Connect with us

Ekonomi

11 Lagi Pusat Membeli Belah Bakal Dibuka Sekitar Lembah Klang

Lebih banyak peluang pekerjaan dan ekonomi semakin bertambah.

Published

on

Shopping complex Klang Valley

Nampaknya lebih banyak pusat membeli belah berpeluang dilawati buat orang ramai khususnya mereka yang berada sekitar Lembah Klang tidak lama lagi. Berdasarkan laporan The Star, dikatakan lebih 10 pusat membeli belah bakal dibuka sekitar Lembah Klang pada akhir tahun ini.

Empire City Damansara Mall dan Tropicana Gardens antara yang hadir dengan keluasan yang besar dengan saiz sekitar 2.3 juta kaki per dan satu juta kaki persegi.

Shopping complex Klang Valley

Meskipun sudah banyak pusat membeli belah yang berada sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, difahamkan pembukaan pusat membeli belah yang baru ini bakal merancakkan lagi aktiviti jual beli diantara pengguna bersama pembeli.

Malah rangkaian butik dan kedai di Suria KLCC serta Pavillion masih lagi menunjukkan penerimaan dan penjualan yang positif daripada para pengguna.

Buat anda yang berada dikawasan sekitar pastinya pilihan untuk ke pusat membeli belah lebih terbuka selepas ini. Pada pendapat anda, wajarkah kawasan sekitar Lembah Klang mempunyai 11 lagi pusat membeli belah bagi menampung jumlah pengunjung yang ramai? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Continue Reading
Advertisement

Ekonomi

Malaysia di kedudukan baik ke arah negara berpendapatan tinggi – Bank Dunia

Malaysia dijangka mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Published

on

By

Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi

Malaysia berkedudukan baik dalam usahanya memulakan era baharu ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun-tahun akan datang, menurut Bank Dunia.

Dalam kenyataan hari ini, Naib Presiden bagi Asia Timur dan Pasifik, Victoria Kwakwa berkata ekonomi Malaysia adalah sangat pelbagai dan memiliki asas kukuh, yang bersedia membawa negara ke peringkat seterusnya.

“Kami mengalu-alukan usaha kerajaan, sebagai sebahagian proses ini, untuk memperkukuh institusi, membangunkan modal insan dan melindungi aspek yang mudah terjejas dalam masyarakat. World Bank Group bersedia untuk menyokong Malaysia semasa proses peralihan penting ini,” katanya.

Kwakwa baru sahaja mengakhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia pada Isnin, dan dalam tempoh itu beliau bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Pegawai kanan Bank Dunia dan delegasinya turut mengadap Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi bertukar pandangan dan idea mengenai aliran pembangunan di Malaysia dan rantau ini amnya.

Aliran ini termasuk peningkatan kepentingan ekonomi digital dan pembangunan kemahiran untuk daya saing masa depan di semua negara di rantau ini.

Sumber: BERNAMA

Continue Reading

Ekonomi

Gaji Hanya RM800 Sebulan, Tapi Mampu Kumpul RM12K Dalam 3 Bulan?

Tips yang berguna untuk mereka yang susah nak menabung.

Published

on

By

Jom menabung

Wah, cantiknya kasut kat kedai tu! Bila tengok harga, alamak mahalnya!

Ramai antara kita yang mengeluh apabila terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk berbelanja sekarang ini.

Simpan RM12,000, 3 bulan

Dengan keadaan ekonomi yang membebankan dan kos sara hidup yang tinggi, terasa berat je nak keluarkan duit.

Nak buat tabung simpanan tu pula nampak macam mustahil. Tapi posting daripada pemilik Twitter ini buktikan ia boleh dilakukan.

Jom menabung

Tetapkan matlamat dengan betul

Untuk elakkan sentiasa berbelanja, katanya pertama sekali kita kena tetapkan matlamat kenapa kita nak menyimpan duit tu.

Nak kahwin ke, beli kereta ke, beli rumah ke, niat nak tunaikan haji ke. Barulah kita semangat nak menyimpan!

Jom menabung

Syafiq dakwa, gaji pokok diperolehi cuma RM800/bulan. Mana cukup kan? Jadi carilah kerja sampingan.

Jom menabung

Sorok tabung tempat susah jumpa

Yang peliknya, dia ni simpan semua duit hasil kerja sampingan tu dalam tabung. Tapi lepas tu tabung tu disorokkan pula kat tempat yang susah nak jumpa.

Dah kenapa?

Jom menabung

Nak duit simpanan banyak tapi nak menyimpan tu pun korang berkira-kira, sayang duit sangat pun tak boleh juga!

Guna tabung yang kecil

Dakwa menggunakan teknik psikologi, menurut Syafiq dia lebih bersemangat nak menyimpan bila tengok duit sentiasa nak penuh dalam tabung tu.

Rupa-rupanya selama ni gaji dia cuma RM800 je, tu yang dia jadi freelance photographer.

Jom menabung

Lepas tu dia masukkan semua duit hasil kerja freelance tu dalam tabung, bukan dalam bank!

Ikut kemampuan diri

Dengan gaji cuma RM800, mustahil boleh berjaya mengumpulkan duit sebanyak RM12,000 dalam tempoh tiga bulan kan?

Tapi kenalah juga ikut kemampuan diri sendiri.

Jom menabung

Jom menabung

Ye, betul tu. Rezeki tu Allah swt yang bagi, itu pun kita kena percaya dan ingat juga.

Mula-mula mungkin macam susah sikit nak ikut cadangan Syafiq ni tapi kalau kita cuba perlahan-lahan, siapa tahu akhirnya berjaya juga menabung.

Kalau tak menyimpan dari sekarang, sampai bila-bila pun tak dapat kumpul duit kan?

Continue Reading

Ekonomi

Harga rumah dijangka terus turun tahun depan

Berita baik untuk anda yang sedang mencari rumah untuk dimiliki

Published

on

By

Harga rumah turun

Trend penurunan harga rumah dijangka berterusan sehingga tahun depan, kata penganalisis pasaran hartanah, Faizul Ridzuan.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital Sdn Bhd, berkata perkembangan itu dapat dijangkakan memandangkan berlaku pertukaran kerajaan buat kali pertama selepas 61 tahun.

Katanya, secara kebiasaannya apabila berlaku pertukaran kerajaan, akan berlaku ketidaktentuan dari segi dasar ekonomi negara pada peringkat awal.

“Orang ramai juga akan menangguh hasrat mereka untuk membeli rumah terlebih dulu kerana mahu melihat sama ada kerajaan baharu ini bersifat mesra dan menggalakkan rakyat untuk membeli rumah atau tidak.

“Jadi, kebiasaannya juga orang ramai tidak akan membeli rumah pada peringkat awal ini. Jangkaan kami, trend ini akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga separuh pertama tahun depan,” katanya kepada Bisnes NSTP.

Tambahnya, harga rumah pada separuh kedua 2019 pula akan bergantung kepada Belanjawan 2020.

“Belanjawan boleh menentukan sama ada harga rumah akan naik atau bakal jatuh. Setakat ini, dalam Belanjawan 2019, tiada peruntukan untuk menggalakkan orang membeli rumah kecuali untuk pembeli rumah pertama.

“Jadi, disebabkan itu saya jangkakan harga rumah akan jatuh pada tahun depan,” katanya.

Faizul berkata, pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap beberapa bahan binaan juga tidak banyak membantu mengurangkan harga rumah.

“Saya ramalkan harga rumah baharu tahun depan tidak akan berapa tinggi, tetapi saiznya mungkin dikecilkan.

“Jika dulu rumah dengan tiga bilik dibina pada keluasan 1,200 kaki persegi (kps), tetapi akan datang rumah yang sama tetapi dengan keluasan 750 kps untuk dijual pada harga di bawah RM500,000.

“Harga mengikut kaki persegi akan menjadi lebih mahal, tetapi harga untuk sebuah unit menjadi lebih murah,” katanya.

Laporan awal dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) mendapati harga rumah di seluruh Malaysia secara purata turun sebanyak RM2,247 pada suku ketiga 2018.

Pada suku berkenaan, secara purata harga rumah di seluruh Malaysia adalah berharga RM414,469 berbanding RM416,716 yang dicatatkan pada suku kedua 2018.

Jika dipecahkan mengikut negeri, penurunan harga itu membabitkan sembilan negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak manakala selebihnya harga rumah adalah menaik.

Kuala Lumpur menunjukkan penurunan paling tinggi iaitu sebanyak RM9,715, dari RM788,475 pada suku kedua 2018 kepada RM778,760 pada suku ketiga 2018.

Bagaimanapun, harga rumah di ibu negara itu masih kekal tertinggi diikuti Selangor (RM478,466); Sabah (RM457,182); Sarawak (RM433,546) dan Pulau Pinang pada RM416,941.

Negeri lain merekodkan harga yang lebih rendah daripada paras kebangsaan (RM414,469) dengan Kelantan masih kekal dengan rekod terendah pada harga RM173,976.

Sumber: Berita Harian

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh