Connect with us

Keluarga

10 barang orang lelaki selalu keliru

Published

on

Wahai isteri-isteri di rumah, perkara ni mesti selalu berlaku bila minta tolong suami belikan barang dapur kan? Minta beli lain, lain pula yang di belinya. Jom kita tengok barang apa yang lelaki selalu keliru!

1. Lengkuas & Halia

2. Bawang Merah & Bawang Kecil

3. Daun Bawang & Daun Kuchai

4. Daun Sup & Daun Ketumbar

5. Limau Nipis & Limau Kasturi

6. Petola & Peria

7. Ikan Pelaling & Ikan Kembung

8. Sayur Sawi & Sayur Pak Choy

9. Kicap Manis & Kicap Masin

10. Daun Kesum & Daun Ketum (Barang Terlarang)

Sumber : Facebook Hi Home

Harap perkongsian ini dapat menyelesaikan kekeliruan para suami. Kalau keliru pada barang lain? Google kan ada!

Keluarga

Selamat menunaikan ibadah puasa

Published

on

By

Salam ramadhan buat semua pembaca MalaysiaBoleh! 🙂

Sempena bulan puasa yang mulia ini, buah yang menjadi makanan utama pastinya buah kurma. Jom kita lihat apa khasiatnya.

Khasiat Buah Kurma

Buah kurma sangat sinonim dengan bulan Ramadan. Sama seperti buah-buahan lain, kurma juga mengandungi khasiatnya tersendiri. Namun, pengambilannya juga haruslah tidak berlebihan.

1 hidangan buah = 3 biji kurma

Sumber vitamin C anda

Penting untuk kita kekal sihat di bulan yang mulia ini. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan wabak Covid-19 yang ada sekarang, kita memerlukan vitamin yang cukup untuk badan kekal kuat dan sihat.

Percaya tak.. ambil 2 sajian buah dan 3 sajian sayur setiap hari dah cukup memenuhi keperluan harian VITAMIN C kita.

Lagi satu..bukan VITAMIN C je tapi lain-lain vitamin, mineral dan serat pun dapat.

Sumber : Bahagian Pemakanan KKM

Keperluan harian: 70 mg/ sehari untuk orang dewasa.

#StayAtHome #KitaJagaKita

Continue Reading

Keluarga

Cara simpan bahan mentah agar tahan lama

Published

on

By

Semenjak PKP ini, hanya seorang ketua keluarga yang dibenarkan untuk membeli barang keperluan. Jadi pastinya setiap kali keluar, kita akan borong lebih sikit barang dapur sekurang-kurangnya untuk seminggu dua.

Masalahnya pula ialah sayur lepas 2 hari sayur sudah mula layu, ikan pun cepat lembik walaupun simpan dalam ‘freezer’. Macam mana nak tahan lebih dari seminggu? Jom ikuti perkongsian Puan Maslina Misnan supaya bahan mentah tahan lebih mana.

CARA MENYIMPAN SAYUR DAN BARANG DAPUR SUPAYA TAHAN LAMA

1. Rendam Sayur

Pertama sekali, rendamkan sayuran selama 5-10 minit. Biarkan semua sayuran tenggelam. Untuk sayuran seperti kangkung dan bayam biasanya akan diasingkan kerana berpasir. Biarkan akarnya, jangan dipotong. Apabila nak masak nanti barulah potong dan bersihkan sekali lagi.

2. Tambah Garam

Taburkan sedikit garam sambil mencuci seperti biasa. Fungsi garam ini adalah untuk mencuci bekas-bekas bahan kimia atau racun serangga yang masih terlekat pada sayuran. Rendamkan sebentar dalam air garam selama 10 minit.

3. Toskan

Kemudian, toskan sayur dan biarkan selama lebih kurang 5 minit.

4. Simpan Dalam Bekas

Sediakan bekas kedap udara dan susunkan sayuran hijau ini ke dalamnya. Kalau nak jimatkan ruang, boleh juga menggunakan plastik kedap udara atau ‘ziplock bag’.

5. Ini Hasilnya Selepas 2 Minggu!

Ini stok sayuran Puan Maslina yang telah disimpan selama 2 minggu. Macam tak percaya bukan? Masih segar-bugar macam yang baru dibeli dari pasar!

CARA MENYIMPAN SOTONG, UDANG, DAN IKAN

Selain sayuran, Puan Maslina juga menunjukkan cara terbaik untuk menyimpan ikan, udang, dan sotong. Ada dikongsikan juga tips menyimpan ayam dan daging. Jom kita baca selanjutnya.

1. Cara Menyimpan Sotong

Mula-mula, cuci sotong dengan air sehingga bersih. Boleh juga dipotong siap-siap. Kemudian, petuanya letak gula sedikit, dalam 1 sudu, bergantung kepada jumlah sotong. Fungsi gula ini pula untuk memastikan sotong kekal segar. Mudah-mudahan apabila nak dimasak nanti, isinya akan tetap lembut.

Gaulkan sebati dan bolehlah disimpan ke dalam petia ais bahagian ‘freezer’.  Sebelum memasak, cucikan semula sotong. Ia tidak akan menjejaskan rasa masakan.

2. Cara Menyimpan Udang

Untuk menyimpan udang, caranya lebih kurang sama juga dengan sotong. Mula-mula, cuci bersih dan kemudian taburkan sedikit gula sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Kalau nak siang dahulu kulit dan kepala pun boleh, tapi jangan terus dibuang kulit dan kepala udang tadi. Ia boleh digunakan lagi untuk membuat stok udang.

Sekiranya ada yang tak suka bubuh gula, boleh juga rendamkan udang dalam air dan disimpan dalam ‘freezer’.

3. Cara Menyimpan Ikan

Ikan semua boleh disiang, buang perut, dan dipotong terlebih dahulu. Tapi, petuanya jangan dibasuh supaya kekal segar.

Masukkan ikan beserta darah-darah ikan ke dalam bekas. Jangan risau, ia tidak akan menjejaskan rasa ikan dan baunya tidak akan melekat pada bekas apabila disimpan dalam ‘freezer’.

Sumber: FB Maslina Masnan

LAIN-LAIN TIPS PENYIMPANAN BAHAN MENTAH

Ayam – Cuci bersih dan terus simpan ke dalam ‘freezer’. Daging – Kalau nak potong dahulu, boleh. Tapi, tak perlu cuci dan terus simpan dalam ‘freezer’. Bila nak guna baru cuci bersih.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu dan semua yang suka memasak. Bahan dapur tahan lebih lama, nak masak pun senang kan?

Selamat mencuba!

#StayAtHome #KitaJagaKita

Continue Reading

Keluarga

5 perkara yang boleh dilakukan semasa PKP

Published

on

By

Sumber: pikturenama.com

1. Dalgona Coffee

Dalgona Coffee merupakan kopi resepi asli dari Korea. Dalgona ialah sejenis gula-guna tradisional masyarakat Korea.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang sudah mula teringin untuk minum atau makan makanan luar yang lebih eksklusif berbanding makanan di rumah ketika masih dalam PKP ini. Sebenarnya boleh jika anda teringin nak minum kopi ‘mahal’ macam yang boleh didapati di luar, hanya perlu buat di rumah menggunakan 5 barang sahaja.

Jom kita try buat Dalgona Coffee iaitu kopi viral dari negara K-POP ini. 

Bahan-bahan :

2 sudu besar serbuk kopi/Nescafe asli tanpa guna

Susu segar

2 sudu besar gula

2 sudu besar air panas

Ais (pilihan)

Langkah 1 (Bahan A):

Ambil bekas dan campurkan 2 sudu besar serbuk kopi, 2 sudu besar gula , 2 sudu besar air panas. Pukul dengan whisk utensil/mixer sehingga pekat dan likat. Kalau tidak mahu lenguh tangan, disarankan guna mixer jika ada. 🙂

Sumber : Mgiandzi

Langkah 2:

Ambil gelas ‘have have’ anda hihi . Letak ais terlebih dahulu. Kalau tak nak ais, terus tuang susu segar ke dalam gelas. Kemudian tuang bahan A atas susu anda. Dah siap! Selamat mencuba!

Nota: Gunakan gelas yang besar, biar susu lebih agar lebih sedap dan sebati.

2. Tiktok untuk mengisi masa lapang

Bila masing-masing sudah tak tau nak buat apa di rumah, ramai golongan muda yang mula bermain tiktok untuk mengisi masa lapang. Jom kita tonton beberapa tiktok yang mungkin anda boleh buat bersama keluarga anda kerana ada juga artis Malaysia main tiktok untuk bersenam!

Sumber: Youtube Ain Edruce
Sumber: Youtube Kampung Super
Sumber: Youtube Ade Hidayat
Sumber: Youtube Indonesian Channel

3. Game Viral Lat Tali Lat Tali Celup Tepung

Lat Tali Lat Celup Tepung merupakan salah satu ‘game’ yang tengah viral waktu PKP ini. Lebih daripada 3 ahli sudah boleh main game ini. Pasti menghiburkan, bergelak tawa bersama keluarga tersayang!

Sumber: Youtube Adam Kuasadua

4. ‘Super Fluffy Souffle Omelette’

Souffle Omelette, salah satu resipi yang tengah viral sekarang ini. Berasal dari negara Eropah, Omelette Soufflé (juga dikenali sebagai biskuit telur dadar) dibuat dengan telur putih yang dipukul dengan teliti dicampur dengan telur kuning. Jom tengok cara memasak Souffle Omellete!

Bahan-bahan:

Telur, garam dan gula

Langkah 1:

Asingkan putih telur dengan kuning telur. Untuk kuning telur, masukkan secubit garam, kacau dengan whisk utensil sehingga sebati. Untuk putih telur, masukkan 1 sudu besar gula dan pukul dengan whisk utensil/mixer sehingga menjadi pekat. Cara yang sama nak buat dalgona coffee tu tapi tak perlu lama mcm kopi dalgona ye hehe.

Langkah 2: Campurkan kuning telur bersama putih telur. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.

Langkah 3: Panaskan pan bersaiz 20-22cm pada suhu rendah kemudian masukkan sedikit mentega. Kemudian terus masukkan adunan telur dan ratakan permukaan telur. Tutup pan selama 3-4 minit sehingga ia masak. Jangan sampai hangus pula ya! Hihi

Langkah 4: Lipatkan dua telur tersebut, terbalikkan telur pada permukaan yg belum masak agar telur tersebut tidak meleleh. Siappp! Selamat mencuba! 🙂

5. Bantu antara satu sama lain.

Bila semua berada dirumah untuk satu tempoh yang lama. Kerja yang paling banyak harus dilakukan adalah para isteri/ibu. Dialah yang kena masak, dialah yang kena cuci baju, dialah yang kena kemas, dia nak uruskan anak. Semua pun isteri/ibu yang uruskan.

Jadi, buat para suami diluar sana, bantulah, pujilah isteri di waktu PKP ini. Itulah dilakukan Rasulullah SAW kepada isterinya.

Antara perkara yang boleh dipraktikkan bagi membahagiakan rumah tangga kita sewaktu PKP ini ialah:

1. Membantu isteri melakukan kerja rumah

2. Bergurau senda dengan isteri dan anak-anak

3. Memuji isteri dengan penuh keikhlasan

Berbuat baiklah. Dunia ini akan lebih harmoni jika manusia lebih berbicara tentang ihsan daripada berbicara tentang hak. Banyak menuntut hak akan mengeraskan jiwa. Sebaliknya, mengamalkan ihsan melenturkan jiwa. – Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan

Semoga selama PKP ini dilaksanakan, ia membuka lebaran baru dalam memperbaiki hubungan suami isteri yang telah lama tidak dibajai dengan kemanisan berkasih sayang. 🙂

#StayAtHome #KitaJagaKita

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: