Connect with us

Ekonomi

PTPTN menangguhkan pembayaran balik kepada semua peminjam

Published

on

“Mengambil kira kesan wabak penyakit Covid-19 kepada ekonomi negara, yang mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan kepada peminjam PTPTN, kerajaan telah bersetuju supaya PTPTN menangguhkan pembayaran balik kepada semua peminjam. Penangguhan bayaran balik selama tiga bulan ini berkuat kuasa serta-merta sehingga 30 Jun. Selaras dengan penangguhan itu, semua peminjam PTPTN juga akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan”.

Pengumuman ini dibuat Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad, dalam satu kenyataan.

Pada waktu yang sama, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengumumkan tawaran penangguhan pembayaran balik pinjaman sehingga enam bulan kepada semua peminjam di bawah tiga agensinya. Tiga agensi terbabit ialah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Bank Rakyat dan SME Bank.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata, moratorium itu diputuskan selepas mengambil kira kesan wabak COVID-19 kepada ekonomi negara.

“Ini adalah tindakan yang diambil untuk mempertahankan ekonomi kita serta membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan peniaga yang mungkin terjejas dengan penularan wabak ini. Penangguhan pembayaran balik pinjaman ini adalah membabitkan semua pihak termasuk individu, bukan hanya kepada PKS atau syarikat sahaja”.

“Kita mengharapkan selepas tempoh berkenaan, perniagaan yang terjejas boleh bermula semula dan mampu untuk membayar kembali hutang yang tertunggak selama enam bulan itu,” katanya.

Selain itu, Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) turut menawarkan penangguhan pembayaran semula pinjaman sehingga tempoh enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas berikutan penularan wabak koronavirus baru (COVID-19).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, pihaknya turut menawarkan penstrukturan dan penjadualan semula pembiayaan menerusi langkah itu.

“Inisiatif yang diperkenalkan ini ditawarkan kepada pelanggan perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pelanggan yang terjejas akibat COVID-19″

Menurut beliau, pelanggan yang terjejas boleh menghubungi pihak Maybank bagi membincangkan penyelesaian dalam mengatasi sebarang cabaran kewangan yang dihadapi.

“Sekiranya keadaan ini berterusan, kami akan mengambil kira kemungkinan untuk melanjutkan tempoh moratorium dan langkah inisiatif yang ditawarkan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kumpulan Maybank menerusi bahagian insuransnya, Etiqa akan menyediakan perlindungan hospital kepada pemegang polisi insurans hayat dan keluarga yang sakit akibat koronavirus.

“BSN komited untuk terus membantu para pelanggan kami terutamanya dalam saat-saat seperti ini. Atas dasar itu, kami menawarkan moratorium sehingga enam (6) bulan untuk bayaran ansuran bulanan ke atas semua pembiayaan pelanggan kami yang terjejas akibat pandemik ini,” kata Datuk Yunos Abd Ghani, Ketua Eksekutif BSN.
 
“Kepada pelanggan-pelanggan kami terutamanya yang diwajibkan bercuti tanpa gaji, mereka yang melakukan perjalanan harian untuk bekerja ke Singapura atau Thailand serta pelanggan-pelanggan mikro BSN yang terjejas agar menghubungi BSN bagi memohon penangguhan sementara pembayaran ini. Sebagai sebuah bank yang prihatin, BSN sentiasa memastikan keperluan pelanggannya diutamakan,” tambah beliau lagi.

Pelanggan BSN boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900 untuk keterangan lanjut.

Sumber : Astro Awani

Antara bank – bank lain yang menawarkan moratorium ialah :

  1. Affin Islamic Bank Berhad
  2. Agrobank
  3. Alliance Islamic Bank Berhad
  4. AmBank Islamic Berhad
  5. Bank Islam Malaysia Berhad
  6. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  7. Bank Rakyat
  8. Bank Pembangunan Malaysia Berhad
  9. Bank Simpanan Nasional
  10. CIMB Islamic Bank Berhad
  11. Hong Leong Islamic Bank Berhad
  12. HSBC Amanah Malaysia Berhad
  13. Maybank Islamic Berhad
  14. MBSB Bank
  15. Public Islamic Bank Berhad
  16. OCBC Al Amin Bank Berhad
  17. RHB Islamic Bank Berhad
  18. SME Bank
  19. Standard Chartered Saadiq

Nota:
• AIBIM dan 19 Ahli telah membuat penyataan awam mengenai langkah / sokongan yang ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat.
• Pelanggan disaran untuk menghubungi bank masing-masing untuk menyemak sokongan yang ada berkaitan dengan wabak Coronavirus.
• Senarai ini berdasarkan kenyataan yang diterbitkan oleh bank-bank individu seperti tarikh berita dikeluarkan.

covid-19

Covid-19: Berhentilah bermain politik, kebajikan rakyat perlu didahulukan

Published

on

“Jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik COVID-19.”

Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah semasa Istiadat Pembukaan Penggal ketiga Parlimen Ke-14
Yang di-Pertuan Agong semasa bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14.
Kredit Foto: Astro Awani

Titah Yang di-Pertuan Agong tersebut jelas menunjukkan kepentingan rakyat sepatutnya menjadi asas terpenting dalam memastikan kestabilan negara terus kekal dalam usaha melawan musuh yang tidak kelihatan ini.

Ahli parlimen khususnya perlu bertindak dengan rasional kerana mereka telah dilantik oleh rakyat untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kerakusan ahli politik dalam mengejar cita-cita politik mereka boleh meruntuhkan kembali institusi pentadbiran yang semakin pulih ini.

Kebajikan rakyat perlu menjadi agenda utama arena politik. Tidak mengira pegangan politik mahupun latar belakang. Segala usaha untuk membantu rakyat untuk kembali berdiri diatas kaki sendiri perlu giat dijalankan dan ianya tidak tertumpu pada usaha pihak kerajaan semata-mata. Usaha-usaha ini tidak patut dilecehkan malah ianya perlu disambut baik oleh semua.

Kesan jangka panjang Covid-19 terhadap sektor ekonomi dan pelancongan memberikan impak yang cukup besar kepada pendapatan sebahagian besar daripada kita termasuklah pendapatan negara umumnya. Anak-anak muda adalah golongan paling terkesan akibat kemuculan wabak ini. Mereka tidak hanya kehilangan mata pencarian malah mereka bakal berdepan kemelut ekonomi yang lebih sukar di masa akan datang.

Menurut laporan Sinar Harian, akibat penularan wabak Covid-19, jumlah pengangguran telah meningkat dengan mendadak iaitu sebanyak 17.1%. Kumpulan belia berumur 15 hingga 30 tahun mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu sebanyak 6.9 peratus diikuti dengan golongan berusia 31 hingga 45 tahun (1.4 peratus) dan 46 hingga 64 tahun (1.1 peratus).

Intipati yang cukup jelas daripada YDPA apabila baginda turut menyatakan kerisauan tentang landskap politik negara yang kian goyah sejak akhir-akhir ini. Perbalahan, permusuhan malah perselisihan antara figura politik tanah air mampu memecah belahkan rakyat yang ketika ini dalam kesusahan.

Apakah tindakan yang sewajarnya yang patut dilakukan pihak pemerintah bagi membendung masalah pengangguran daripada terus berlarutan? Adakah ahli politik di Malaysia cukup matang untuk membincangkan soal kebajikan rakyat melebihi agenda politik mereka sendiri?

Continue Reading

Ekonomi

Impak COVID-19 pada industri pelancongan

Published

on

By

Kredit foto: wallpapers13.com

Impak daripada penularan wabak COVID-19 sangat hebat sehingga meragut ratusan ribu nyawa manakala jutaan manusia di seluruh dunia disahkan positif virus berkenaan.

Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan malah ekonomi negara terutamanya sektor pelancongan apabila industri penerbangan merosot, tempahan hotel dibatalkan dan kesemua tempat tumpuan pelancong ditutup atas pelaksanaan PKP sejak Mac lalu.

Kredit foto: cdn.libur.com.my

Cuti umum dan cuti persekolahan sering dinantikan oleh rakyat Malaysia. Inilah masanya ibu bapa membawa anak bercuti dalam negara dan juga luar negara. Namun impian ini tidak dapat direalisasikan tahun ini apabila sekatan pergerakan dilaksanakan.

Kredit foto: Blog Traveloka

Pusat rekreasi, tempat peranginan tanah tinggi, dan pantai peranginan di Malaysia terpaksa ditutup bagi mengekang penularan wabak yang boleh membawa maut ini.

Kredit foto: hssgroup.com.my

Sekatan turut dibuat ke atas semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Kerajaan turut menyekat kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara bagi mengelakkan penyebaran wabak ini menjadi lebih serius.

Kredit foto: http://mytourismdata.tourism.gov.my

Pada tahun 2019, sebanyak 26.1 juta pelancong masuk ke Malaysia. Namun disebabkan sekatan yang dikenakan ke atas pelancongan akibat daripada penularan COVID-19, jumlah ini telah merosot teruk.

Namun tindakan ini sudah tentu memberi impak yang besar kepada industri pelancongan Malaysia. 

Seberapa cepat masa yang diperlukan untuk menstabilkan kembali industri pelancongan Malaysia semasa dan selepas pelaksanaan PKP ini?

Continue Reading

Ekonomi

8 peranan proaktif isi rumah dan peniaga dalam membantu krisis ekonomi negara

Published

on

By

Kredit foto: http://www.kuala-lumpur.ws/klareas/chinatown_petaling.htm

Wabak COVID-19 telah memberi impak besar kepada ekonomi negara. Namun kita sebagai rakyat Malaysia boleh membantu krisis ekonomi ini dengan memainkan peranan kita sebagai isi rumah dan peniaga menurut petikan dari Astro Awani.

Peranan Isi Rumah

1.Isi rumah perlu mengutamakan perbelanjaan ke atas barang keperluan sahaja selain komitmen bulanan yang wajib dikeluarkan. Rata-rata bebanan kewangan berpunca daripada perbelanjaan ke atas barang ‘kemahuan’. Adalah diharapkan agar pasca PKP mendidik isi rumah untuk berbelanja secara rasional.

2. Elakkan menjadi pembeli panik. Membeli belah secara biasa namun perlu mengutamakan barang keperluan sahaja. Jika kita menjadi pembeli panik, ini hanya akan mengeruhkan keadaan kerana apabila bekalan kurang, harga barang akan naik.

3. Ramai isi rumah yang terjejas akibat daripada pelaksanaan PKP. Sebilangan besar di berhentikan kerja dan sebilangan lagi terpaksa dipotong gaji. Bagi membantu kewangan isi rumah, penggunaan teknologi digital untuk berniaga atas talian adalah amat digalakkan.

Pelbagai jenis perniagaan boleh dilakukan, bergantung kepada kemahiran dan kreativiti anda untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi digital. Sebagai contoh, Isi rumah boleh berniaga menggunakan facebook dan instagram. Dalam masa yang sama menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Grab dan Lalamove untuk menghantar barangan dan makanan kepada pembeli.

Peranan Peniaga

1.Mempraktikkan pekerjaan yang fleksibel seperti bekerja daripada rumah. Hal ini dapat mengurangkan kos sekaligus masih boleh mendapat keuntungan kepada perniagaan. 

2. Peniaga perlu menilai semula strategi pemasaran disamping menstruktur strategi penjualan yang baru. Amat digalakkan peniaga untuk menggunakan platform perniagaan seperti Shopee dan Lazada kerana ia telah menjadi norma membeli-belah yang baru sejak PKP dilaksanakan.

3. Elakkan memanipulasi harga barang dan memastikan bekalan sentiasa mencukupi. Peniaga perlu melaporkan data yang tepat agar perkara ini sentiasa terjamin.

4. Bagi mereka yang mendapat manfaat moratorium, elakkan mengambil kesempatan di atas kelebihan ini. Contohnya, pemilik rumah atau kedai sewa perlu menangguh sewa atau memberi kadar diskaun kepada penyewa agar kita mendapat manfaat bersama.

5. Kita sedia maklum bahawa dalam perniagaan, orang tengah atau pemborong sering menaikkan harga yang lebih tinggi berbanding apa yang di bayar kepada pengeluar. Dalam hal ini, pengeluar atau pengusaha boleh menghentikan masalah ini dengan menjual barangan terus kepada pengguna atau isi rumah melalui penjualan atas talian. 

Jika kita semua mempraktikkan peranan ini sebaik mungkin, ini bukan sahaja akan membantu kedua-dua belah pihak malah kita juga dapat membantu krisis ekonomi negara.

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: