Connect with us

Lain-lain

Tabung Wira Merah Adib masih menerima sumbangan, akan diserahkan kepada keluarga mangsa – Pengarah JBPM Kedah

Published

on

Bomba Kedah akan membuka kutipan Tabung Wira Merah Adib bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Allahyarham Muhammad Adib.

Kepada semua yang ingin menghulurkan bantuan, anda boleh terus datang ke 19 BBP bagi menyerahkan sumbangan. Hulurkan tangan ringankan beban.

Artikel penuh Berita Harian. 

YAN: Bagi menghargai pengorbanan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah terus membuka kutipan Tabung Wira Merah Adib sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.

Pemangku Pengarah JBPM Kedah, Mohd Zahar Abdullah, berkata kutipan daripada pegawai dan anggotanya di 19 BBP di negeri ini dilakukan sejak Allahyarham dimasukkan ke hospital selepas tragedi itu hujung bulan lalu.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan kutipan sepatutnya diserahkan ke ibu pejabat semalam, namun ia diteruskan untuk menambah kutipan bagi membantu keluarga mangsa.

“Orang ramai yang berhasrat menyalurkan sumbangan boleh datang ke 19 BBP di negeri ini dan kita akan salurkan kepada keluarga mangsa nanti.

“Selain itu, pihak JBPM Kedah juga berpuas hati kerana segala urusan pengebumian jenazah Muhammad Adib semalam berjalan lancar dengan penuh istiadat kebombaan,” katanya ketika ditemui pada Program Latihan D’MEX Penyelamatan Di Air Daerah Yan di Pantai Murni Water Front, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Zahar berkata, pihaknya juga akan mengadakan majlis tahlil serentak di semua balai di negeri ini untuk mendoakan supaya rohnya dicucuri rahmat.

Beliau berkata, peluang itu diambil susulan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Sultan Badlishah yang mahu semua masjid di negeri ini melakukan majlis tahlil untuk Allahyarham.

Muhammad Adib yang juga anggota BBP Subang Jaya, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 9.41 malam Isnin lalu selepas mengalami kecederaan dalaman susulan insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ25 Subang Jaya, bulan lalu.

Terdahulu, program D’Mex yang dianjurkan hari ini disertai 200 peserta dari enam agensi termasuk Maritim Malaysia, JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA dan Hospital Yan.

Program yang bermula jam 8.30 pagi hingga 11 pagi itu dilakukan setiap tahun sebagai persediaan menghadapi musibah bencana sekiranya berlaku kejadian kemalangan di laut di daerah Yan.

Simulasi bermula dengan dua buah bot membawa 14 pelancong tempatan ke lokasi peranginan Pulau Songsong dari Jeti Pulau Pinang yang terbalik akibat kejadian ribut dan ombak kuat di tengah laut.

Continue Reading
Advertisement

Lain-lain

Mampukah Malaysia menjadi sebahagian daripada Harimau Asia?

Published

on

Apa itu Harimau Asia?

Harimau Asia atau Naga Asia merupakan istilah yang diguna pakai bagi merujuk kepada ekonomi maju dan bebas. Kini, Harimau Asia diterajui empat negara iaitu Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan.

Negara-negara ini berjaya mengekalkan kadar pertumbuhan yang tinggi iaitu melebihi 7 peratus setahun dan menerajui perindustrian yang pesat antara awal 1960an dan 1990an.

Mereka mempuanyai kepakaran dalam bidang-bidang yang mempunyai kelebihan dan daya saing yang tinggi. Sebagai contoh, Hong Kong dan Singapura telah menjadi pusat kewangan yang terkemuka manakala Korea Selatan dan Taiwan di antara peneraju dalam pembuatan industri teknologi maklumat. Negara-negara ini menjadi teladan dan model bagi banyak negara membangun.

Perkembangan teknologi yang semakin pesat dan pantas mampu membolehkan kita untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada Harimau Asia. Bidang teknologi maklumat khususnya memberikan kelebihan bagi semua

Seperti negara serantau; Malaysia mengalami keadaan kadar pengangguran belia berpendidikan tertiari lebih tinggi daripada belia yang tidak berpendidikan tertiari. Ia berkait rapat dengan saiz pasaran ekonomi yang kecil berbanding negara maju, kebergantungan yang tinggi kepada permintaan domestik berbanding antarabangsa.

Hakikatnya, Malaysia mempunyai bakat-bakat besar daripada pelbagai sektor termasuk bidang perbankan, undang-undang, teknologi berat dan pelbagai bidang yang melibatkan kepakaran yang tinggi. Dengan adanya ruang dan peluang anak-anak muda pasti mampu menjadikan Malaysia sebahagian daripada kuasa Harimau Asia!

Continue Reading

Kesihatan

KKM cadang wajibkan suntikan vaksin!

Published

on

Memetik artikel daripada MStar Online,

“KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM mendapat ‘desakan’ kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbangkan mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian.

“Saya akan bawa perkara dalam mesyuarat pasca kabinet KKM, andainya disokong kita akan bawa ke peringkat kabinet pula.

“Saya percaya akan ada hujah yang menyokong serta menentang cadangan ini, KKM akan pertimbangkan semuanya secara serius,” katanya.

Ketika diminta mengulas tahap penolakan suntikan vaksin imunisasi ketika ini, Dr Dzulkefly berkata keadaannya belum membimbangkan namun kadangkala ibu bapa yang menolak vaksin memberikan alasan yang tidak dibuat berdasarkan ‘evidence based’ atau kajian klinikal.

“Kita akan bentangkan dalam tempoh waktu yang munasabah, kita perlu ada konsultasi dan merujuk kepada pemegang taruh.

“Sekiranya kita mahu tangani perkara ini dengan baik dan cermat kita perlu ada sesi keterlibatan seperti sesi perjumpaan townhall,” katanya. – Bernama “


Ramai pihak yang menyambut baik cadangan ini!

Apa pula pendapat anda?

Continue Reading

Lain-lain

Selamat Tahun Baru 2019!

Published

on

Selamat Tahun Baru 2019! 🎊🎊🎊🎉🎉🎉

Semoga semua yang kita impikan telah tercapai pada tahun 2018 dan azam yang baru untuk tahun ini.

Apa azam anda pada tahun ini?

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh