimpit dengan kemunculan Covid-19? Mengapa?

Semestinya. Apabila Covid-19 melanda negara, sektor perkahwinan antara sektor yang paling terjejas dan saya sebagai jurugambar perkahwinan sepenuh masa telah hilang mata pencarian selama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Hatta semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kebanyakan majlis perkahwinan pelanggan terpaksa ditunda dan pakej fotografi yang telah ditempah terpaksa ditukar kepada skala kecil ataupun hanya terhad kepada upacara akad nikah sahaja. 

2. Bagaimana tercetusnya idea untuk mengusahakan perniagaan anda ketika ini? 

Idea berkenaan perniagaan bundle ini tercetus apabila saya melihat keadaan ekonomi semasa. Kebanyakan daripada kita memilih untuk lebih berjimat cermat tetapi pada masa yang sama kuasa pembeli masih ada apabila live berkenaan jualan dimana-mana platform media sosial mendapat sambutan hangat. Jadi disamping modal yang diperlukan tidak terlalu tinggi, saya dan suami mengambil keputusan untuk terjun ke dalam bidang bundle. 

Sesi live Feenie.co di laman perniagaan atas talian, Shopee

3. Boleh anda kongsikan laman Instagram, Facebook atau bagaimana cara untuk pelanggan mendapatkan perkhidmatan atau barangan anda?

Saya telah menggunakan Shopee sebagai platform utama saya untuk mempromosikan barangan jualan. Laman Shoppe Feenie.co 

 

Munzir @ Munziroo Kitchen – Chef In Flight Catering kepada Usahawan Makanan

Benarlah kata orang, tak cuba tak tahu. Itu lah tanggapan dan perasaan saya setelah merasai sendiri air tangan daripada usahawan ini. Nasi Pad Krapao yang telah dihantar terus ke rumah penulis masih panas dan enak! Bertanya tentang status pekerjaannya kini, Munzir atau nama sebenarnya Munzir Che Sobry, PKP telah mengubah kehidupannya sekeluarga.

1. Adakah anda terhimpit dengan kemunculan Covid-19? Mengapa?

Ya, sangat terkesan kerana saya bekerja sebagai Chef In flight Catering di sebuah syarikat penerbangan.

Di situ, kami menyediakan hidangan-hidangan bagi penerbangan antarabangsa. Kemuculan pandemik seperti semua telah sedia maklum telah menjejaskan penerbangan di dalam mahupun luar negara susulan PKP. Seterusnya ia menjejaskan tugasan harian kami kerana tiada lagi penerbangan antarabangsa. Majikan saya akhirnya membuat keputusan utk melaksanakan Cuti Tanpa Gaji kepada kami sehingga kini.

Keadaan ini juga menjejaskan pekerja-pekerja syarikat penerbangan seperti yang umum ketahui. Oleh kerana itu, kami terpaksa menjalani kehidupan seharian tanpa pendapatan tetap.

2. Bagaimana tercetusnya idea untuk mengusahakan perniagaan anda ketika ini?

Perniagaan ini sebenarnya telah dijalankan sejak beberapa tahun yg lalu secara sambilan iaitu mengambil tempah kuih raya dan doorgift utk majlis keramaian.

Antara produk yang dihasilkan Munziroo Kitchen

Ketika situasi pandemik ini kian tidak menentu, tambahan pula mata pencarian utama saya terjejas, terdetik untuk saya melakukan perniagaan ini secara sepenuh masa bagi memperoleh pendapatan yang mencukupi bagi menampung kehidupan seharian.

Jadi perniagaan ini terus akan berjalan sehingga saya dipanggil utk bekerja semula.

Munzir bersama produk yang dihasilkannya.

3. Boleh anda kongsikan laman Instagram, Facebook atau bagaimana cara untuk pelanggan mendapatkan perkhidmatan atau barangan anda?

Cara kami dgn membuat post ke laman Instagram dan Facebook persendirian dan page perniagaan kami.

Laman Facebook: Munziroo Kitchen

Laman Instagram: @munzirookitchen.

Kami juga membuat posting di marketplace dan group Facebook. Selain itu, kami juga menghantar makanan kami untuk di review oleh beberapa selebriti Malaysia seperti Fizo Omar dan Black Hanifah.

—————

Bak kata pepatah jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sesuatu kejayaan itu tidak akan datang tanpa usaha yang jitu. Kepada semua yang terkesan akibat wabak Covid-19, ingatlah bahawa anda tidak keseorangan. Bangkitlah dan berusaha. Semoga kita dapat melawan musuh yang tidak kelihatan ini bersama-sama. Bebaskan dan majukan diri anda. Demi agama, bangsa dan negara.

Selamat menyambut bulan kemerdekaan tahun 2020. #MalaysiaPrihatin

+++++++++++

Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan produk, klik pada pautan ini.

Continue Reading

Belia

#MasaKita Series: “Education of the Future: Producing Young Leaders in Business and Politics”

Published

on

By

Continue Reading

Gaya Hidup

Kulit kusam terkurung semasa PKP, terkejut muka ‘glow’ selepas terapi Aqua Peel.

Published

on

3 bulan terperap dirumah akibat pelaksanaan PKP, kulit makin kusam, blackhead dan whitehead penuh dimuka lagi-lagi dekat hidung, macam tentera nak pergi berperang.

Berikut merupakan pengalaman penulis sendiri merasai proses terapi Aqua Peel di Narqes Skintelligent (NS).

Saya tergerak hati untuk mencuba terapi Aqua Peel di Narqes Skintelligent (NS) setelah menerima pelbagai maklum balas positif daripada rakan-rakan yang telah mencuba rawatan di sana.

Kebetulan, NS sedang mengadakan promosi ‘Reopening Sale’, harga terapi Aqua Peel terlajak murah dengan harga RM99! Dengan hanya RM99 sahaja, anda menerima rawatan yang asalnya berharga RM250! Berbaloi bukan?

Pengalaman semasa saya lakukan facial di sini memang tip top! Daripada pintu masuk sampailah ke bilik rawatan, saya dilayan bak puteri. Rawatan dimulakan dengan ‘Consultation dan Face Skin Analysis’ untuk tengok masalah kulit muka kita, yang kemudian menentukan rawatan yang bersesuaian dengan keadaan kulit muka ketika itu. Sepanjang di NS, saya boleh katakan sangat selesa sehinggakan semasa sesi urutan yang dilakukan oleh ahli terapi, saya terlelap. Setiap rawatan di wajah dilakukan dengan sangat lembut. Semasa proses sedutan whitehead dan sel kulit mati pun tidak terasa sakit! Memang terbaik cara kerja ahli terapi di sini.

Nampak tak betapa banyaknya whitehead dan sel kulit mati yang disedut?

Selepas selesai sesi terapi, kulit memang terasa lembut, licin, dan segar. Habis segala blackhead, whitehead dan sel kulit mati disedut. Tentera yang penuh dekat hidung, pipi dan dagu akhirnya berenang-renang di dalam ‘waste bottle’ tu! Memang puas hati! Senang kata, ‘glow’ terus muka selepas buat Aqua Peel tu.

Sebelum beredar, mereka hidangkan pula air teh o suam dengan ‘chocolate chip cookies’ yang sedap! Servis Narqes Skintelligent memang terbaik!

 

Disebabkan jangkitan Covid belum berakhir, ramai yang masih takut nak mendapatkan rawatan wajah yang memerlukan sentuhan jarak dekat ni. Sejujurnya, saya berasa selamat apabila membuat rawatan di sini kerana setiap ahli terapi mematuhi SOP yang ditetapkan dan Narqes Skintelligent melaksanakan SOP yang sangat ketat demi menjaga keselamatan pelanggan mereka.

Setelah diselidiki, latar belakang Pengasas NS, Puan Narqes, beliau merupakan bekas pelajar jurusan Farmasi kumpulan pertama di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan kemudiannya bertugas selama 6 tahun di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibahagian pendaftaran produk. Di situ beliau telah terlatih untuk hanya mengeluarkan produk yang selamat digunakan oleh pengguna.

Tengoklah ‘therapists’ Narqes Skintelligent ni, dah macam frontliners KKM kan? 🙂

Antara SOP yang dilaksanakan di NS ialah setiap ‘therapist’ wajib memakai face mask, face shield, sarung tangan dan PPE. Setiap uniform ini akan dinyahkuman setiap kali selepas digunakan. 1 pelanggan, 1 ahli terapi dan ahli terapi perlu menyahkuman pada diri sendiri sebelum memulakan terapi kepada pelanggan seterusnya. Cadar katil dan kain kemban pelanggan juga ditukar untuk setiap pelanggan.

Puan Narqes juga telah menghasilkan ‘Customized Transparent Intubation Facial Safety Box’ sebagai perlindungan tambahan kepada pelanggan dan ahli terapi bagi mengelakkan sebarang jangkitan COVID-19.

Penulis ketika sesi rawatan.

 

Promosi masa terhad NS Aqua Peel.

NS Aqua Peel yang saya cuba sendiri adalah promosi TERHAD. Ianya sempena pembukaan semula Narqes Skintelligent, facial lengkap untuk masalah Blackhead/Whitehead dan membuang sel-sel kulit mati terkumpul hanya berharga RM99 (Harga asal: RM250). Promo masa terhad ini hanya untuk pelanggan kali pertama yang datang ke NS sahaja ya.

Terdapat juga promosi untuk pakej-pakej terapi yang anda boleh jimat sehingga RM 1000! Klik pada gambar untuk maklumat lanjut.

Sementara promosi terlajak murah ni masih ada, saya nak bagi hadiah facial dekat mak dan adik saya. Jomlah kita grab slot kita sebelum promosi ‘reopening sale’ ni tamat. Sekarang kan dah boleh keluar, mestilah kena cantik nak jumpa orang kan?

Tengoklah wajah-wajah yang ‘glow’ selepas selesai ‘skin treatment’ mereka.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi Narqes Skintelligent di 013-2635007 atau anda boleh klik di sini!

Selain itu, produk yang saya grab semasa di sana ialah Set Covid Kit! Dahlah harga berpatutan, semua yang kita perlukan ada dalam satu Covid Kit ni.

Saiz Covid Kit tu comel sahaja, nak bawa pergi mana-mana senang, nak bagi hadiah dekat orang pun boleh. Kita mestilah jaga kebersihan diri kita kan, sama-sama bantu negara matikan rantaian Covid-19 di Malaysia. Malaysia Boleh!!

Di bawah, saya turut sertakan produk-produk daripada Narqes Skintelligent untuk mencegah jangkitan Covid-19:

Covid Kit – 1 set RM40

Antiseptic Hand Wash 60ml , Instant Hand Sanitizer 60ml , Surface Disinfectant 60ml (Untuk nyahkuman pada apa sahaja permukaan. Contohnya, pemegang troli pusat beli-belah). Derma Rescue Gel 60ml (Untuk melembabkan kembali tangan anda), Face Mask 5pcs, Gloves 2 pasang.

Selain daripada set Covid Kit, NS juga ada menjual:

Disinfectant Tablet

100tablets RM180, 100tablets RM200 (with water pump).

Instant Hand Sanitizer

1 Botol (500ml) RM35

Jika dibandingkan dengan harga pasaran, memang berbaloi sangat produk ni setanding dengan kualiti dia. Jadi kalau korang nak beli produk atau nak dapatkan ‘facial treatment’, boleh terus pergi ke cawangan NS yang berdekatan dengan korang atau boleh beli secara online di website! Oh ya, untuk corporate order pun ada tau! Boleh hubungi NS untuk dapatkan harga korporat/borong untuk produk-produk ni.

Online website Narqes Skintelligent

Official website – www.narqes.com

Untuk membeli barang – www.shopnarqes.my

Cawangan Narqes Skintelligent yang anda boleh hubungi:

NS Ampang : 0132635007

NS Wangsa Melawati: 0133266768

NS Rawang: 0132515657

NS Gombak: 0162323829

NS Klang: 0194817576

NS Damansara: 0186656910

NS Petaling Jaya: 0109841718

NS Shah Alam: 0168722887

NS Manjung: 0109795749

NS Langkawi: 0164004544

NS Alor Setar: 0196628382

NS Kulim: 0103196030

NS Cyberjaya: 0102309006

 

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: