Connect with us

Fesyen

Kerana The Flash, Jenama Jam Tangan Dari Sabah Ini Mendapat Perhatian Dunia

Cantik jam tangan tu. Bukti rakyat Malaysia mampu buat produk bertaraf antarabangsa.

Published

on

The Flash

Buat peminat siri The Flash, pasti sangat mengenali pelakon yang memegang watak Barry Allen iaitu Grant Gustin. Hujung minggu lalu Grant Gustin menghadiri majlis Teen Choice Awards 2018 dan secara tiba-tiba, satu jenama jam dari Sabah mendapat perhatian dunia.

Ianya bermula dengan satu permulaan oleh peminat Gustin. Peminatnya bertanya jam apakah yang dipakainya dan di manakah boleh beliau mendapatkan jam berkenaan.

Gustin menjawab ianya adalah hadiah daripada rakannya dari Malaysia dan jenama jam berkenaan adalah Nayan Co.

The Flash

Setelah membuat sedikit pencarian di Facebook, saya dapat berhubung dengan founder kepada jam tangan ini, Fahad Nasir.

Menurut Fahad, selepas jenama Nayan Co dipetik oleh Gustin, beliau mula mendapat permintaan untuk jam berkenaan dari serata dunia.

“Jenama Nayan Co ini saya tubuhkan pada November tahun lalu. Ianya sekadar projek suka-suka sahaja yang jadi kenyataan. Saya memang peminat jam dan setiap rekaan dan pemilihan material untuk jam tangan Nayan Co adalah daripada saya,” kata Fahad.

“Jam Nayan Co ini adalah wedding gift saya kepada Grant ketika majlis perkahwinan beliau di Sabah beberapa bulan yang lalu. Tak sangka pula beliau sukakan jam tangan ini dan akan mention jenama Nayan Co ini di Instagram. Buat masa sekarang, saya banyak dapat tempahan dari Asia Tenggara dan pertanyaan dari peminat siri The Flash ini,” Tambah Fahad.

Setiap warna jam adalah terhad kepada 70 unit sahaja dan jam yang dipakai Gustin sudah sold out. Jam ini memang nampak eksklusif dan handsome jika dipakai.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fesyen

‘Akan Menipiskan Enamel Gigi’ – Doktor Sahkan Serbuk Arang Tak Boleh Putihkan Gigi

Bukan saja tidak putihkan gigi, malah arang boleh menyebabkan enamel gigi menipis.

Published

on

By

Produk pemutihan gigi berasaskan arang semakin bertambah di pasaran tempatan. Pengeluar produk sebegini membuat dakwaan serbuk arang berupaya memutihkan gigi jika menggunakan produk keluaran mereka. Pun begitu tiada bukti saintifik disertakan untuk menguatkan dakwaan mereka itu.

Doktor gigi, Dr Nur Sakinah Amran bercakap kepada Berita Harian mengenai dakwaan pengasas produk ini.

Mekanisme seperti magnet tarik kotoran

Arang tidak putihkan gigi

Menurut Dr Nur Sakinah, serbuk arang tidak bertindak secara langsung untuk memutihkan gigi. Dakwaan itu hanyalah  sekadar ‘trend’ yang diviralkan peniaga online untuk melariskan produk jualan masing-masing.

Walau bagaimanapun, secara teori doktor ini tidak menafikan arang boleh digunakan untuk menghilangkan kekotoran pada gigi yang disebabkan oleh tabiat minum kopi atau merokok.

Arang dipercayai mempunyai mekanisme seperti magnet untuk menarik serta memerangkap kotoran pada gigi. Apabila seseorang itu berkumur, secara teorinya kotoran terbabit akan keluar bersama.

Gigi hanya boleh nampak lebih bersih, tetapi tidak boleh putih seperti didakwa kerana serbuk arang tidak mempunyai apa-apa bahan aktif yang boleh membantu memutihkan gigi.

Serbuk arang menipiskan enamel gigi

Arang tidak putihkan gigi

Molekul serbuk arang sangat kasar dan bersifat menghakis. Kajian menunjukkan, penggunaan seawal empat kali sudah boleh menipiskan enamel gigi, sedangkan lapisan itu penting untuk melindungi dentin, selain lapisan ketiga iaitu pulpa selaku pusat saraf gigi.

Lapisan dentin secara asalnya lebih kuning berbanding enamel. Apabila enamel menipis ia tidak akan terbentuk semula dan dentin yang kuning akan berterusan terdedah. Ia menyebabkan dentin mula menyerap warna kelabu dari serbuk arang menyebabkan gigi bukan saja tidak putih, malah menjadi kelabu kekuningan.

Pernah rawat pesakit terhakis enamel sepenuhnya

Arang tidak putihkan gigi

Dedah Dr Nur Sakinah, dia pernah merawat pesakit yang telah terhakis gigi kerana enamel sudah haus sepenuhnya akibat penggunaan serbuk arang.

Keadaan ini menyebabkan pesakit itu diganggu rasa ngilu secara keseluruhan dan ia perasaan itu mengganggu rutin hariannya.

Fungsi arang sebenarnya sama seperti kayu sugi iaitu untuk membersihkan gigi, bukannya memutihkan. Penggunaannya juga tidak boleh berlebihan kerana ia turut berisiko menipiskan lapisan enamel.

Sumber: Berita Harian

Continue Reading

Fesyen

“Tidak ada istilah buang masa dalam hidup saya,” – Vivy Yusof

Published

on

Vivy Yusof bukan lagi nama asing  bagi penggemar fesyen di negara ini.

Bermula dengan FashionValet, beliau telah berjaya menempa nama di persada antarabangsa dan pernah dipaparkan media antarabangsa termasuklah BBC, The New York Times, Forbes dan banyak lagi!

Bagi beliau, Vivy tidak suka membuang masa kerana bagi beliau jika seseorang itu mempunyai banyak masa, mungkin ia akan disia-siakan begitu saja.

Continue Reading

Fesyen

“Menghormati orang lain dan hidup harmoni bersama,” – Amber Chia

Published

on

“Malaysians welcome you,”

Itu ayat yang sering meniti di bibir personaliti yang tidak asing lagi dalam dunia peragaan tempatan dan juga antarabangsa, Amber Chia, 37, yang dilahirkan Teluk Intan, Perak dan dibesarkan di Tawau, Sabah.

Beliau sering mempromosikan Malaysia di mana sahaja beliau berada.

All the best Amber Chia!

 

 

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh