Connect with us

Teknologi

Apple MacBook Pro Hadir Dengan Ciri Baru, Kini Boleh Didapati Di Malaysia – Harga Bermula RM7,499

Peminat brand Apple pasti gembira dengan berita ini.

Published

on

Apple Malaysia kini dilihat telah pun mula menawarkan komputer riba terbaru mereka, MacBook Pro. MacBook Pro baru ini telah diperkenalkan pada bulan lepas, dimana ia kini menawarkan kemaskini cip pemprosesan, selain turut hadir dengan beberapa penambahan spesifikasi lain.

Apple Macbook Pro yang mempunyai ciri baru iaitu TouchBar ditawarkan pada harga bermula RM7,499. Manakala tanpa TouchBar, harga bermula pada RM5,659.

MacBook Pro hadir dalam dua variasi, iaitu model 13-inci dan juga 15-inci. Apple mengatakan versi 15-inci menawarkan prestasi lebih 70% berbanding generasi sebelumnya, sementara untuk model 13-inci ia menawarkan prestasi berganda berbanding generasi lepas.

Melalui generasi baru ini, selain cip pemprosesan baru dan memori sehingga 32GB RAM, Apple juga kini menyertakan paparan Retina yang dilengkapi sokongan paparan True Tone, selain penggunaan cip Apple T2 untuk penawaran sokongan “Hey Siri” pada Mac dan juga sekuriti yang baik.

Papan kekunci juga turut diberikan nafas baru, dimana kini ia lebih senyap berbanding generasi lepas.

Di Malaysia, MacBook Pro dengan skrin bersaiz 13-inci dan TouchBar ditawarkan pada harga bermula RM7499, sementara model bersaiz 15-inci dengan TouchBar ditawarkan pada harga bermula RM9999.

SUMBER RUJUKAN: APPLE

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ekonomi

DRON GERGASI KARGO: DI MANAKAH KEDUDUKAN MALAYSIA PADA KETIKA INI?

Published

on

Kemunculan cargo drone atau dron gergasi kargo sebagai salah satu medium penghantaran mungkin dapat mengatasi kekangan logistik bagi kawasan yang sukar untuk ditembusi melalui jalan darat mahupun air. Penggunaan dron telah terbukti membantu daripada segi kelestarian  sesebuah kawasan serta memastikan alam sekitar kekal mampan.

Bagaimana pula dengan syarikat perkhidmatan penghantaran dan e-dagang yang terlibat secara langsung dengan pembangunan dron ini?

UPS, Amazon, Google, DHL dan banyak lagi syarikat penghantaran dan e-dagang antarabangsa telah mula menerokai penggunaan dron secara meluas dan teratur. Namun, syarikat-syarikat ini masih lagi dalam tempoh percubaan dan hanya terhad kepada barangan yang kecil dan ringan kerana dron-dron ini masih tidak mampu membawa bebanan yang berlebihan.

Dron penghantar barangan. Kredit foto: DHL

Syarikat seperti Sabrewingair dan Natilus sebagai contoh telah mula merekabentuk dron yang bersaiz besar bagi menampung bebanan barangan dan mampu pergi lebih jauh daripada dron yang ada pada masa kini tetapi ianya masih lagi diperingkat percubaan.

Penggunaan dron kargo berskala besar memerlukan penelitian dengan lebih lanjut kerana saiznya turut mempengaruhi keadaan geografi dan muka bumi setempat yang ingin diterokai. Sekiranya ianya terlalu besar, adakah ianya solusi yang praktikal atau sebaliknya. Keadaan trafik udara semasa turut sesak pada ketika ini. Aspek keselamatan juga perlu diberi perhatian kerana laluan udara yang melebihi 30,000 kaki turut menjadi laluan kapal terbang komersial mahupun kapal terbang kargo.

 

 

Setakat ini, perkhidmatan penghantaran logistik melalui jalan udara (air freight) di Malaysia masih lagi bergantung kepada penggunaan kapal terbang kargo. Masih belum ada syarikat penghantaran tempatan yang mengusahakan atau menggunakan cargo drone sebagai alternatif, termasuklah Pos Malaysia.

Meskipun terdapat banyak syarikat di Malaysia yang kini secara langsung mengusahakan projek berkaitan dron, namun ianya masih menjadi tanda tanya sejauh mana kita telah berada dalam arena pembuatan dron ini.

Adakah kita akan dapat melihat perkembangan terbaru industri penghantaran ini di sebelah tingkap apartment tidak lama lagi? Atau kita sebenarnya perlu menunggu 10-20 tahun lagi?

Continue Reading

Komunikasi

SISTEM E-DAGANG MALAYSIA, BERTARAF ANTARABANGSA?

Published

on

“Beberapa tahun yang lalu, tidak dapat dibayangkan orang-orang menaiki kereta orang asing tetapi sekarang e-hailing sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian kita sekarang. Oleh itu, pada waktunya, saya membayangkan sebuah dunia di mana orang dapat membeli barang terpakai sebagai pilihan semula jadi, lebih bijak dan lebih bermakna. ” – Tang Siew Wai, Carousell Malaysia.

Kini, laman e-dagang tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan ekosistem sedia ada telah mampu untuk membantu usahawan-usahawan e-dagang untuk terus bersaing dalam memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik kepada semua pelanggan.

Kemunculan laman e-dagang milik anak tempatan turut bertaraf antarabangsa seperti Lelong, Fashion Valet, Dego Ride, iMoney Group, Dropee, Hermo dan banyak lagi.

Apa pula pendapat anda?

Continue Reading

Global

KERETA TERBANG: MIMPI ATAU REALITI?

Published

on

Siri animasi daripada Amerika Syarikat, yang mula disiarkan pada tahun 1999, Futurama yang dipaparkan mengambil tempat pada masa hadapan iaitu pada abad ke 31 penuh dengan teknologi. Termasuklah kereta terbang.

Antara babak Futurama yang menampilkan keadaan trafik bagi kenderaan terbang.

Idea kereta terbang antara yang kerap kali menjadi modal industri perfileman di serata dunia apabila kita bercakap soal masa hadapan termasuklah sekuel filem terkenal Back to the Future.

Sedutan filem Back To The Future

Adakah ia sekadar angan-angan atau kini kita menghampiri kenyataan?

Baru-baru ini, sebuah syarikat di negara Jepun telah mencatatkan kejayaan pertamanya menerbangkan “Kereta Terbang” hasil karya anak tempatan selama 4 minit di udara. SkyDrive Japan, syarikat startup daripada Jepun ini telah merealisasikan cita-cita ‘kereta terbang’ ini kejayaan SD-XX, sebuah pesawat eVTOL kapasiti dua orang penumpang yang mempunyai rekaan kemas, bersaiz sebuah kereta, dengan jarak penerbangan beberapa puluhan kilometer pada 100 kmh (62 mph).

 

Berdasarkan pembacaan di World Economic Forum,  kerajaan Jepun telah membiayai projek ‘kereta terbang’ bagi mengkomersialkan mod pengangkutan futuristik pada tahun 2023 menurut laporan Japan Times. Namun mereka bukanlah antara yang terawal menghasilkan model dan prototype ‘kereta terbang’. Syarikat besar lain seperti Airbus, Boeing dan Uber turut menghasilkan konsep reka bentuk bagi kenderaan ini.

Kegunaan pihak ketenteraan

Menurut Nevada Institute for Autonomous Systems, sejarah Unmanned Aerial Vehicles (UAVs) atau Kenderaan Udara Tanpa Pemandu bermula sekitar abad ke-18 menurut para pengkaji sejarah apabila tentera eropah menggunakan pesawat belon tanpa pemandu untuk menghantar bom.

Kebanyakan teknologi drone bermula atas kapasiti ketenteraan dan teori ini dikuatkan lagi pada abad ke-19 apabila penemuan pesawat sayap-tetap (fixed-wing) pada tahun 1903 mendorong generasi drone.

The Kettering “Bug” (Foto: The United States Air Force)

Semasa Perang Dunia Pertama, Amerika Syarikat (AS) telah meningkatkan perkembangan senjata drone namun inisiatif ini tidak digunakan sehingga Perang Dunia Kedua dan ianya penting sebagai alat pemantau.

Penggunaan drone secara meluas bagi pihak ketenteraan AS semasa awal 80an dan secara beransur-ansur menaik taraf drone-drone ini dengan kelengkapan senjata jarak jauh sehingga kini.

Sebuah MQ-9 Reaper terbang di atas Pangkalan Tentera Udara Creech, Nev., Semasa misi latihan tempatan 9 Jun 2009. Skuadron Serangan ke-42 di Creech AFB mengendalikan MQ-9. (Kredit Foto Tentera Udara A.S. / Paul Ridgeway)

Ianya terbukti berkesan dalam membantu pihak ketenteraan untuk memenangi peperangan serta mengawal selia kawasan yang terlibat.

Industri Komersial

Bagi industri komersial, penggunaan UAVs sebagai salah satu method penghantaran adalah tidak asing lagi.

Sebilangan organisasi menggunakan UAV secara khusus kerana minat yang tinggi ini. Contoh yang baik adalah peruncit dalam talian terbesar di dunia, Amazon dan syarikat logistik terbesar DPDHL di dunia, turut menguji keberkesanan penghantaran melalui sistem UAV.

DHL telah melancarkan DPDHL di kawasan bandar negara China (Kredit foto DHL).

Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, electrical multicopter (dengan ciri khas iaitu pelepasan dan pendaratan secara menegak)  nampaknya yang paling menjanjikan bagi industri logistik.

Di Malaysia, menurut laporan The New Straits Times, Unmanned Aerial Systems (UAS) telah digunakan oleh syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd (untuk talian kuasa), Telekom Malaysia (menara telekomunikasi dan aplikasi), Petronas (saluran paip minyak dan gas), pihak berkuasa lebuh raya (pemantauan lalu lintas) dan syarikat kereta api (trek).

Penggunaannya tidak hanya terhad kepada aktiviti pemantauan malah UAS telah digunakan secara meluas untuk kerja-kerja yang berat dan berbahaya terutamanya yang melibatkan industri 3d (difficult, dirty and dangerous).

Idea dan konsep UAV turut menjadi topik hangat pada tahun lepas apabila model bagi kereta terbang yang dihasilkan oleh syarikat tempatan Aerodyne turut di perkenalkan semasa acara tahunan Matta Fair 2019.

Model kereta terbang yang dihasilkan oleh Aerodyne dipamerkan semasa Matta Fair 2019. (Kredit foto The Straits Times)

Risiko melibatkan UAV mahupun UAS

Ruang udara kini agak sesak di kebanyakan bahagian di serata dunia, terutamanya di sekitar bandar-bandar besar. Operasi kawalan lalu lintas udara biasanya berfungsi hampir dengan kemampuan maksimum

Keadaan lalu lintas di udara yang semakin hari semakin sesak.

UAV yang tidak terkawal adalah ancaman besar, yang mampu menjatuhkan kapal terbang dengan beberapa ratus penumpang di dalamnya.

Pada bulan Ogos 2013, seorang juruterbang Alitalia melaporkan melihat UAV sejauh 200 kaki ke pesawatnya semasa pendekatan terakhirnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa JFK di New York, Amerika Syarikat telah mencetuskan siasatan oleh FBI dan FAA.

Isu privasi juga di antara topik yang sering diperkatakan apabila melibatkan UAV atau drone. Hal ini kerana, UAV ini juga boleh disalah gunakan bagi tujuan pengintipan dan perkara yang tidak sepatutnya. Ianya turut melibatkan isu integriti sebilangan besar bagi pengguna drone itu sendiri.

UAV, UAS, kereta terbang mahupun drone mampu menjadi aset yang sangat berharga kepada negara sekiranya ianya mampu memudahkan keadaan sedia ada. Tetapi, adakah dunia kini bersedia akan kemunculannya? Adakah rakyat Malaysia dapat membuka fikiran mereka untuk lebih terbuka kepada konsep kereta terbang ini?

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: