Connect with us

Teknologi

4 apps tempatan yang anda ‘mesti cuba’ jika mahu berpindah rumah

Tidak perlu lagi menjenguk tiang-tiang elektrik untuk mencari lori sewa, urusan pindah rumah sekarang semudah di hujung jari! #MalaysiaBoleh

Published

on

Segala tugas dalam proses berpindah rumah kadangkala agak melecehkan, malah ramai juga di antara kita kini yang sibuk dengan urusan kerja, sehingga kekurangan masa untuk membuat sendiri segala urusan pindah rumah mereka. Tetapi jangan gusar, dengan kemajuan teknologi dan pelbagai jenis perkhidmatan online yang kini disediakan, urusan pindah rumah kini boleh dibuat hanya dengan aplikasi telefon pintar anda sahaja! Berikut adalah antara aplikasi tempatan yang boleh mengurangkan kekusutan anda jika perlu berpindah dalam masa terdekat:

1.Untuk mencari rumah sewa

Walaupun ada pelbagai jenis apps dan laman web  yang menyediakan perkhidmatan iklan rumah untuk disewa, tetapi bagi yang mencari kediaman baru di sekitar kawasan lembah Klang, wajib mencuba perkhidmatan apps Speedrent dalam persiapan mencari rumah sewa yang baharu.

Speedrent.com mahu merevolusikan cara urusniaga sewaan rumah bagi memudahkan tuan rumah dan penyewa. Kredit gambar: 360 e-Commerce.

Speedrent menghubungkan penyewa secara terus dengan tuan rumah tanpa agen dan orang tengah, malah penyewa juga tidak perlu membayar deposit kepada tuan rumah, jadi harga sewa kebanyakannya lebih rendah dari pengiklan lain. Perjanjian sewa juga dibuat terus secara online, jadi anda tidak perlu risau soal kontrak lagi!

Sistem eSignature yang digunakan Speedrent membolehkan segala urusan kontrak sewa rumah kini boleh dibuat melalui telefon pintar sahaja. Kredit gambar: MaGic.my

2. Membuat ‘jualan gudang’ barangan tidak diperlukan

Jika anda sudah menemui rumah idaman anda, kini tiba pula masa untuk anda mengemas barang-barang yang perlu dibawa untuk ke rumah baru anda. Tetapi kami pasti, bukan semua barangan lama anda yang dalam stor itu perlu untuk dibawa sekali untuk stor rumah baru anda pula! Dengan trend barangan ‘bundle’ dan ‘pre-loved’ yang popular, ramai kini memilih untuk ‘melepaskan’ sahaja barang-barang yang sudah tidak diperlukan.

Daripada hanya memenuhkan stor rumah baru anda nanti, bukankah lebih baik kalau anda jualkan sahaja untuk belanja kos berpindah nanti? Kredit gambar: KakLongChan.com

Melalui aplikasi jual beli barangan terpakai yang popular seperti Mudah.my, tugas berpindah rumah akan lebih mudah kerana anda bukan sahaja sudah tidak perlu mengangkut terlalu banyak barang, malah anda juga boleh mendapat duit poket tambahan untuk menampung perbelanjaan pindah rumah pada bulan tersebut.

Barangan yang mungkin tidak lagi diperlukan di rumah baru anda boleh diiklankan secara online untuk meringankan kos berpindah.

3. Mencari lori mengangkut barang

Jika dahulu anda perlu terjenguk-jenguk ke tiang-tiang elektrik untuk mencari perkhidmatan lori sewa, kini sudah ada bermacam-macam apps buatan anak tempatan yang bukan sahaja memberi perkhidmatan lori sewa, tetapi juga pekerja untuk perkhidmatan mengemas dan mengangkut barangan anda untuk dipindahkan.

Antara iklan-iklan perkhidmatan lori sewa di tiang-tiang elektrik yang selalu kita lihat di jalan raya.

TheLorry.com adalah antara syarikat tempatan yang menyediakan lebih 1,000 pemandu lori di seluruh Malaysia, dan melalui appsnya,  anda boleh memastikan terus harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatan mereka menerusi fungsi sebutharga pantasnya. TheLorry.com diusahakan oleh Chee Hau Goh yang pernah bekerja dalam industri kargo dan Nadhir Ashafiq yang pernah berkhidmat di industri perbankan pelaburan. ‘Startup’ yang bermula sejak 2014 ini turut menyediakan perkhidmatan bagi mereka yang ingin berpindah ke Singapura.

Dua anak muda tempatan ini memilih untuk meninggalkan karier mereka dalam industri masing-masing untuk memulakan perusahaan sendiri. Kredit gambar: Columnlife.com

4. Tugas membersihkan rumah

Sudah menjadi kebiasaan apabila kita mahu meninggalkan rumah lama atau mahu pindah ke rumah yang baharu, kita perlu membersihkannya terlebih dahulu. Tetapi kadang-kadang kita sememangnya kekurangan masa untuk membuat semua ini – jadi di sinilah perkhidmatan tukang cuci online dapat memudahkan kerja anda!

Maideasy.my diusahakan 100 peratus oleh anak tempatan. Kredit gambar: Maideasy.my

Aplikasi seperti Maideasy.my yang diusahakan 100 peratus oleh anak tempatan memberi pelbagai jenis perkhidmatan mencuci rumah, termasuklah perkhidmatan cuci rumah sebelum berpindah! Dengan harga serendah RM100 untuk perkhidmatan selama 4 jam, pakej Maideasy.my sememangnya berbaloi untuk mereka yang kekurangan masa mahu membuat tugas ‘remeh-temeh’ untuk berpindah akibat kesibukan kerja.

Perkhidmatan Maideasy.my membantu mereka yang mengalami kekangan masa untuk mencuci sendiri rumah sebelum berpindah.

Jadi kalau anda atau ada mana-mana kenalan anda yang  mahu berpindah rumah dalam masa terdekat, kongsikan sahaja artikel ini, kerana tugas berpindah rumah sekarang sememangnya semudah di hujung jari!

 

SaveSave

SaveSave

SaveSave

SaveSave

covid-19

Landskap Komunikasi Negara Bakal Berubah Menuju Pasca Covid-19?

Published

on

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula pada 18 Mac 2020, sedikit sebanyak telah mengubah cara sebilangan besar rakyat Malaysia dalam menjalankan aktiviti seharian mereka termasuklah berkomunikasi.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laporan Astro Awani, penting untuk rakyat Malaysia memiliki akses kepada perkhidmatan komunikasi yang meluas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dan SKMM telah bekerjasama rapat dengan pihak daripada sektor telekomunikasi sehinggalah pihak berkuasa bagi memastikan operasi komunikasi tidak terganggu sepanjang perintah dijalankan di seluruh negara.

Sektor telekomunikasi memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan PKP ini kerana ramai pelanggan kini perlu bekerja daripada rumah, termasuklah di lokasi-lokasi kritikal seperti klinik dan hopsital. Orang awam juga kebanyakannya bergantung kepada internet bagi menghilangkan kegusaran dan kebosanan mereka kerana ‘terpenjara’ dirumah dengan menjalankan aktiviti seharian menggunakan internet pada kadar yang optimum. Para pelajar IPTA mahupun IPTS juga perlu meneruskan pengajian mereka secara dalam talian dan ada sesetengah sekolah mahupun pra sekolah yang memberikan tugasan kepada pelajar melalui internet.

Sekiranya perkhidmatan ini tidak dipenuhi secara menyeluruh, maka ianya akan menyukarkan kebanyakan daripada kita untuk meneruskan hidup mahupun pekerjaan mereka. Aplikasi seperti Zoom, Skype menjadi pilihan syarikat-syarikat untuk berinteraksi secara maya mahupun menjalankan mesyuarat harian atau mingguan.

Bagi bidang penyiaran, siaran televisyen dan radio boleh diakses menerusi semua platform. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia turut mengumumkan akan memperkenalkan slot Program TV Pendidikan menerusi saluran TV Okey iaitu salah satu saluran tv RTM. Ianya sebagai usaha tambahan kepada siaran Eduweb TV yang kini dilaksanakan Kementerian Pendidikan secara web streaming. Ini adalah langkah alternatif kepada pelajar yang tidak mendapat capaian internet mahupun tidak mempunyai peranti yang membolehkan mereka mengakses pelajaran mereka secara dalam talian.

Perniagaan dalam talian turut menerima tempias seperti Lazada dan Shopee serta lain-lain platform turut menjadi pilihan ramai di antara kita untuk mencuci mata serta membeli belah. Ini turut disokong dengan perkhidmatan kurier dan pos seperti PosMalaysia, Gdex, DHL dan lain-lain kerana menjadi tulang belakang utama perniagaan ini untuk berurusan terus dengan pelanggan.

Pemain gig ekonomi menjadi tunjang dan pemudah cara dalam memberikan khidmat terbaik kepada para pelanggan semasa musim PKP ini. Aplikasi seperti Grab, FoodPanda, Bungkusit, Lalamove dan bermacam-macam lagi aplikasi penghantaran barangan dan makanan, memudahkan rakyat Malaysia untuk terus mendapatkan makanan pilihan mereka mahupun barang runcit tanpa keluar daripada rumah.

Kredit Gambar: CNBC

Justeru itu, kerajaan menggesa rakyat Malaysia memanfaatkan pelbagai perkhidmatan secara dalam talian yang telah disediakan sepanjang tempoh PKP ini dan pada masa yang sama, sentiasa merujuk kepada sumber rasmi untuk mengetahui perkembangan berkaitan COVID-19. Majlis Keselamatan Negara (MKN) misalnya telah mewujudkan satu akaun Telegram khas sebagai usaha untuk membendung penyebaran berita tidak benar dan memastikan rakyat menerima sebarang berita daripada sumber yang sah!

Apa pula pendapat anda? Adakah rakyat Malaysia akan mengekalkan norma ketika pelaksaan PKP atau akan kembali kepada yang asal?

Continue Reading

Belia

‘Freelancer’ pemudah cara industri

Published

on

Perkhidmatan kontraktor bebas atau “freelancer” bukanlah sesuatu yang asing malah kini mendapat tempat dalam kalangan pemain industri khususnya bagi industri kecil dan sederhana.

Continue Reading

Global

Remaja Malaysia Jadi Jutawan Melalui Permainan Dota 2

Guna kemahiran yang ada untuk cari pendapatan.

Published

on

By

Jika masih ada yang berpendapat bermain game secara serius tidak mampu menjadikan seseorang kaya dan jutawan, mungkin perlu difikirkan sekali lagi.

Terbaru, remaja dari Malaysia iaitu Yap Jian Wei atau lebih dikenali dengan nama xNova bersama kumpulannya, PSG.LGD berjaya muncul sebagai naib juara pertandingan Dota 2, The International 8 yang berlangsung di Vancouver, Kanada.

Pemain Dota 2

Difahamkan hadiah yang diperoleh melalui pertandingan berprestij ini membolehkan kumpulan PSG.LGD yang dianggotai oleh lima ahli kumpulan menerima sebanyak $4,075,965 (RM16,676,810).

Selain itu, pasukan OG berjaya muncul sebagai juara serta membawa pulang piala Aegis beserta wang tunai bernilai $11,208,905 (RM45,861,234). Tahniah diucapkan buat Yap Jian Wei diatas hasil usahanya. Semoga lebih banyak anak muda yang berjaya melakar nama di peringkat antarabangsa di dalam e-sukan selepas ini.

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: