Connect with us

Global

Azizulhasni Awang Menang Pingat Gangsa Dalam Kejohanan Trek Piala Dunia 2018 Di Berlin

Syabas Mohd Azizulhasni Awang kerana atas kejayaan ini.

Published

on

Mohd Azizulhasni Awang

Azizulhasni Awang semalam telah menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia di kejohanan Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2018. Jaguh berbasikal trek negara itu berjaya meraih gangsa setelah sekian lama menantikannya dalam pusingan ke-3 di Velodrom Berlin, Jerman.

Pingat ini bagaikan menebus semula kekalahan dalam dua siri kejohanan tersebut yang pernah diadakan di Perancis dan Kanada. Menurut maklumat dari laman web UCI, sebelumnya Azizulhasni digandingkan dalam acara lelaki berpasukan dengan dua pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis bagaimanapun gagal untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Acara persendirian telah dijuarai oleh pelumba dari Belanda Matthijs Buchli, tempat ke-2 oleh Matthew Glaetzer dari Australia dan seterusnya Azizulhasni pada tempat ke-3. Kejohanan ini adalah untuk mengumpul mata bagi melayakkan pelumba beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti. Tahniah Azizulhasni.

Global

Agama Islam tidak rasis: Cabaran besar bagi umat Islam dan Melayu di Malaysia.

Published

on

Continue Reading

Global

Krisis Laluan Udara Lapangan Terbang Seletar Singapura – Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera.

Published

on

By

Lapangan Terbang Seletar

Ketegangan yang menyusul antara Malaysia dan Singapura berkaitan laluan udara untuk penerbangan di Lapangan Terbang Seletar masih belum mempunyai kata putus.

Lokasi Lapangan Terbang Seletar

Malaysia membantah Singapura yang ingin melaksanakan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Seletar, Singapura pada awal tahun hadapan kerana laluan penerbangan untuk sistem itu akan memberi impak negatif kepada pembangunan di Pasir Gudang susulan sekatan ketingggian struktur di kawasan berkenaan.

Singapura mahu menggunakan ILS di Lapangan Terbang Seletar untuk membolehkan pesawat terbang dengan selamat walaupun dengan jarak penglihatan yang kurang. Walaubagaimanapun, laluan penerbangan yang mahu digunakan Singapura dengan ILS membabitkan ruang udara serta pembangunan di Pasir Gudang, Johor.

Sebelum ini, juruterbang boleh mengendalikan pesawat tanpa menggunakan ILS dengan mengelilingi halangan dan tiada peraturan mengenai had ketinggian di kawasan laluan penerbangan Seletar. Namun sekarang dikenakan had ketinggian bagi ILS yang membantu pesawat mendarat khususnya ketika penglihatan kurang baik.

Susulan daripada isu tersebut, Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke berkata langkah itu bertentangan dengan prinsip kedaulatan negara seperti yang diperuntukkan oleh Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa. Oleh itu, Malaysia meminta Singapura melaksanakan tatacara ILS yang baharu agar tidak memberikan apa-apa kesan tambahan kepada pengguna ruang udara yang lain.

Manakala, Singapura mendakwa Malaysia tidak pernah membangkitkan sebarang bantahan mengenai perkara itu, sebelum ini.

Kementerian Pengangkutan (MoT) Malaysia berpandangan isu ini boleh dielakkann dengan melaksanakan tatacara ILS yang baharu bagi Landasan 03 di sebelah selatan Lapangan Terbang Seletar, dan bukannya Landasan 21 di sebelah utara yang dibantah.

Manakala MoT Singapura berkata dakwaan pelaksanaan tatacara ILS untuk laluan sebelah utara dikatakan menceroboh kedaulatan Malaysia serta undang-undang dan standard antarabangsa adalah tidak benar. Ini kerana sifat penerbangan awam antarabangsa adalah penerbangan harus melintasi ruang udara negara-negara yang berbeza.

Sebelum ini, MoT Malaysia berkata perbincangan pada 30 November 2018 hanya mengkaji rekod perbincangan hari sebelumnya (29 Nov) mengenai Pengurusan Surat Perjanjian 1974 dan keputusan Malaysia untuk mengambil balik ruang udara kedaulatan yang diwakilkan kepada Singapura untuk penyediaan perkhidmatan trafik udara dan tatacara ILS yang baharu untuk Lapangan Terbang Seletar.

MoT Malaysia ingin mengulangi bahawa tidak pernah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, sama ada bersetuju atau memberi kebenaran bagi penyiaran tatacara ILS yang baharu untuk lapangan terbang Seletar.

Bagi menyelesaikan isu ini dengan lebih lanjut, Malaysia akan mengemukakan cadangan balas kepada Singapura untuk manfaat bersama antara Malaysia dan Singapura. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menyokong mesej Menteri Pengangkutan kita: tiada masalah dengan Seletar, asalkan tidak menggunakan ILS di ruang udara Pasir Gudang.

Sampai bila Malaysia perlu beralah sehingga perlu berkorban pembinaan pembangunan di Pasir Gudang jika ILS dilaksanakan nanti?

Sumber: MalaysiaKini

Continue Reading

Ekonomi

Malaysia di kedudukan baik ke arah negara berpendapatan tinggi – Bank Dunia

Malaysia dijangka mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Published

on

By

Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi

Malaysia berkedudukan baik dalam usahanya memulakan era baharu ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun-tahun akan datang, menurut Bank Dunia.

Dalam kenyataan hari ini, Naib Presiden bagi Asia Timur dan Pasifik, Victoria Kwakwa berkata ekonomi Malaysia adalah sangat pelbagai dan memiliki asas kukuh, yang bersedia membawa negara ke peringkat seterusnya.

“Kami mengalu-alukan usaha kerajaan, sebagai sebahagian proses ini, untuk memperkukuh institusi, membangunkan modal insan dan melindungi aspek yang mudah terjejas dalam masyarakat. World Bank Group bersedia untuk menyokong Malaysia semasa proses peralihan penting ini,” katanya.

Kwakwa baru sahaja mengakhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia pada Isnin, dan dalam tempoh itu beliau bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Pegawai kanan Bank Dunia dan delegasinya turut mengadap Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi bertukar pandangan dan idea mengenai aliran pembangunan di Malaysia dan rantau ini amnya.

Aliran ini termasuk peningkatan kepentingan ekonomi digital dan pembangunan kemahiran untuk daya saing masa depan di semua negara di rantau ini.

Sumber: BERNAMA

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh