Connect with us

Kesihatan

Muhammad Adib sudah mula telah sedar

Buah pinggangnya rosak dan memerlukan rawatan dialisis

Published

on

Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim

Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim yang parah akibat diserang kumpulan perusuh di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya tiga hari lalu telah sedar dan menunjukkan perkembangan positif.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata, Muhammad Adib telah sedar pagi ini dan memahami arahan yang diberikan.

“Dia sudah boleh untuk menggerakkan beberapa anggota badan dan ini merupakan tanda positif bagi menunjukkan otak berfungsi.

“Bagi kecederaan organ pula, Muhammad Adib masih menggunakan mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru,” katanya dalam sidang media di IJN, tadi.

Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim

Tambah Mohd Azhari, bagaimanapun, tekanan darah Muhammad Adib masih rendah. Buah pinggangnya rosak dan memerlukan rawatan dialisis.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohamed Farid Md Rafik.

Mengulas lanjut, beliau turut menyatakan keadaan Muhammad Adib buat masa ini masih dikategorikan kritikal, namun stabil.

“Muhammad Adib perlu bergantung kepada mesin ECMO beberapa hari lagi untuk kita memantau keadaannya,” katanya.

Dalam kejadian itu, Mohammad Adib dilaporkan ditarik perusuh di kawasan kuil ketika pasukannya berundur dari lokasi.

Dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) termasuk van Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib diserang dengan balingan batu dan objek lain menyebabkan berlaku kerosakan pada cermin serta badan kenderaan itu.

Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim

Dalam situasi panik untuk berundur, mangsa telah ditarik keluar dari tempat duduk penumpang van EMRS oleh perusuh dan dipercayai dipukul sehingga tidak sedarkan diri.

Sumber: Sinar Harian

Ekonomi

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Diumumkan Dalam Belanjawan 2019

Terdapat banyak bantuan kerajaan untuk rakyat pada tahun 2019.

Published

on

By

Bantuan dalam Belanjawan 2019

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang telah pun diumumkan ketika sesi pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu.

Insentif ini lebih memfokuskan golongan sasar / golongan B40 — iaitu mereka yang berpendapatan RM3,860 sebulan ke bawah.

BANTUAN SARA HIDUP

Bantuan Sara Hidup

Umum sedia maklum kerajaan di bawah Pakatan Harapan telah memansuhkan pemberian BR1M dan digantikan dengan Bantuan Sara Hidup yang telah ditambah baik dari semasa ke semasa.

Kini terdapat empat kategori penerima BSH iaitu:

  1. Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.
  2. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750.
  3. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.
  4. Kadar tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah tetapi terhad kepada 4 orang, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur.

DANA RUMAH MAMPU MILIK

Rumah mampu milik

Sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan melalui Dana Rumah Mampu Milik bagi membantu golongan yang memiliki pendapatan RM2,300 sebulan dan ke bawah untuk memiliki rumah pertama melalui pembelian rumah mampu milik berharga RM150,000 dan ke bawah.

Dana ini akan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk memohon dana tersebut, sila rujuk artikel Dana Rumah Mampu Milik BNM.

SUBSIDI ELEKTRIK

Subsidi elektrik

Jika sebelum ini kadar subsidi bil elektrik isi rumah yang ditetapkan pada RM20 kini kadar tersebut dinaikkan kepada RM40.

Namun, subsidi ini hanya akan disalurkan khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar di bawah program e-Kasih.

DANA PERLINDUNGAN KESIHATAN

Dana perlindungan kesihatan

Melalui dana perlindungan kesihatan, golongan B40 bakal menikmati perlindungan percuma bagi empat penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari bersamaan RM700 setahun.

Selain itu, kerajaan juga akan meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payu dara (mamogram), program vaksinasi Human papilloma virus (HPV) dan ujian saringan pap smear di hospital dan klinik kerajaan.

SUBSIDI MINYAK BERSASAR

Subsidi minyak bersasar

Mekanisme subsidi minyak bersasar membolehkan pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi motosikal.

Namun ianya hanya terhad kepada kereta berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Buat masa sekarang belum ada sebarang maklumat bagaimana mekanisme ini akan dilaksanakan. Cuma terdapat beberapa cadangan agar ianya dilakukan melalui pemberian kad khas.

LAIN-LAIN BANTUAN KERAJAAN

Bantuan kerajaan

Selain daripada bantuan kerajaan di atas, terdapat beberapa bantuan lain yang disediakan untuk rakyat Malaysia menjelang tahun baru 2019.

Antara yang menarik — bantuan RM100 pas bulanan pengangkutan awam + RM50 pas bulanan bas.

Anda yang berminat boleh mohon bantuan tersebut bermula Disember depan.

Continue Reading

Kesihatan

Doktor Ini Jelaskan Kenapa Kaedah Intermittet Fasting Merupakan Diet Terbaik

Salah satu cara diet untuk mereka yang nak kurus

Published

on

By

Intermittet Fasting

Rasanya ramai yang pernah dengar tentang Intermittent Fasting tapi tak tahu apa sebenarnya dan bagaimana kaedah ini berfungsi.

Ini kami kongsikan penjelasan daripada Dr Siti Asniza Basir.

Intermittet Fasting

Intermittet Fasting

Intermittet Fasting

Continue Reading

Fesyen

‘Akan Menipiskan Enamel Gigi’ – Doktor Sahkan Serbuk Arang Tak Boleh Putihkan Gigi

Bukan saja tidak putihkan gigi, malah arang boleh menyebabkan enamel gigi menipis.

Published

on

By

Produk pemutihan gigi berasaskan arang semakin bertambah di pasaran tempatan. Pengeluar produk sebegini membuat dakwaan serbuk arang berupaya memutihkan gigi jika menggunakan produk keluaran mereka. Pun begitu tiada bukti saintifik disertakan untuk menguatkan dakwaan mereka itu.

Doktor gigi, Dr Nur Sakinah Amran bercakap kepada Berita Harian mengenai dakwaan pengasas produk ini.

Mekanisme seperti magnet tarik kotoran

Arang tidak putihkan gigi

Menurut Dr Nur Sakinah, serbuk arang tidak bertindak secara langsung untuk memutihkan gigi. Dakwaan itu hanyalah  sekadar ‘trend’ yang diviralkan peniaga online untuk melariskan produk jualan masing-masing.

Walau bagaimanapun, secara teori doktor ini tidak menafikan arang boleh digunakan untuk menghilangkan kekotoran pada gigi yang disebabkan oleh tabiat minum kopi atau merokok.

Arang dipercayai mempunyai mekanisme seperti magnet untuk menarik serta memerangkap kotoran pada gigi. Apabila seseorang itu berkumur, secara teorinya kotoran terbabit akan keluar bersama.

Gigi hanya boleh nampak lebih bersih, tetapi tidak boleh putih seperti didakwa kerana serbuk arang tidak mempunyai apa-apa bahan aktif yang boleh membantu memutihkan gigi.

Serbuk arang menipiskan enamel gigi

Arang tidak putihkan gigi

Molekul serbuk arang sangat kasar dan bersifat menghakis. Kajian menunjukkan, penggunaan seawal empat kali sudah boleh menipiskan enamel gigi, sedangkan lapisan itu penting untuk melindungi dentin, selain lapisan ketiga iaitu pulpa selaku pusat saraf gigi.

Lapisan dentin secara asalnya lebih kuning berbanding enamel. Apabila enamel menipis ia tidak akan terbentuk semula dan dentin yang kuning akan berterusan terdedah. Ia menyebabkan dentin mula menyerap warna kelabu dari serbuk arang menyebabkan gigi bukan saja tidak putih, malah menjadi kelabu kekuningan.

Pernah rawat pesakit terhakis enamel sepenuhnya

Arang tidak putihkan gigi

Dedah Dr Nur Sakinah, dia pernah merawat pesakit yang telah terhakis gigi kerana enamel sudah haus sepenuhnya akibat penggunaan serbuk arang.

Keadaan ini menyebabkan pesakit itu diganggu rasa ngilu secara keseluruhan dan ia perasaan itu mengganggu rutin hariannya.

Fungsi arang sebenarnya sama seperti kayu sugi iaitu untuk membersihkan gigi, bukannya memutihkan. Penggunaannya juga tidak boleh berlebihan kerana ia turut berisiko menipiskan lapisan enamel.

Sumber: Berita Harian

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh