Connect with us

Roti Canai Sebagai Sarapan Pagi

Published

on

 

Kisah Roti Canai

Di Malaysia , Roti Canai merupakan makanan yang mudah didapati dimana-mana sahaja bila-bila masa. Roti ini sesuai dihidangkan pada waktu pagi atau petang (semasa hujan). Juadah ini disediakan dengan kuah kari (semestinya) dengan minuman Teh Tarik. Seperti dinegara Barat , Kopi O dengan Donut.

Donuts And Coffee GIF - Donut Coffee Holdinghands GIFs

Dinegara Barat, Kopi O panas disediakan dengan kuih Donut, manakala di Malaysia pula , Teh Tarik bersama dengan Roti Canai. Foto dari :Donuts And Coffee GIF from Donut GIFs

Roti Canai memang murah dengan harga berpatutan. Tidak kisah latar belakang atau status darjat, semua orang di Malaysia mesti pernah makan roti canai. Kalau pergi mamak, Roti Canai Banjir atau Roti Canai ‘extra crispy’ merupakan pilihan utama mereka.

1. Bermula pada waktu pagi apabila perut berbunyi.

Someone Feed This Kitten GIF - Hungry Kitten Cat GIFs

Roti Canai memang sesuai untuk sarapan pagi dan boleh didapati dari mana-mana kedai mamak . Foto dari: Someone Feed This Kitten GIF fromHungry GIFs

2. Apabila berada dihujung bulan atau gaji lambat masuk.

Cry Crying GIF - Cry Crying Tears GIFs

Apabila berbelanja lebih pada pertengahan bulan atau duit berkurangan pada akhir bulan, maka pilihan makanannya :  Roti Canai yang dikategorikan sebagai salah satu makanan paling murah dan berkemampuan. Foto dari : Cry Crying GIF from Cry GIFs

3. Bila perut kenyang, hati senang, poket pun tak berkurang

Do The Roti Dance GIF - Do The Roti GIFs

Penyediaan Roti Canai di Malaysia memang unik. Seolah-olah ada gerakan tarian dan semakin tinggi roti itu ditebar, semakin lazat dimakan. Apa lagi, bila perut kenyang, hati senang , poket pun tak berkurang. Foto Dari:Do The Roti Dance GIF from Do GIFs

Prata Roti GIF - Prata Roti India GIFs

Semua jenis roti di Malaysia memang kena ada dramatik ‘gesture’, baru ada rasa ‘thrill’ nak makan. Sebab itu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan selalu buat pertandingan Teh tarik dan Tebar Roti Canai peringkat antarabangsa. Foto dari : Prata Roti GIF from Prata GIFs

Bollywood Pk GIF - Bollywood Pk Aamir GIFs

Roti Canai semestinya ada kari ‘extra’ kaw. Baru ada rasa ‘kick’ pada waktu pagi. Di Malaysia, kalau boleh, 2-4 jenis kuah kari dan dal dicampur sekali. Ini dikenali sebagai Roti Canai Banjir (sebab kuah kari banyak sangat) Foto dari : Bollywood Pk GIF from Bollywood GIFs

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

covid-19

RayaCovid19: Ingkar PKPB? Belum tentu anda terlepas.

Published

on

Lebuhraya-lebuhraya utama telah pun sesak dengan kebanjiran kenderaan yang berpusu-pusu mencuba nasib untuk pulang ke kampung halaman sejak 2-3 hari yang lalu.

Walaupun para Menteri berulang kali menegaskan kebenaran merentas negeri hanya tertakluk kepada kes-kes kecemasan dan perlu mendapatkan kebenaran pihak berwajib, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil untuk mengingkari arahan yang dikeluarkan ini.

Beribu kenderaan cuba untuk melepas sekatan jalan raya di kawasan Nilai. Kredit foto: Berita Harian.

Ada juga di antara mereka yang dengan bangga menayangkan di laman sosial masing-masing, kehebatan mereka menggunakan kabel untuk merentas negeri. Ini bukanlah kes pertama yang melibatkan netizen yang begitu bangga mempamerkan ‘kuasa’ untuk melepasi sekatan yang telah ditetapkan.

Rata-rata netizen berang dengan status yang dimuat naik oleh wanita ini. Kredit foto: Meh Baca

Terbaru, Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan pihak Polis untuk tidak lagi membenarkan rakyat merentas negeri sepanjang PKPB dijalankan. Kompaun akan dikenakan serta merta dan mereka akan diarahkan untuk berpatah balik ke tempat asal.

Ini bertujuan mengelakkan mereka yang berasal daripada zon merah menyebarkan virus Covid-19 ke kawasan yang hijau. Pihak polis juga akan mengadakan lawatan mengejut ke rumah yang disyaki mempunyai mereka yang ingkar pada perintah ini.

Dimanakah letaknya sensitiviti rakyat dalam mematuhi larangan merentas negeri? Adakah mereka lebih mementingkan kemeriahan sambutan hari raya berbanding keselamatan ibu ayah dan kaum keluarga di kampung halaman? Seberapa pastikah anda bukanlah pembawa virus secara senyap?

#BerayaDenganSelamat #KitaJagaKita

Continue Reading

covid-19

Covid-19: Berhentilah bermain politik, kebajikan rakyat perlu didahulukan

Published

on

“Jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik COVID-19.”

Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah semasa Istiadat Pembukaan Penggal ketiga Parlimen Ke-14
Yang di-Pertuan Agong semasa bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14.
Kredit Foto: Astro Awani

Titah Yang di-Pertuan Agong tersebut jelas menunjukkan kepentingan rakyat sepatutnya menjadi asas terpenting dalam memastikan kestabilan negara terus kekal dalam usaha melawan musuh yang tidak kelihatan ini.

Ahli parlimen khususnya perlu bertindak dengan rasional kerana mereka telah dilantik oleh rakyat untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kerakusan ahli politik dalam mengejar cita-cita politik mereka boleh meruntuhkan kembali institusi pentadbiran yang semakin pulih ini.

Kebajikan rakyat perlu menjadi agenda utama arena politik. Tidak mengira pegangan politik mahupun latar belakang. Segala usaha untuk membantu rakyat untuk kembali berdiri diatas kaki sendiri perlu giat dijalankan dan ianya tidak tertumpu pada usaha pihak kerajaan semata-mata. Usaha-usaha ini tidak patut dilecehkan malah ianya perlu disambut baik oleh semua.

Kesan jangka panjang Covid-19 terhadap sektor ekonomi dan pelancongan memberikan impak yang cukup besar kepada pendapatan sebahagian besar daripada kita termasuklah pendapatan negara umumnya. Anak-anak muda adalah golongan paling terkesan akibat kemuculan wabak ini. Mereka tidak hanya kehilangan mata pencarian malah mereka bakal berdepan kemelut ekonomi yang lebih sukar di masa akan datang.

Menurut laporan Sinar Harian, akibat penularan wabak Covid-19, jumlah pengangguran telah meningkat dengan mendadak iaitu sebanyak 17.1%. Kumpulan belia berumur 15 hingga 30 tahun mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu sebanyak 6.9 peratus diikuti dengan golongan berusia 31 hingga 45 tahun (1.4 peratus) dan 46 hingga 64 tahun (1.1 peratus).

Intipati yang cukup jelas daripada YDPA apabila baginda turut menyatakan kerisauan tentang landskap politik negara yang kian goyah sejak akhir-akhir ini. Perbalahan, permusuhan malah perselisihan antara figura politik tanah air mampu memecah belahkan rakyat yang ketika ini dalam kesusahan.

Apakah tindakan yang sewajarnya yang patut dilakukan pihak pemerintah bagi membendung masalah pengangguran daripada terus berlarutan? Adakah ahli politik di Malaysia cukup matang untuk membincangkan soal kebajikan rakyat melebihi agenda politik mereka sendiri?

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: