Connect with us

Lain-lain

Kini Anda Boleh Semak Baki Kad Touch ‘N Go Menerusi Telefon Pintar

Kini kita dah tahu baki kad Touch ‘n Go melalui aplikasi Touch ‘n Go beserta kemudahan eWallet untuk membayar bil dan lain-lain.

Published

on

Apps Touch 'n Go
Touch ‘n Go baru-baru ini mengemas kini aplikasi e-wallet untuk membolehkan pengguna memautkan atau sync kad Touch ‘n Go mereka ke telefon pintar.
Aplikasi yang diperkenal pada awal tahun ini berfungsi sebagai dompet tanpa tunai untuk membayar segala keperluan seperti bil utiliti, kredit prabayar dan pasca bayar, tiket wayang, dan tiket penerbangan.
Kemas kini terkini membolehkan pengguna memaut lebih daripada satu kad Touch ‘n Go ke aplikasi supaya boleh menyemak baki dengan mudah.
Apps Touch 'n Go
Ikuti langkah di bawah untuk memaut kad Touch ‘n Go anda ke aplikasi:

1. Muat turun aplikasi, daftar, dan klik pada ‘TNG Card’Apps Touch 'n Go

2. Masukkan nombor siri kad Touch ‘n Go anda

Nombor siri tertera pada bahagian belakang kad.App Touch 'n GoApp Touch 'n Go

3. Sebaik memasukkan nombor siri, baki kad akan tertera pada skrin.Anda juga boleh klik pada ‘ADD A NEW TNG CARD’ untuk memaut sehingga tiga kad Touch ‘n Go ke telefon anda.

Sekiranya anda menggunakan kad pengenalan (IC) sebagai kad Touch n ‘Go, nombor siri boleh didapati pada resit apabila anda tambah nilai.App Touch 'n Go

Baki kad boleh disemak melalui aplikasi pada bila-bila masa, namun mungkin terdapat kelewatan selama sehari untuk mengemaskini setelah berlaku transaksi.

Menurut SoyaCincau, bayaran tol hanya akan direkod dalam masa 48 jam dari masa transaksi sebenar.Pengguna juga boleh melihat transaksi sehingga 30 hari dengan mengklik pada Transaction History.
Walau bagaimanapun, masih belum ada cara untuk tambah nilai kad Touch ‘n Go menerusi aplikasi tersebut
Buat masa sekarang, urusan tambah nilai masih perlu dilakukan melalui online banking, ATM, atau kiosk dan kedai khas Touch ‘n Go.Muat turun aplikasi Touch ‘n Go untuk iOS dan Android sekarang!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lain-lain

Selamat Tahun Baru 2019!

Published

on

Selamat Tahun Baru 2019! 🎊🎊🎊🎉🎉🎉

Semoga semua yang kita impikan telah tercapai pada tahun 2018 dan azam yang baru untuk tahun ini.

Apa azam anda pada tahun ini?

Continue Reading

Lain-lain

Sejauh mana pengetahuan anda tentang masyarakat Peranakan di Malaysia?

Published

on

Istilah peranakan tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Cina Peranakan, India Peranakan dan bermacam-macam lagi etnik yang unik terdapat di Malaysia ini.

Siam Peranakan

Baba Nyonya

Terkenal dengan selok belok budaya yang seakan-akan orang Melayu, mereka tidak kekok mengamalkan budaya dan adat yang telah wujud sejak bertahun-tahun lamanya.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Cina Peranakan ini juga dikenali sebagai ‘Cina Kampung’, amalan seharian mereka dan juga dari sudut kesenian turut dipengaruhi asimilasi dengan masyarakat Melayu. Begitu juga dengan Chitty dan Portugis yang kebanyakannya mahir berbahasa Melayu dan mengamalkan adat-adat yang telah diberi sentuhan budaya Melayu kerana keakraban mereka dengan masyarakat setempat di Melaka.

Di utara semenanjung pula, kewujudan Jawi Peranakan atau Jawi Pekan pula adalah kacukan Melayu dengan etnik India di bahagian utara iaitu Arab, Punjabi, Benggali, Turki, Parsi, Gujerati dan Afghani di Pulau Pinang. Jawi peranakan turut diberi julukan anak tanjung. Etnik mamak pula adalah campuran Melayu dengan India di bahagian selatan dan mereka bertutur bahasa Tamil selain bahasa Melayu serta Inggeris

Chitty ketika di bawah kekuasaan penjajah Portugis, Belanda dan British, sudah banyak berasimilasi dan mengamalkan budaya dan cara hidup masyarakat tempatan. Bukti terawal masyarakat Chitty ini di Melaka adalah melalui pembinaan Kuil Sri Poyatha Moorthi di Melaka.

Jawi Peranakan

Siam peranakan pula kebanyakannya terdapat di negeri Kedah dan Kelantan. Siam peranakan juga terkenal dengan nama Melayu Sam-Sam dan masyarakat ini terdiri daripada Samsam Islam dan Samsam Buddha.

Makanan Tradisional Peranakan

Cina Peranakan atau Baba – Nyonya: Ayam kapitan, sejenis kari ayam kering; inci kabin, iaitu ayam goreng cara Nyonya; dan pindang bandeng, kuah ikan yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di Singapura.

India Peranakan atau Chitty: Nasi lemak kukus berlauk pinding ikan parang, kuah terung, sambal timun, udang, urap kelapa, kangkung tumis, kacang goreng minyak, acar cili dan sambal taik minyak.

Portugis: Devil’s Curry (kari yang kaya dengan 12 perasa bersama isi ayam atau daging), Garing-garing (snek lazat yang diperbuat daripada ikan dan disaji bersama sayuran yang dimakan mentah) dan Ikan Bakar Portugis (ikan yang dibakar dan dibalut dengan daun pisang.

Jawi peranakan: Juadah nasi lemuni, laksa lemak, acar buah dan jawi bamieh atau dalam bahasa Arab bermaksud bendi yang berasal dari Yaman, Mesir serta Oman.

 

Continue Reading

Lain-lain

Selamat Hari Natal!

Published

on

Kepada semua menyambut perayaan Natal dan ingin pulang ke kampung (atau balik ke bandar), kami daripada MalaysiaBoleh.com ingin mengucapkan hati-hati memandu dan selamat jalan!

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh