Connect with us

Uncategorized

“Dulu Tahu ‘Kecek Kelate’ Je,” Pengawal Masjid Putra Ini Kini Kuasai 7 Bahasa Untuk Komunikasi Dengan Pelancong

“Dulu Tahu ‘Kecek Kelate’ Je,” Pengawal Masjid Putra Ini Kini Kuasai 7 Bahasa Untuk Komunikasi Dengan Pelancong

Published

on

Seorang pegawal keselamatan, Khairul baru-baru ini menarik perhatian pihak media apabila mengakui fasih 7 bahasa supaya mudah untuk bertutur dengan pelancong asing.  Lelaki berasal dari Kelantan ini mula bekerja di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira 15 bulan lalu dan memutuskan untuk mempelajari bahasa berbeza untuk memudahkan urusan komunikasi antara pelancong.

Khairul bekerja selama 12 jam sehari dan itu tidak menghalangnya daripada mempelajari bahasa baru sebelum tidur.

Sebelum ini Khairul hanya fasih bercakap dialek Kelantan dan mula menyedari bahawa orang ramai tidak dapat memahami dialek tersebut.  Daripada situ, dia mula mempelajari bahasa Melayu asli dan selepas 3 bulan, dia mula dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan lancar.

Pengawal Masjid Putra

Sehingga kini, Khairul bukan sahaja fasih berbahasa Melayu tetapi 6 bahasa lain seperti Mandarin, Vietnam, Korea, Jepun, Parsi dan Bahasa Inggeris.

“Masjid ini merupakan salah satu destinasi pelancongan, jadi kita perlu memahami bahasa mereka kerana ada sesetengah pelancong yang tidak fasih bahasa Inggeris.  Untuk memudahkan mereka, kita sendiri perlu mempelajari bahasa mereka.”

Oleh kerana dia tidak menghadiri kelas bahasa yang formal, pemandu pelancong dan pelancong adalah guru terbaiknya. Setiap kali mereka membetulkan bahasa Khairul, dia akan memasukkannya ke dalam buku nota dan mempelajari ucapan yang tepat dengan sebutan yang betul.

Pengawal Masjid Putra

“Tidak kira sama ada mereka pelancong atau pemandu pelancong, saya akan mengambil inisiatif untuk bertanya kepada mereka, dan mereka lebih senang menjawab soalan saya,” tambah Khairul.

Khairul memberitahu, dia akan menggunakan bahasa yang baru diperoleh dalam masa seminggu untuk membiasakan dirinya. Kemudian, mengambil proses pembelajaran dengan serius dan akan bermula dari adjektif dan sebutan, sebelum bergerak ke frasa dan pembinaan ayat.

Pengawal Masjid Putra

Khairul berkata bahawa pelancong lebih bersedia mematuhi arahannya jika dia bercakap dalam bahasa mereka.

“Pelancong yang berpakaian tidak patuh dengan peraturan masjid akan meminjam jubah (dari masjid). Kami akan menasihatkan wanita memakai topi dan pakaian menutup aurat sebelum memasuki masjid, “katanya.

Sumber: Sinchew

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Uncategorized

Tidak akan memperkecilkan pihak lawan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Published

on

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: