Hasil program tersebut menunjukkan kesan yang amat positif apabila angka kematian kanak-kanak menurun sebanyak 85 peratus sekitar tempoh tahun 1970 hingga 2000. Di samping itu, suntikan vaksin imunisasi juga telah berjaya membasmi penyakit cacar dan polio di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.”

Vaksin yang diberikan di Malaysia juga menepati Maqasid Syariah seperti yang terdapat dalam garis panduan  syarak oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 1988 yang telah mengeluarkan beberapa pandangan hukum berkaitan vaksin imunisasi.

Untuk mengurangkan kebarangkalian jangkitan wabak, 95 peratus populasi hendaklah disuntik vaksin untuk mendapat status imuniti berkelompok dan kita telah melepasi had selamat tersebut.

Dengan peningkatan golongan pro choice yang secara ‘sukarela’ menolak penerimaan vaksin, imuniti kelompok di Malaysia telah menurun daripada 92% pada tahun 2017 kepada angka yang lebih membimbangkan iaitu 88%!

++++++