Connect with us

Ekonomi

2020: 3 faktor Malaysia mungkin alami kegawatan ekonomi yang lebih parah?

Published

on

medscape

Ramai yang ternanti-nanti kedatangan tahun 2020 bertepatan dengan slogan Tun Dr. Mahathir yang pada ketika itu Perdana Menteri ke-4, Wawasan 2020. Namun, apa yang sebenarnya terjadi pada tahun 2020, diluar jangkaan ramai pihak. Sejak tahun lalu, ramai pakar ekonomi menyatakan kebimbangan terhadap kemerosotan ekonomi dunia dan mereka menjangkakan ianya lebih teruk pada tahun ini. Malaysia tidak terkecuali dalam menghadapi kemelut ini dengan kejatuhan nilai ringgit, kelemahan nilai aset komoditi, kurangnya peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan banyak lagi.

Berikut merupakan faktor yang mungkin telah mendorong ketidakstabilan ekonomi Malaysia untuk terus merosot dari hari ke hari.

1: KEMELUT POLITIK

Malaysia tidak pernah sunyi dengan adegan-adegan politik yang sentiasa ada naik turunnya. Tetapi pada 24 Februari 2020 yang lalu, Malaysia telah menyaksikan kemelut politik Malaysia kembali meruncing dengan peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7.

Susulan berita tersebut, Bursa Saham Kuala Lumpur telah mencatatkan 1,003 kaunter rugi dengan FBM KLCI berada pada 1,487.99, jatuh 43.21 mata, FBMACE susut 157.61 mata dan FBMEmas turun 330.89 mata. Pelaburan langsung asing (FDI) telah jatuh merundum akibat kebimbangan pelabur asing terhadap keadaan politik semasa negara.

Tindakan tenang, pantas dan demokratik daripada pihak Yang di-Pertuan Agong telah dilihat sebagai penyelamat bagi kemelut ini bagi melantik Perdana Menteri yang baru.

Meskipun begitu, adakah polemik pentadbiran negara kini sudah berakhir dengan pelantikan jemaah menteri yang baharu?

Ramai yang berspekulasi kemelut politik ini masih belum berakhir.

Sentimen mahupun ketidak stabilan politik boleh mengakibatkan kesan yang lebih dalam dan rumit bagi sesebuah negara termasuklah apa yang kini dialami oleh Malaysia. Polisi yang bercelaru mahupun pengurusan eksekutif yang lemah dalam mentadbir urus negara mampu mengakibatkan kesan jangka pendek serta jangka panjang.

2: WABAK COVID-19

Wabak Covid-19 yang kini sedang menyerang 95 buah negara di seluruh dunia telah menimbulkan kerisauan bagi semua pihak. Jumlah kes di Malaysia setakat 9 Mac 2020 telah meningkat sebanyak 117 kes.

Kemunculan wabak ini secara tidak langsung memberi kesan tidak hanya kepada sektor kesihatan, malah sektor pelancongan dan komoditi yang telah memberi impak yang besar daripada segi ekonomi. Ini tidak hanya berlaku di Malaysia bahkan seluruh dunia menerima impak yang sama akibat wabak Covid-19 ini.

Turut memberi gambaran jelas impak wabak ini adalah syarikat-syarikat yang bergantung kepada kedatangan pelancong kini diambang kemusnahan dan muflis akibat kekurangan pelanggan dan pengguna.

Lapangan terbang di seluruh dunia juga kelihatan lengang tanpa kehadiran pelancong akibat penularan wabak ini.

Sehubungan itu, kerajaan Malaysia khususnya telah mengumumkan inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi bagi mengurangkan impak wabak ini kepada ekonomi negara. Sebanyak RM20 bilion telah diperuntukan bagi memastikan pakej rangsangan ekonomi ini berjalan dengan lancar.

Antara strategi yang telah digariskan adalah:

  1. Memudahkan aliran tunai bagi perniagaan yang terkesan.
  2. Bantuan kepada individu yang terjejas
  3. Merangsang permintaan dalam industri pelancongan

Adakah pakej rangsangan ini memadai bagi mengekang permasalahan ini? Masih terlalu awal untuk kita meneka sungguhpun ramai yang gembira dengan pengumuman ini.

3: KEJATUHAN HARGA MINYAK MENTAH

Ekoran pengumuman Arab Saudi melancarkan perang harga minyak, sebagai tanda protes terhadap keputusan Russia yang membantah keputusan pertemuan yang diadakan OPEC sebelum ini untuk menurunkan pengeluaran untuk menstabilkan harga kesan COVID-19.

Lebih memburukkan lagi, Arab Saudi menurunkan harga kontrak April sebanyak AS$4 hingga AS$6 setong dalam penghantaran ke Asia dan AS$7 ke AS. Mereka juga berikrar untuk melepaskan bekalan stok minyaknya secara besar-besaran ke dalam pasaran 

Kejatuhan mendadak harga minyak dunia ini akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk bagi negara pengeluar minyak termasuklah Malaysia. Sumber pendapatan negara akan lebih terjejas akibat kejatuhan ini seperti jatuh ditimpa tangga.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Free Malaysia Today

Meskipun rakyat kini bersorak gembira kerana harga minyak di stesen-stesen jauh lebih murah berbanding dahulu, kegembiraan ini boleh bertukar menjadi mimpi ngeri sekiranya Malaysia tidak mengambil langkah proaktif untuk mengembalikan keyakinan pelabur untuk kembali melabur dalam negara ini.

Semua pihak tidak kira daripada pihak kerajaan, swasta mahupun persendirian haruslah bekerjasama dan berganding bahu dalam mencari solusi bagi permasalahan ini sebelum ianya lebih meruncing.

Adakah ramalan pakar-pakar ekonomi mengenai kemelesetan ekonomi pada tahun 2020 akan menjadi satu realiti? Sekiranya benar, adakah kita bersedia dalam menghadapinya?

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

covid-19

Covid-19: Berhentilah bermain politik, kebajikan rakyat perlu didahulukan

Published

on

“Jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik COVID-19.”

Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah semasa Istiadat Pembukaan Penggal ketiga Parlimen Ke-14
Yang di-Pertuan Agong semasa bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14.
Kredit Foto: Astro Awani

Titah Yang di-Pertuan Agong tersebut jelas menunjukkan kepentingan rakyat sepatutnya menjadi asas terpenting dalam memastikan kestabilan negara terus kekal dalam usaha melawan musuh yang tidak kelihatan ini.

Ahli parlimen khususnya perlu bertindak dengan rasional kerana mereka telah dilantik oleh rakyat untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kerakusan ahli politik dalam mengejar cita-cita politik mereka boleh meruntuhkan kembali institusi pentadbiran yang semakin pulih ini.

Kebajikan rakyat perlu menjadi agenda utama arena politik. Tidak mengira pegangan politik mahupun latar belakang. Segala usaha untuk membantu rakyat untuk kembali berdiri diatas kaki sendiri perlu giat dijalankan dan ianya tidak tertumpu pada usaha pihak kerajaan semata-mata. Usaha-usaha ini tidak patut dilecehkan malah ianya perlu disambut baik oleh semua.

Kesan jangka panjang Covid-19 terhadap sektor ekonomi dan pelancongan memberikan impak yang cukup besar kepada pendapatan sebahagian besar daripada kita termasuklah pendapatan negara umumnya. Anak-anak muda adalah golongan paling terkesan akibat kemuculan wabak ini. Mereka tidak hanya kehilangan mata pencarian malah mereka bakal berdepan kemelut ekonomi yang lebih sukar di masa akan datang.

Menurut laporan Sinar Harian, akibat penularan wabak Covid-19, jumlah pengangguran telah meningkat dengan mendadak iaitu sebanyak 17.1%. Kumpulan belia berumur 15 hingga 30 tahun mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu sebanyak 6.9 peratus diikuti dengan golongan berusia 31 hingga 45 tahun (1.4 peratus) dan 46 hingga 64 tahun (1.1 peratus).

Intipati yang cukup jelas daripada YDPA apabila baginda turut menyatakan kerisauan tentang landskap politik negara yang kian goyah sejak akhir-akhir ini. Perbalahan, permusuhan malah perselisihan antara figura politik tanah air mampu memecah belahkan rakyat yang ketika ini dalam kesusahan.

Apakah tindakan yang sewajarnya yang patut dilakukan pihak pemerintah bagi membendung masalah pengangguran daripada terus berlarutan? Adakah ahli politik di Malaysia cukup matang untuk membincangkan soal kebajikan rakyat melebihi agenda politik mereka sendiri?

Continue Reading

Ekonomi

Impak COVID-19 pada industri pelancongan

Published

on

By

Kredit foto: wallpapers13.com

Impak daripada penularan wabak COVID-19 sangat hebat sehingga meragut ratusan ribu nyawa manakala jutaan manusia di seluruh dunia disahkan positif virus berkenaan.

Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan malah ekonomi negara terutamanya sektor pelancongan apabila industri penerbangan merosot, tempahan hotel dibatalkan dan kesemua tempat tumpuan pelancong ditutup atas pelaksanaan PKP sejak Mac lalu.

Kredit foto: cdn.libur.com.my

Cuti umum dan cuti persekolahan sering dinantikan oleh rakyat Malaysia. Inilah masanya ibu bapa membawa anak bercuti dalam negara dan juga luar negara. Namun impian ini tidak dapat direalisasikan tahun ini apabila sekatan pergerakan dilaksanakan.

Kredit foto: Blog Traveloka

Pusat rekreasi, tempat peranginan tanah tinggi, dan pantai peranginan di Malaysia terpaksa ditutup bagi mengekang penularan wabak yang boleh membawa maut ini.

Kredit foto: hssgroup.com.my

Sekatan turut dibuat ke atas semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Kerajaan turut menyekat kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara bagi mengelakkan penyebaran wabak ini menjadi lebih serius.

Kredit foto: http://mytourismdata.tourism.gov.my

Pada tahun 2019, sebanyak 26.1 juta pelancong masuk ke Malaysia. Namun disebabkan sekatan yang dikenakan ke atas pelancongan akibat daripada penularan COVID-19, jumlah ini telah merosot teruk.

Namun tindakan ini sudah tentu memberi impak yang besar kepada industri pelancongan Malaysia. 

Seberapa cepat masa yang diperlukan untuk menstabilkan kembali industri pelancongan Malaysia semasa dan selepas pelaksanaan PKP ini?

Continue Reading

Ekonomi

8 peranan proaktif isi rumah dan peniaga dalam membantu krisis ekonomi negara

Published

on

By

Kredit foto: http://www.kuala-lumpur.ws/klareas/chinatown_petaling.htm

Wabak COVID-19 telah memberi impak besar kepada ekonomi negara. Namun kita sebagai rakyat Malaysia boleh membantu krisis ekonomi ini dengan memainkan peranan kita sebagai isi rumah dan peniaga menurut petikan dari Astro Awani.

Peranan Isi Rumah

1.Isi rumah perlu mengutamakan perbelanjaan ke atas barang keperluan sahaja selain komitmen bulanan yang wajib dikeluarkan. Rata-rata bebanan kewangan berpunca daripada perbelanjaan ke atas barang ‘kemahuan’. Adalah diharapkan agar pasca PKP mendidik isi rumah untuk berbelanja secara rasional.

2. Elakkan menjadi pembeli panik. Membeli belah secara biasa namun perlu mengutamakan barang keperluan sahaja. Jika kita menjadi pembeli panik, ini hanya akan mengeruhkan keadaan kerana apabila bekalan kurang, harga barang akan naik.

3. Ramai isi rumah yang terjejas akibat daripada pelaksanaan PKP. Sebilangan besar di berhentikan kerja dan sebilangan lagi terpaksa dipotong gaji. Bagi membantu kewangan isi rumah, penggunaan teknologi digital untuk berniaga atas talian adalah amat digalakkan.

Pelbagai jenis perniagaan boleh dilakukan, bergantung kepada kemahiran dan kreativiti anda untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi digital. Sebagai contoh, Isi rumah boleh berniaga menggunakan facebook dan instagram. Dalam masa yang sama menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Grab dan Lalamove untuk menghantar barangan dan makanan kepada pembeli.

Peranan Peniaga

1.Mempraktikkan pekerjaan yang fleksibel seperti bekerja daripada rumah. Hal ini dapat mengurangkan kos sekaligus masih boleh mendapat keuntungan kepada perniagaan. 

2. Peniaga perlu menilai semula strategi pemasaran disamping menstruktur strategi penjualan yang baru. Amat digalakkan peniaga untuk menggunakan platform perniagaan seperti Shopee dan Lazada kerana ia telah menjadi norma membeli-belah yang baru sejak PKP dilaksanakan.

3. Elakkan memanipulasi harga barang dan memastikan bekalan sentiasa mencukupi. Peniaga perlu melaporkan data yang tepat agar perkara ini sentiasa terjamin.

4. Bagi mereka yang mendapat manfaat moratorium, elakkan mengambil kesempatan di atas kelebihan ini. Contohnya, pemilik rumah atau kedai sewa perlu menangguh sewa atau memberi kadar diskaun kepada penyewa agar kita mendapat manfaat bersama.

5. Kita sedia maklum bahawa dalam perniagaan, orang tengah atau pemborong sering menaikkan harga yang lebih tinggi berbanding apa yang di bayar kepada pengeluar. Dalam hal ini, pengeluar atau pengusaha boleh menghentikan masalah ini dengan menjual barangan terus kepada pengguna atau isi rumah melalui penjualan atas talian. 

Jika kita semua mempraktikkan peranan ini sebaik mungkin, ini bukan sahaja akan membantu kedua-dua belah pihak malah kita juga dapat membantu krisis ekonomi negara.

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: