Connect with us

Lain-lain

Mufti sahkan tak salah ucap ‘Merry Christmas’

Hidup harmoni saling hormat-menghormati

Published

on

Mufti Wilayah Persekutua

Umat Islam dibenarkan untuk mengucapkan ‘Merry Christmas’, kata Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, perkara itu dibenarkan kerana ia disifatkan ungkapan  tahniah kepada perayaan agama lain tanpa niat memuliakan agama mereka.

“Umat Islam boleh mengucapkan kepada orang Kristian (Merry Christmas), dengan syarat mereka tidak memuliakan agamanya,” katanya ketika dihubungi, petik laporan The Star.

Beliau memetik Majlis Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Muzakarah dalam mesyuarat ke-78 dalam Hal Ehwal Islam pada 2007 yang menyimpulkan bahawa mengirim salam melalui kad, e-mel atau mesej teks kepada orang bukan Islam semasa musim perayaan mereka adalah dibenarkan, selagi ucapan itu tidak memuliakan agama lain atau menggunakan simbol agama.

“Adalah penting untuk mewujudkan kesedaran mengenai perkara ini supaya tidak timbul kekeliruan.

“Hiduplah dengan harmoni bersama orang-orang beragama lain,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Lain-lain

Tun Mahathir 100 Orang Paling Berpengaruh – Majalah TIME

Published

on

Sekali lagi nama Malaysia mekar dipersada antarabangsa apabila Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad tersenarai di dalam 100 orang paling berpengaruh menurut majalah TIME.

Sekalung tahniah kami ucapkan kepada Tun!

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Lain-lain

Lagi kanak-kanak 8 tahun hilang!

Published

on

Seorang lagi kanak-kanak berusia 8 tahun telah dilaporkan hilang pada hari Isnin yang lalu.

Terbaru, Nur Hidayah Zahid Hussin, 8 tahun dilaporkan hilang berhampiran rumahnya di Sikamat, Seremban.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Nur Hidayah diminta untuk menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Continue Reading

Lain-lain

Kanak-kanak lelaki 8 tahun hilang di Bangi

Published

on

Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 8 tahun telah dilaporkan hilang di Bangi pada Isnin petang, 15 April 2019.

Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi dikatakan keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra, Bangi kira-kira 8 pagi pada hari yang sama.

Ibu kanak-kanak malang tersebut, Sainih Sunding, 46 tahun, berkata jiran memaklumkan kepadanya kali terakhir Zahiruddin dilihat bermain di sekitar kawasan kejiranan itu dan memakai baju kemeja T berwarna hitam dan berseluar panjang biru.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh