Connect with us

dunia

Sebanyak 8000 Pawagam Di China Akan Tayangkan Filem Lee Chong Wei

Satu lagi movie tempatan tembusi pasaran luar negara.

Published

on

Movie Lee Chong Wei

Satu lagi movie tempatan tembusi pasaran luar negara.

Filem biopik Lee Chong Wei mencipta sejarah tersendiri apabila membolosi 8,000 pawagam di China, sejak 7 September lalu.

Menurut penerbitnya, Josiah Chieng, walaupun dianjakkan daripada tarikh sepatutnya, sekitar Mei lalu, ‘lampu hijau’ daripada kerajaan republik terbabit tetap memberikan nafas lega kepada keseluruhan produksi.

“Bukan mudah untuk menembusi pasaran China, apatah lagi dapat diletakkan di bawah kategori filem import yang membolehkan naskhah ini ditayangkan di 8,000 pawagam di kebanyakan wilayah.

“Memang ada karya kita dibawa ke sana, tetapi ia tidak mendapat tayangan sebanyak filem Lee Chong Wei. Kami difahamkan, kategori filem import mempunyai kuota untuk tayangan menyeluruh dan majoritinya adalah produk Hollywood.

“Bagi saya, penerimaan ini sahaja sudah menjadi kejayaan buat kami dan industri filem tempatan, khasnya. Secara tidak langsung kita mampu menonjolkan karya dan budaya Malaysia kepada masyarakat luar.

“Daripada maklum balas, rata-rata memberikan komen positif. Mereka mengakui dapat melihat semangat dan kecintaan Chong Wei terhadap sukan badminton,” katanya kepada BH Online.

Movie Lee Chong Wei

Filem arahan Tee Bee Leng yang menampilkan lakonan Datuk Rosyam Nor, Tosh Chan, Jake Eng, Ashley Hua dan Agnes Lim, menemui penonton negara ini pada Mac lalu.

Ia mengisahkan kehidupan awal jaguh sukan itu yang penuh berliku hingga akhirnya meraih impian bergelar pemain badminton nombor satu dunia.

Kata Josiah lagi, pada bulan ini juga filem terbabit ditayangkan di Hong Kong, Macau dan Taiwan, sebelum meneroka pasaran Indonesia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Continue Reading
Advertisement

dunia

Lazada Akan Mula Menjual Rumah – Bayaran Pendaftaran Bermula RM3,000

Lepas ni, boleh beli rumah kat Lazada.

Published

on

By

Lazada

Lazada hari ini mengumumkan kerjasama dengan pihak Mah Sing, dimana hasil kerjasama ini akan menyaksikan jualan hartanah daripada Mah Sing melalui platform e-dagang Lazada.

Kerjasama Lazada dengan Mah Sing

Mah Sing mengatakan untuk pengguna yang membeli melalui Lazada, anda akan menerima insentif 5% secara eksklusif. Melalui Lazada, Mah Sing menawarkan hartanah dari sejumlah lokasi, termasuk antaranya M Centura, Sentul; Sensa Residence, KL South; M Aruna Rawang; M Vista, Penang, dan juga Meridin East, Johor.

Pengguna yang berminat boleh menyemak penyenaraian yang ditawarkan oleh Mah Sing di Lazada bermula hari ini, dan seterusnya membuat keputusan untuk membeli atau tidak. Sekiranya ingin membeli, maka pengguna boleh membuat pendaftaran dengan mendaftar melalui Lazada dan membayar sebanyak RM3,000 untuk pendaftaran (yang akan dipulangkan sekiranya gagal membeli). Mah Sing juga mengatakan mereka mengalakkan pengguna untuk menyemak kelayakkan bersama pihak bank sebelum membuat pembelian melalui Lazada.

Kerjasama Lazada dengan Mah Sing

Kerjasama Lazada dengan Mah Sing

Kerjasama Lazada dengan Mah Sing

Kerjasama Lazada dengan Mah Sing

Pembelian melalui Lazada ini boleh dilakukan bermula 10 Disember hingga 12 Disember 2018 ini. Selepas melakukan pembelian melalui Lazada, pihak Mah Sing akan menghubungi anda untuk melalui proses pembelian lanjutan.

Bagi anda yang ingin membeli hartanah dan rumah melalui Lazada daripada Mah Sing ini, anda boleh melawat laman rasmi Mah Sing di Lazada hari ini, dan membuat keputusan sama ada ingin membelinya atau tidak.

Continue Reading

dunia

Perpaduan Kaum di Malaysia

Published

on

Perpaduan kaum memang telah lama wujud sebelum dan selepas kemerdekaan. Hargailah apa yang telah diperjuangkan sebelum ini. Hayatilah sejarah Malaysia yang unik.

Continue Reading

dunia

Cara Pemerintahan Mempengaruhi Rakyat

Published

on

Kesejahteraan rakyat amat bergantung kepada citra dan perilaku seseorang pemerintah atau pemimpin. Cara seseorang pemerintah atau pemimpin menggunakan kuasa yang diamanahkan akan mempengaruhi tingkah laku rakyat.#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh