Connect with us

Uncategorized

Apakah asal-usul sebenar slogan ‘Malaysia Boleh’?

Slogan yang datang daripada akar umbi biasanya lebih terkesan di hati rakyat… #MalaysiaBoleh

Published

on

Kejayaan pasukan Badminton Malaysia menjulang Piala Thomas pada tahun 1992 dikatakan memberi ilham slogan ‘Malaysia Boleh!’. Kredit gambar: Berita Harian

Slogan Malaysia Boleh ini adalah amat popular di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya setiap kali tiba musim kejohanan sukan antarabangsa yang disertai atlet Malaysia.

Slogan Malaysia Boleh yang sering dilaungkan untuk menggambarkan kejayaan anak-anak Malaysia di pentas dunia ini sangat dekat di hati rakyat sehingga kini, kerana ia hanya dua patah perkataan tetapi amat mendalam – jika anda anak Malaysia, tidak kira dari apa segi perbezaan kaum, agama mahu pun pandangan politik, anda mampu melakukannya jika ada keazaman yang tinggi,

Namun tidak ramai yang mengetahui asal usul sebenar slogan ini, lantas mengatakan slogan ini diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.

Ungkapan ‘Malaysia Boleh’ ini mula popular sekitar awal 90-an, ketika Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan Piala Thomas dan Uber pada 1992, penyertaan Malaysia ke kejohanan Olimpik di Sepanyol pada tahun yang sama, dan kejohanan Sukan SEA di Singapura pada tahun berikutnya.

Jika ada pembaca yang masih ingat, semasa seluruh Malaysia sedang rancak mengikuti kejohanan berprestij tersebut ketika itu, lagu rancak ‘Fikirkan Boleh’ nukilan kugiran rock, Metropolitan ini sudah pun menjadi siulan ramai semasa mereka teruja mengikuti perkembangan atlet-atlet badminton negara.

Malah dikatakan kejayaan pasukan badminton Malaysia menamatkan penantian Piala Thomas selama 25 tahun sebelum itu telah mempopularkan lagu ‘Fikirkan Boleh’ ini sehingga menjadi lagu wajib setiap kali pasukan badminton bertanding selepas itu.

Sejak daripada itu lagu ‘Fikirkan Boleh’ ini terus dikaitkan dengan kejohanan sukan antarabangsa, kerana liriknya yang jelas menaikkan semangat atlet-atlet dan juga rakyat yang setia menyokong mereka.

Walau bagaimanapun, slogan ‘Malaysia Boleh’ hanya mula digunakan secara rasmi oleh Malaysia semasa kejohanan Sukan SEA ’93.

Slogan ‘Malaysia Boleh!’ amat sinonim dengan sukan di Malaysia, malah turut dilaung untuk kejayaan pasukan e-Sports dari Malaysia. Kredit gambar: 王者荣耀与Dota 2 Highlights TV

Menurut The Star, frasa ‘Malaysia Boleh’ ini telah diilhamkan oleh Pengarah Pemasaran Sukan Nestle, Datuk Dina Rizal dari perbincangannya bersama atlet-atlet negara dalam perbincangannya bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum ke kejohanan sukan SEA di Singapura.

Menurut Datuk Dina, Presiden MOM ketika itu Tan Sri Hamzah Abu Samah menggalakkan Nestle untuk bersama-sama dengan atlet mebincangkan slogan yang sesuai untuk kontinjen Malaysia, dan setelah mencapai kata sepakat, mereka akhirnya memilih slogan ‘Malaysia Boleh’.

Slogan yang pada asalnya sinonim dengan sukan ini terus digunakan untuk pencapaian-pencapaian Malaysia dalam bidang-bidang lain seperti pendidikan, ekonomi mahupun pencapaian individual rakyat Malaysia – kerana semangat ‘can do attitude’ yang dizahirkan dengan frasa mudah ini.

Baru-baru ini rakyat Malaysia telah membuktikan semangat Malaysia Boleh mereka apabila pertukaran kuasa antara parti politik dilihat berjalan dengan begitu lancar, tatkala negara lain banyak menghadapi pergolakan sebaik sahaja pemerintahan bertukar kuasa.

Kami di MalaysiaBoleh.com mengharapkan agar rakyat Malaysia seluruhnya berganding bahu membina semula negara kita, agar Malaysia yang baharu ini akan melahirkan generasi yang berani dan inovatif – sejajar dengan slogan Malaysia Boleh!

Rakyat Malaysia layak berbangga dengan pencapaian mereka dalam kematangan demokrasi kerana memilih untuk terus hidup harmoni semasa berlaku peralihan kuasa Mei lalu. Kredit gambar: Keepcalm-o-matic.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belia

SOLS 24/7 memperkasakan belia daripada kumpulan B40

Published

on

SOLS 24/7 adalah sebuah organisasi kemanusiaan yang komited untuk berkhidmat, mendidik dan memperkasakan masyarakat miskin dan kurang berkemampuan.

Melalui pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial, SOLS 24/7 telah berusaha untuk mengubah komuniti yang kurang terlatih untuk mengembangkan potensi sebenarnya dalam mematahkan roda kemiskinan.

Menggunakan model dan reka bentuk khas – Sains Bahasa, Sains Teknologi dan Sains Kehidupan – organisasi ini telah menyediakan pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial secara percuma kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di Malaysia.

Jom tonton siri pertama temu bual eksklusif MalaysiaBoleh.com bersama SOLS 24/7.

Continue Reading

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: