Connect with us

Lain-lain

Syed Saddiq Antara 20 Anak Muda Paling Berpengaruh Di Dunia

Tahniah!

Syed Saddiq Antara 20 Anak Muda Paling Berpengaruh Di Dunia

Published

on

The World’s Most Influential Young People in Government

Syed Saddiq, 25, Menteri Belia Dan Sukan telah disenaraikan antara 20 orang anak muda yang paling berpengaruh di dunia menerusi ‘100 Future Leaders: The World’s Most Influential Young People in Government” terbitan Apolitical.’

Senarai itu memperlihatkan ratusan pencalonan daripada pakar dan organisasi terkemuka yang mengiktiraf setiap daripada mereka dalam pembikinan dasar kerajaan yang membuatkan mereka berjaya di usia muda.

Ia adalah sebahagian daripada usaha Apolitical sebagai meraikan belia di bawah umur 35 tahun sebagai anak muda paling berpengaruh kepada kerajaan di serata pelusuk dunia.

Penyeneraian ini membuktikan bahawa gerakan anak muda kini semakin mendapat tempat dalam penglibatan pengurusan kerajaan.

Syed Saddiq mendapat pencalonan selepas Apolitical ‘menghidu’ usaha yang diperkenal Syed Sadiq untuk cuba menggubah usia kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Apolitical merupakan organisasi berpangkalan di London yang menyatukan penjawat awam dan pembuat dasar di 140 buah negara.

Sumber: Asia co

Continue Reading
Advertisement

Lain-lain

Selamat Tahun Baru 2019!

Published

on

Selamat Tahun Baru 2019! 🎊🎊🎊🎉🎉🎉

Semoga semua yang kita impikan telah tercapai pada tahun 2018 dan azam yang baru untuk tahun ini.

Apa azam anda pada tahun ini?

Continue Reading

Lain-lain

Sejauh mana pengetahuan anda tentang masyarakat Peranakan di Malaysia?

Published

on

Istilah peranakan tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Cina Peranakan, India Peranakan dan bermacam-macam lagi etnik yang unik terdapat di Malaysia ini.

Siam Peranakan

Baba Nyonya

Terkenal dengan selok belok budaya yang seakan-akan orang Melayu, mereka tidak kekok mengamalkan budaya dan adat yang telah wujud sejak bertahun-tahun lamanya.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Cina Peranakan ini juga dikenali sebagai ‘Cina Kampung’, amalan seharian mereka dan juga dari sudut kesenian turut dipengaruhi asimilasi dengan masyarakat Melayu. Begitu juga dengan Chitty dan Portugis yang kebanyakannya mahir berbahasa Melayu dan mengamalkan adat-adat yang telah diberi sentuhan budaya Melayu kerana keakraban mereka dengan masyarakat setempat di Melaka.

Di utara semenanjung pula, kewujudan Jawi Peranakan atau Jawi Pekan pula adalah kacukan Melayu dengan etnik India di bahagian utara iaitu Arab, Punjabi, Benggali, Turki, Parsi, Gujerati dan Afghani di Pulau Pinang. Jawi peranakan turut diberi julukan anak tanjung. Etnik mamak pula adalah campuran Melayu dengan India di bahagian selatan dan mereka bertutur bahasa Tamil selain bahasa Melayu serta Inggeris

Chitty ketika di bawah kekuasaan penjajah Portugis, Belanda dan British, sudah banyak berasimilasi dan mengamalkan budaya dan cara hidup masyarakat tempatan. Bukti terawal masyarakat Chitty ini di Melaka adalah melalui pembinaan Kuil Sri Poyatha Moorthi di Melaka.

Jawi Peranakan

Siam peranakan pula kebanyakannya terdapat di negeri Kedah dan Kelantan. Siam peranakan juga terkenal dengan nama Melayu Sam-Sam dan masyarakat ini terdiri daripada Samsam Islam dan Samsam Buddha.

Makanan Tradisional Peranakan

Cina Peranakan atau Baba – Nyonya: Ayam kapitan, sejenis kari ayam kering; inci kabin, iaitu ayam goreng cara Nyonya; dan pindang bandeng, kuah ikan yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di Singapura.

India Peranakan atau Chitty: Nasi lemak kukus berlauk pinding ikan parang, kuah terung, sambal timun, udang, urap kelapa, kangkung tumis, kacang goreng minyak, acar cili dan sambal taik minyak.

Portugis: Devil’s Curry (kari yang kaya dengan 12 perasa bersama isi ayam atau daging), Garing-garing (snek lazat yang diperbuat daripada ikan dan disaji bersama sayuran yang dimakan mentah) dan Ikan Bakar Portugis (ikan yang dibakar dan dibalut dengan daun pisang.

Jawi peranakan: Juadah nasi lemuni, laksa lemak, acar buah dan jawi bamieh atau dalam bahasa Arab bermaksud bendi yang berasal dari Yaman, Mesir serta Oman.

 

Continue Reading

Lain-lain

Selamat Hari Natal!

Published

on

Kepada semua menyambut perayaan Natal dan ingin pulang ke kampung (atau balik ke bandar), kami daripada MalaysiaBoleh.com ingin mengucapkan hati-hati memandu dan selamat jalan!

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh