Connect with us

Pendidikan

Bayar PTPTN Hanya Untuk Gaji Mencecah RM2000 & Ke Atas – Timbalan Menteri Pendidikan

Kerajaan mendengar suara rakyat.

Published

on

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Free Malaysia Today, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mendedahkan bahawa rakyat Malaysia yang membuat pinjaman PTPTN akan dikenakan potongan gaji sebanyak 2 peratus hanya sekiranya mereka menerima gaji sebanyak RM2,000 dan ke atas.

Beliau turut memberitahu bahawa peratusan penolakan semakin bertambah dengan kenaikan gaji.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching

“Untuk meringankan beban warga muda, kerajaan telah memutuskan untuk memulakan dengan pemotongan mandatori sebanyak 2% atau RM40 untuk gaji yang mencecah RM2,000.”

Pemotongan akan bertambah sehingga 15% berdasarkan gaji peminjam.

Berkenaan dengan janji pembayaran balik sekiranya gaji mencecah RM4,000, kerajaan akan mempertimbangkan perkara tersebut sebaik kewangan negara bertambah stabil.

Pada asalnya, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan dalam Bajet 2019 bahawa pemotongan sebanyak 2 peratus akan dikenakan untuk peminjam dengan berjumlah RM1,000 sebulan.

Pendidikan

Malaysia Muncul Negara Asia Ke-3 Paling Ramai Mahir Berbahasa Inggeris

Syabas Malaysia! #MalaysiaBoleh

Published

on

By

Mahir berbahasa Inggeris

Berdasarkan kajian English Proficiency Index 2018 yang melibatkan seramai 1.3 juta responden dari 88 buah negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, Malaysia telah berjaya menduduki tangga ke-3 dalam carta tersebut.

Singapura mendahului carta sementara kemahiran penduduk Filipina bertutur dalam bahasa Inggeris membuatkan negara berkenaan berada di tangga ke-2 untuk kategori negara Asia Pasifik.

Tahun ini, Singapura telah disenaraikan dalam 10 negara paling mahir berbahasa Inggeris di dunia pada tangga ke-3 di belakang Sweden dan Belanda. Ini bermaksud Singapura merupakan satu-satunya negara Asia yang berjaya memasuki kategori tersebut.

Kajian ini telah dijalakan tanpa mengambil informasi demografi responden. Hasil kajian ini pada mulanya digunakan untuk tujuan pemasaran sebuah perniagaan. Adakah anda fasih berbahasa Inggeris dalam kehidupan seharian anda?

Continue Reading

Ekonomi

Gaji Hanya RM800 Sebulan, Tapi Mampu Kumpul RM12K Dalam 3 Bulan?

Tips yang berguna untuk mereka yang susah nak menabung.

Published

on

By

Jom menabung

Wah, cantiknya kasut kat kedai tu! Bila tengok harga, alamak mahalnya!

Ramai antara kita yang mengeluh apabila terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk berbelanja sekarang ini.

Simpan RM12,000, 3 bulan

Dengan keadaan ekonomi yang membebankan dan kos sara hidup yang tinggi, terasa berat je nak keluarkan duit.

Nak buat tabung simpanan tu pula nampak macam mustahil. Tapi posting daripada pemilik Twitter ini buktikan ia boleh dilakukan.

Jom menabung

Tetapkan matlamat dengan betul

Untuk elakkan sentiasa berbelanja, katanya pertama sekali kita kena tetapkan matlamat kenapa kita nak menyimpan duit tu.

Nak kahwin ke, beli kereta ke, beli rumah ke, niat nak tunaikan haji ke. Barulah kita semangat nak menyimpan!

Jom menabung

Syafiq dakwa, gaji pokok diperolehi cuma RM800/bulan. Mana cukup kan? Jadi carilah kerja sampingan.

Jom menabung

Sorok tabung tempat susah jumpa

Yang peliknya, dia ni simpan semua duit hasil kerja sampingan tu dalam tabung. Tapi lepas tu tabung tu disorokkan pula kat tempat yang susah nak jumpa.

Dah kenapa?

Jom menabung

Nak duit simpanan banyak tapi nak menyimpan tu pun korang berkira-kira, sayang duit sangat pun tak boleh juga!

Guna tabung yang kecil

Dakwa menggunakan teknik psikologi, menurut Syafiq dia lebih bersemangat nak menyimpan bila tengok duit sentiasa nak penuh dalam tabung tu.

Rupa-rupanya selama ni gaji dia cuma RM800 je, tu yang dia jadi freelance photographer.

Jom menabung

Lepas tu dia masukkan semua duit hasil kerja freelance tu dalam tabung, bukan dalam bank!

Ikut kemampuan diri

Dengan gaji cuma RM800, mustahil boleh berjaya mengumpulkan duit sebanyak RM12,000 dalam tempoh tiga bulan kan?

Tapi kenalah juga ikut kemampuan diri sendiri.

Jom menabung

Jom menabung

Ye, betul tu. Rezeki tu Allah swt yang bagi, itu pun kita kena percaya dan ingat juga.

Mula-mula mungkin macam susah sikit nak ikut cadangan Syafiq ni tapi kalau kita cuba perlahan-lahan, siapa tahu akhirnya berjaya juga menabung.

Kalau tak menyimpan dari sekarang, sampai bila-bila pun tak dapat kumpul duit kan?

Continue Reading

Ekonomi

Jangan Malu Kelihatan Miskin, Tapi Malulah Sekiranya Berpura-pura Kaya

Jangan malu kelihatan miskin.

Published

on

By

Jangan malu kelihatan miskin

Mampu membeli bukan bermaksud kita harus membeli. Beberapa kali kawan-kawan isteri saya menawarkan beg dan baju-baju mahal. Isteri saya hanya tersenyum dan menggeleng. “Beg dan baju saya masih elok dan belum rosak, dan barang-barang itu terlalu mahal buat saya” kata isteri saya. Dan isteri saya tidak malu kelihatan miskin.

Saya biasanya makan di warung rojak di kota Bandung kalau mebeli barang-barang untuk perniagaan saya dan sering berbual dengan salah seorang penjaga tempat lempat kereta di sana sehingga dia kenal dengan saya.

Pada tahun 2005, saya adalah seorang perunding kewangan untk projek Bank Dunia dan saya mulai merancang untuk membuka perniagaan dengan kawan saya. Tiada orang yang peduli dengan status profesi saya pada waktu itu. Mereka hanya tahu saya memandu lori kecil dan kadang-kadang menggunakan pengangkutan awam. Ramai orang yang menganggap saya bekerja sebagai seorang pemandu. Dan saya tidak malu kelihatan miskin.

Jangan merasa malu kelihatan miskin, tapi malulah jika kita berpura-pura kaya.

Salah satu modal untuk menjadi usahawan adalah jangan malu terlihat miskin. Saya mempunyai seorang kawan yang mempunyai jawatan yang baik di sebuah bank. Dia sering bergurau ingin meletakkan jawatan dan menjadi seorang usahawan tapi lapan tahun sudah berlalu dan dia masih bekerja di bank itu, walaupun gurauannya masih tetap sama. Ini disebabkan dia tidak mahu melangkah keluar dari zon selesanya. Untuk menjadi usahawan kita akan banyak berkira dan itu akan membuat kita kelihatan miskin dan susah.

Menjadi seorang usahawan itu kadang-kadang kita harus tebal muka, tebal hati, dan tebal tekad. Rumusan mudah untuk menjadi usahawan adalah membeli lebih murah dan menjual lebih mahal. Ramai di antara kita sering menggunakan alasan menunggu modal apabila ingin memulakan langkah untuk menjadi usahawan. Padahal rumusan itu sangat mudah, kita lah yang sering membuatnya rumit.

Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Abdurrahman bin Auf, dipersaudarakan dengan seorang Ansar bernama Sa’ad bin Rabi’. Sa’ad kemudian menawarkan separuh hartanya kepada Abdurrahman bin auf sebagai perwujudan rasa cinta terhadap saudar barunya. Namun beliau menolak dan hanya meminta ditunjukkan jalan ke pasar untuk memulakan perniagaan.

Jadi, modal bukanlah alasan untuk menjadi usahawan. Dan janganlah malu kelihatan miskin, tapi malulah ketika kita berpura-pura kaya. Sayang sekali, terlihat lebih ramai yang berpura-pura kaya.

– Gambar Yang Digunakan Sekadar Hiasan –

Sumber: thecoverage

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh