Connect with us

Sukan

“…saya gembira kerana…” – Latif Romly, atlet Lompat Jauh T20

Published

on

Latif Romly telah memecahkan rekod lompat jauh T20 (masalah pembelajaran). dan seterusnya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada 2015 Para Asean Games di Singapura.

Pada tahun 2016, Latif sekali lagi memecahkan rekod dunia miliknya sebanyak tiga kali pada hari yang sama serta merangkul pingat emas ketiga Malaysia pada temasya Paralympic di Rio, Brazil.

Tahun ini, Latif Romly telah mempertahankan pingat emas miliknya dalam acara Lompat Jauh dengan aksi memukau dan turut memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri dalam acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran).

Sukan

Harimau Malaya harus bangkit di Hanoi

Published

on

Pada Selasa lepas, pemburuan kejuaraan kedua Piala AFF tampak sukar buat skuad Harimau Malaya selepas hanya seri 2-2 dengan Vietnam pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sepanjang perlawanan ini, Malaysia sukar untuk memecahkan blok pertahanan Vietnam yang dibentuk secara 5-4-1. Vietnam bermain dalam sistem pertahanan yang sangat disiplin dengan covering dan menutup ruang. Malaysia mengenakan tekanan awal ke kubu pertahanan Vietnam dengan harapan dapat mengambil kesempatan ketika fasa pasukan Vietnam sedang mencari rentak. Namun secara permainan terbuka Malaysia sukar untuk memecahkannya.

Skuad Harimau Malaya mendapat suntikan semangat dalam menghadapi Vietnam pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018, setelah dua tonggak pertahanan, Aidil Zafuan dan Syazwan Andik kembali pulih daripada kecederaan untuk turun beraksi di Stadium My Dinh, Hanoi, Sabtu ini.

Menurut laporan Utusan , pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe mengakui kehadiran semula dua pemain berkenaan selain kembalinya pertahanan kanan, Syahmi Safari daripada penggantungan satu perlawanan, nyata memberi kelegaan kepadanya untuk aksi genting di Hanoi nanti dengan harapan tiga pemain pertahanan ini, sedikit sebanyak membantu di barisan pertahanan.

Pada masa yang sama, Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan akan berlakunya perubahan formasi terutamanya di bahagian pertahanan selepas kubu skuad negara mudah dibolosi pada aksi sebelum ini, namun mengakui ia bergantung kepada keadaan pada hari perlawanan berkenaan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut serta ke Hanoi, mengakui kedua-dua pasukan masih mempunyai peluang seimbang untuk muncul juara buat kali kedua, dengan Vietnam muncul juara pada 2008, manakala Malaysia pada 2010.

Benar, Malaysia berhadapan dengan kesukaran untuk memecahkan pertahanan Vietnam. Namun, apa yang positif dalam skuad Harimau Malaya dalam temasya kali ini adalah respon apabila mereka ketinggalan. Pasukan ini memiliki mentaliti untuk cuba berusaha sedaya upaya menjaringkan gol dalam apa jua cara.

Kita masih ada harapan di Vietnam. Malaysia Boleh! Harimau Malaya Boleh!

Continue Reading

Sukan

Polis siasat penjualan tiket Piala AFF

Diharapkan sistem penjualan tiket perlawanan akan bertambah baik selepas ini.

Published

on

By

Tiket perlawanan bola Piala Suzuki AFF

Polis akan menyiasat berhubung satu laporan polis yang tular di media sosial, mengenai kegagalan membeli tiket dalam talian bagi perlawanan akhir pertama Piala AFF 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Selasa ini.

Sebanyak 40,000 tiket perlawanan itu sudah dijual dalam talian manakala sebanyak 40,000 terjual di stadium dan di Wisma FAM di Kelana Jaya serta kedai sukan Al Ikhsan di Putrajaya, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan sekiranya menerima sebarang laporan.

“Kita akan melihat perkara ini mengikut undang-undang yang ada, sebelum memutuskan untuk mengambil sebarang tindakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Terdahulu, gambar menunjukkan sebuah laporan polis tanpa nama yang difahamkan dibuat oleh seorang peminat bola sepak negara yang tidak puas hati dengan proses penjualan tiket perlawanan Skuad Harimau Malaya, menjadi viral di media sosial.

Sementara itu, Mazlan berkata pihaknya mengawal kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil pagi tadi selepas kira-kira 10,000 peminat bola sepak hadir untuk membeli tiket.

“Keadaan sekitar stadium sesak, bagaimanapun tiada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Hampir berlaku kekecohan dalam usaha penyokong Malaysia mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala AFF Suzuki sehingga menyebabkan ada yang memerlukan rawatan perubatan akibat kepenatan.

Sejumlah besar daripada mereka beratur sejak malam tadi, malah ada yang memasang khemah di hadapan beberapa kaunter tiket untuk mendapatkan tiket perlawanan Selasa ini.

Sumber: Berita Harian

Continue Reading

Global

20,000 tiket pertama Piala Suzuki AFF ‘sold out’

Semakan di laman web Ticket Hotline menunjukkan semua tiket yang diperuntukkan untuk jualan di portal berkenaan sudah terjual kesemuanya.

Published

on

By

Tiket Piala Suzuki AFF

Semuatiket perlawanan pusingan pertama peringkat akhir Piala Suzuki AFF 2018 antara Malaysia dan Vietnam pada Selasa depan yang dikeluarkan hari ini, sudah habis dijual.

Memetik Astro Awani, semakan di laman web Ticket Hotline menunjukkan semua tiket yang diperuntukkan untuk jualan di portal berkenaan sudah terjual kesemuanya.

Laporan sebelum ini menyatakan ia dibuka untuk jualan sejak jam 9 pagi ini (Jumaat) bagaimanapun semakan pada jam 9.30 pagi mendapati tiket berkenaan sudah habis terjual.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengumumkan 40,000 tiket akan dijual secara dalam talian di mana 20,000 dijual pada Jumaat dan 20,000 lagi dijual pada Sabtu.

40,000 tiket lagi dijual di kaunter pada Ahad dengan lokasi penjualan akan diumumkan kelak.

FAM turut mengumumkan peminat bola yang hadir ke Stadium Rajamanglaa di Bangkok pada peringkat kedua separuh akhir mungkin diberikan keutamaan untuk mendapatkan tiket final ini.

Sumber: Sinar Harian

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh