Connect with us

Kesihatan

Bosan dirumah? Jom buat senaman Burpees

Published

on

Jom buat senaman Burpees untuk kekal aktif di rumah! 7 minit je!

Sumber: MyHEALTH KKM

covid-19

COVID-19: 110 kes baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 900

Published

on

By

Terkini 15 kes positif #COVID19 telah sembuh dan dibenarkan discaj dari wad. Ini menjadikan jumlah sembuh dan discaj sebanyak 75 kes. Terdapat 110 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 900 kes. – KKM Putrajaya

Continue Reading

covid-19

Rakyat Malaysia masih memandang ringan ancaman wabak COVID-19

Published

on

By

Sumber: Facebook

Negara Itali kini mencatatkan jumlah jangkitan kedua tertinggi selepas China kerana rakyatnya yang tidak memandang serius akan penularan wabak tersebut. Penularan COVID-19 di Itali meningkat tiga hingga ke empat kali ganda apabila rakyatnya ingkar dengan arahan ‘lockdown’ negara mereka.

Kini, negara kita bakal berdepan dengan gelombang yang sama jika kita terus melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan mulai semalam.

Sumber : Whatsapp
Sumber : Facebook

Melihatkan segelintir masyarakat yang masih degil, meluangkan masa bersarapan dan makan malam di gerai dan juga restoran amat dikhuatiri usaha pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hanya akan menjadi sia-sia dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Sumber: Facebook KKM

Kenyataan di atas telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan di laman Facebooknya. Jumlah kes keseluruhan setakat semalam telah mencecah 790 kes. Jika rakyat Malaysia terus ingkar pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan, tidak mustahil angka ini akan terus meningkat.

Bukan mudah untuk kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kerana ia akan menjejaskan ekonomi negara kita. Kerajaan telah berkorban untuk kita rakyat Malaysia melalui perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini. Oleh itu, kita semua perlu memberikan kerjasama.

Ekonomi boleh dibaik pulih, tetapi nyawa takkan kembali. Marilah kita sama-sama membantu negara menghentikan menularan wabak COVID-19 ini dari terus tersebar.

Continue Reading

Keluarga

5 aktiviti yang anda boleh lakukan di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Published

on

By

Dalam usaha menghentikan penyebaran COVID-19 ini, ramai rakyat Malaysia telah mula bercuti dan ada juga yang bekerja dari rumah selama 2 minggu bermula hari ini. Selain daripada tugasan harian yang sering kita lakukan di rumah, 5 aktiviti yang boleh anda lakukan bersama keluarga anda selama Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan.

1. Bersenam

Sumber : womansday.com

Anda tidak semestinya perlu ke gym atau taman untuk mengeluarkan peluh. Senaman boleh juga di lakukan di rumah. Pelbagai contoh ‘home workout’ yang anda boleh pelajari di Youtube. Selain itu, anda juga boleh lakukan tarian bersama keluarga seperti Zumba. Jika badan kita terlalu banyak berehat tanpa pergerakan untuk melakukan apa-apa aktiviti, lebih mudah untuk kita jatuh sakit. Jadi bersenam memang pilihan yang terbaik untuk kekal sihat. Turun naik tangga juga adalah senaman yang paling mudah dilakukan dirumah. ‘Confirm’ berpeluh!

2. Membuat kraftangan bersama anak – anak

Sumber: edureviews.com

Bagi anda yang mempunyai anak, cuti selama 2 minggu merupakan cuti sekolah yang panjang. Jangan khuatir, anda boleh melakukan pelbagai jenis kraftangan bersama anak-anak untuk mereka kekal aktif dirumah. Kanak-kanak sememangnya sukakan kraf. Mereka tertarik dengan kepelbagaian langkah yang  perlu diambil untuk mewujudkan sesuatu kraf. Berikut merupakan salah satu saluran Youtube, Easy Kids Craft di mana anda boleh mempelajari kraf untuk dilakukan bersama anak anda. Origami juga merupakan salah satu kegemaran kanak-kanak. Mereka boleh bermula daripada membuat bot, topi, dan kemudiannya melipat kertas kepada objek yang lebih rumit. Anda boleh mempelajari cara membuat origami bersama anak anda melalui Easy Peasy or Fun!

3. Belajar sesuatu yang baru

Tidak semestinya di sekolah baru nak belajar, kita boleh belajar pelbagai perkara baru di rumah. Anda boleh belajar menjahit, mengait, memasak dan bertukang. Kita juga boleh mengambil tahu informasi dan berita dunia luar sebagai proses pembelajaran dan menjadi seseorang yang lebih berpengetahuan. Selain itu, anda juga boleh belajar bahasa asing. Bukti menunjukkan bahawa pembelajaran bahasa adalah baik untuk otak. Saya telah belajar bahasa Jepun baru-baru ini. Bahasa apa yang ingin anda pelajari?

4. ‘Berkelah’ di dalam rumah

Adalah menjadi kebiasaan untuk kita berkelah di tepi pantai atau di taman rekriasi bersama keluarga pada cuti sekolah. Kita boleh melakukan kelainan dengan berkelah bersama keluarga di dalam rumah. Menghias ruang tamu seperti anda ingin berkelah di taman, menyediakan makanan ringan seperti ‘sandwich’, kek, buah – buahan dan sebagainya sambil menonton rancangan tv kegemaran anda sekeluarga pasti akan lebih merapatkan hubungan anda dan keluarga.

5. Muhasabah diri dan teruskan berdoa

Sumber : Tumblr

Muhasabah diri adalah satu aktiviti yang sangat baik untuk kita kekal positif dalam hidup. Di saat ada kelapangan, cuba anda ingat semula perkara yang anda perlu perbaiki dalam kehidupan anda untuk menjadi seorang yang lebih baik. Senaraikan beberapa perkara yang perlu dibaiki dan impian yang ingin di capai pada tahun ini. Pada waktu yang sama, teruskan berdoa untuk diri, keluarga dan negara agar kita semua sentiasa berada dalam kehidupan yang bahagia, aman dan sejahtera.

Ini adalah lima perkara yang boleh anda lakukan semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Aktiviti apa yang paling anda suka? Yang penting, jangan lupa untuk terus menjaga kebersihan diri. Sentiasa cuci tangan anda ya!

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: