Connect with us

Uncategorized

5 Anak Malaysia yang di Liga Bola Sepak Antarabangsa

Siapa tahu, mungkin satu hari nanti mereka ini akan menyarung jersi Harimau Malaya pula?

Published

on

Sementara kita masih dalam musim Piala Dunia, MalaysiaBoleh.com ingin menyerlahkan 5 anak-anak Malaysia yang kini bermain di liga-liga antarabangsa.

Siapa tahu, mungkin satu hari nanti mereka ini bakal menyarung jersi Harimau Malaya apabila tiba peluang Malaysia ke Piala Dunia pada masa hadapan!

1. Dion Cools

Dion Cools semasa beraksi di Club Brugge. Kredit gambar: FourFourTwo

Pemain pertahanan kelab Belgium, Club Brugge ini ntara prospek yang dinantikan untuk mewakili Malaysia pada masa hadapan. Anak muda kacukan Belgium-Sarawak  ini pernah mewakili pasukan bawah-19 Belgium, tetapi tidak menolak kemungkinan untuk beraksi untuk Malaysia pada masa hadapan. Baru berusia 22 tahun, Cools mahu mengembangkan kariernya di Eropah dahulu sebelum pulang ke Malaysia.

2. Tadashi Takeda

Tadashi Takeda dikatakan antara pemain senior yang diharapkan peminat bolasepak tanah air untuk menyarung jersi Harimau Malaya. Kredit gambar: The Vocket

Pemain pertahanan berusia 27 tahun ini memegang passport Jepun, tetapi masih layak untuk mewakili Malaysia kerana dilahirkan di sini, dan tidak pernah mewakili Jepun secara professional. Tadashi bermain untuk kelab divisyen kedua J-League, Fagiano Okayama sejak tahun 2008.

3. Samuel Bone

Pemain tinggi lampai ini masih belum mewakili mana-mana negara dalam karier professionalnya. Kredit gambar: FourFourTwo

Anak muda berusia 19 tahun ini dilahirkan Malaysia semasa ayahnya William “Billy” Bone bermain untuk pasukan Sarawak. Pertahanan muda ini kini beraksi di liga Ireland untuk Shamrock Rovers F.C. Samuel telah meninggalkan Malaysia sejak berumur 5 tahun selepas ayahnya bersara dari bola sepak, namun akan memikirkan untuk menyarung jersi Harimau Malaya jika diberikan peluang.

 

4. Wan Kuzain Wan Kamal

Walaupun dilahirkan di AS, Wan Kuzain masih boleh mewakili Malaysia, kerana ibu bapanya warganegara Malaysia. Kredit gambar: Mstar

Pemain tengah yang baru berusia 19 tahun ini juga antara prospek yang dinanti-natikan peminat bolasepak tanahair untuk pulang ke Malaysia. Membesar di Amerika Syarikat dan mendapat latihan bolasepak di akademi bola sepak Southern Illinois Futbol Club dan Saint Louis FC. Wan Kuzain kini bermain untuk pasukan Sporting Kansas City di liga MLS Amerika Syarikat. Anak muda ini memasang cita-cita untuk beraksi di pentas Champion’s League, antara kejohanan bolasepak tertinggi di dunia.

5. Shahrel Fikri

Shahrel Fikri pernah diketepikan skuad bawah 23 kebangsaan berikutan masalah jantung. Kredit gambar: Stadium Astro

Penyerang berusia 23 tahun ini dianggap antara kisah comeback kid yang diminati pemerhati bolasepak. Ini kerana walaupun pernah diketepikan dari skuad Harimau Muda B kerana masalah jantung, prospek muda ini telah menjaring 13 gol dalam 20 penampilan sulungnya bersama PKNP FC. Shahrel kini dipinjam untuk beraksi di Liga Thailand untuk kelab Nakhon Ratchasima FC.

Mampukah Malaysia ke saingan Piala Dunia pada masa hadapan? Jika ada semangat Malaysia Boleh, tiada apa yang mustahil!

 

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: