Connect with us

covid-19

Covid-19: Akhirnya Malaysia di bawah Perintah Kawalan Pergerakan

Published

on

Akibat daripada peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan secara mendadak, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu pada hari ini hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. 

 “Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin”. – kata YAB Perdana Menteri Malaysia dulu semalam.

COVID-19 ialah penyakit koronavirus 2019, strain baru yang sebelum ini tidak pernah dikenal pasti berterusan dan menular secara global telah diisytihar sebagai Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa. Berdasarkan maklumat terkini, COVID-19 berjangkit dari individu ke individu melalui titisan pernafasan atau sentuhan.

Berikutan pengisytiharaan Perintah Kawalan Pergerakan, ramai rakyat Malaysia menjadi panik dan melakukan perbelanjaan diluar kawalan sehingga rak-rak barang di pasaraya menjadi kosong. Ada di antaranya turut meninggalkan begitu barangan yang tidak sempat dibeli sehingga ianya rosak.

Sumber : NSTP

Begitu juga dengan pelajar-pelajar IPTA & IPTS yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung membanjiri balai polis untuk melaporkan diri. Tindakan ini terpaksa dihentikan kerana tujuan sebenar kawalan pergerakan di jalankan adalah untuk individu menjalankan kuarantin ke atas diri sendiri selama 14 hari bagi mengelakkan COVID-19 ini terus menular. Tindakan menyerbu balai polis beramai-ramai ini telah meningkatkan risiko virus untuk merebak lebih tinggi.

Sumber : Twitter

Walaupun telah di keluarkan perintah kawalan pergerakan, terdapat segelintir rakyat yang masih berdegil, meluangkan masa makan di gerai dan juga di restoran pada hari pertama perintah ini berkuatkuasa (18 Mac 2020). Tindakan ini hanya akan menyukarkan inisiatif yang telah dibuat kerajaan untuk menghentikan penyebaran COVID-19 daripada terus menular.

Siumber : Facebook

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan tidak keluar rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Kita mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19. Bantulah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah – Sumber Berita Harian Online

Orang ramai diminta untuk sentiasa peka dengan arahan-arahan terkini, jangan panik, dengar nasihat daripada pihak berwajib dan jaga kebersihan diri anda dan keluarga. Anda mampu mengubahnya.

covid-19

RayaCovid19: Ingkar PKPB? Belum tentu anda terlepas.

Published

on

Lebuhraya-lebuhraya utama telah pun sesak dengan kebanjiran kenderaan yang berpusu-pusu mencuba nasib untuk pulang ke kampung halaman sejak 2-3 hari yang lalu.

Walaupun para Menteri berulang kali menegaskan kebenaran merentas negeri hanya tertakluk kepada kes-kes kecemasan dan perlu mendapatkan kebenaran pihak berwajib, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil untuk mengingkari arahan yang dikeluarkan ini.

Beribu kenderaan cuba untuk melepas sekatan jalan raya di kawasan Nilai. Kredit foto: Berita Harian.

Ada juga di antara mereka yang dengan bangga menayangkan di laman sosial masing-masing, kehebatan mereka menggunakan kabel untuk merentas negeri. Ini bukanlah kes pertama yang melibatkan netizen yang begitu bangga mempamerkan ‘kuasa’ untuk melepasi sekatan yang telah ditetapkan.

Rata-rata netizen berang dengan status yang dimuat naik oleh wanita ini. Kredit foto: Meh Baca

Terbaru, Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan pihak Polis untuk tidak lagi membenarkan rakyat merentas negeri sepanjang PKPB dijalankan. Kompaun akan dikenakan serta merta dan mereka akan diarahkan untuk berpatah balik ke tempat asal.

Ini bertujuan mengelakkan mereka yang berasal daripada zon merah menyebarkan virus Covid-19 ke kawasan yang hijau. Pihak polis juga akan mengadakan lawatan mengejut ke rumah yang disyaki mempunyai mereka yang ingkar pada perintah ini.

Dimanakah letaknya sensitiviti rakyat dalam mematuhi larangan merentas negeri? Adakah mereka lebih mementingkan kemeriahan sambutan hari raya berbanding keselamatan ibu ayah dan kaum keluarga di kampung halaman? Seberapa pastikah anda bukanlah pembawa virus secara senyap?

#BerayaDenganSelamat #KitaJagaKita

Continue Reading

covid-19

Covid-19: Berhentilah bermain politik, kebajikan rakyat perlu didahulukan

Published

on

“Jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik COVID-19.”

Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah semasa Istiadat Pembukaan Penggal ketiga Parlimen Ke-14
Yang di-Pertuan Agong semasa bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14.
Kredit Foto: Astro Awani

Titah Yang di-Pertuan Agong tersebut jelas menunjukkan kepentingan rakyat sepatutnya menjadi asas terpenting dalam memastikan kestabilan negara terus kekal dalam usaha melawan musuh yang tidak kelihatan ini.

Ahli parlimen khususnya perlu bertindak dengan rasional kerana mereka telah dilantik oleh rakyat untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kerakusan ahli politik dalam mengejar cita-cita politik mereka boleh meruntuhkan kembali institusi pentadbiran yang semakin pulih ini.

Kebajikan rakyat perlu menjadi agenda utama arena politik. Tidak mengira pegangan politik mahupun latar belakang. Segala usaha untuk membantu rakyat untuk kembali berdiri diatas kaki sendiri perlu giat dijalankan dan ianya tidak tertumpu pada usaha pihak kerajaan semata-mata. Usaha-usaha ini tidak patut dilecehkan malah ianya perlu disambut baik oleh semua.

Kesan jangka panjang Covid-19 terhadap sektor ekonomi dan pelancongan memberikan impak yang cukup besar kepada pendapatan sebahagian besar daripada kita termasuklah pendapatan negara umumnya. Anak-anak muda adalah golongan paling terkesan akibat kemuculan wabak ini. Mereka tidak hanya kehilangan mata pencarian malah mereka bakal berdepan kemelut ekonomi yang lebih sukar di masa akan datang.

Menurut laporan Sinar Harian, akibat penularan wabak Covid-19, jumlah pengangguran telah meningkat dengan mendadak iaitu sebanyak 17.1%. Kumpulan belia berumur 15 hingga 30 tahun mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu sebanyak 6.9 peratus diikuti dengan golongan berusia 31 hingga 45 tahun (1.4 peratus) dan 46 hingga 64 tahun (1.1 peratus).

Intipati yang cukup jelas daripada YDPA apabila baginda turut menyatakan kerisauan tentang landskap politik negara yang kian goyah sejak akhir-akhir ini. Perbalahan, permusuhan malah perselisihan antara figura politik tanah air mampu memecah belahkan rakyat yang ketika ini dalam kesusahan.

Apakah tindakan yang sewajarnya yang patut dilakukan pihak pemerintah bagi membendung masalah pengangguran daripada terus berlarutan? Adakah ahli politik di Malaysia cukup matang untuk membincangkan soal kebajikan rakyat melebihi agenda politik mereka sendiri?

Continue Reading

covid-19

PKP Covid-19: Analogi Makcik Kiah

Published

on

Adakah insan-insan seperti Makcik Kiah akan benar-benar terbela?

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: