Connect with us

Masakan

‘Masak apa tak jadi hari ni’ sangat mencuit hati

Published

on

Apabila cuti dilanjutkan sehingga 28 April 2020 sudah tentu ramai rakyat Malaysia yang menghabiskan masa dengan mencuba masak pelbagai jenis makanan. Pelbagai resepi viral mahupun resipi turun temurun dari masakan tradisional, barat mahupun Asia turut dikongsi di laman sosial media masing-masing.

Tidak terkecuali laman sosial Facebook MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL yang mencuit hati apabila netizen berkongsi gambar serta bercerita mengenai masakan mereka yang tidak menjadi.

Sumber: FB MATJHN

Antara masakan yang dimuat naik oleh netizen. Boleh pecah perut gelak melihat semua gambar-gambar yang dimuat naik oleh mereka.

Hanya dalam tempoh beberapa hari, netizen yang mengikuti page ini telah meningkat kepada lebih 1,317,500 pengikut. Kalau anda inginkan hiburan di saat kebosanan tak tahu nak buat apa, boleh lawat laman sosial MATJHN ya!

Apa pun, tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang duduk dirumah mengikut arahan PKP yang dikuatkuasakan sehingga 28 April ini.

#StayAtHome #KitaJagaKita

Trending

%d bloggers like this: