Connect with us

Ekonomi

Renungkan Kata-kata Jack Ma

Mari kita belajar daripada pengasas Ali Baba, yang juga orang paling kaya di Asia.

Published

on

Kata-kata Jack Ma, yang boleh beri semangat dan motivasi kepada kita.

– Apabila kita ada duit, kita pun mula melakukan kesilapan.

– Tampal atap yang bocor semasa hari sedang panas.

– Kita mesti beranikan diri berfikir terbalik.

– Nothing is free!

– Jangan lawan harga. Lawan mutu servis.

– Mahu belajar berenang, tapi tak mahu masuk ke dalam air.

– Jangan risaulah bila kita silap. Kesilapan adalah sumber pendapatan.

– Dalam bisnes, mulakan dengan membuat yang mudah-mudah sahaja dahulu.

– Apabila kita optimistik, kita dapat mencipta peluang.

– Dalam bisnes kecil, kita lebih banyak gunakan otak.

– Ekonomi masa depan adalah ekonomi AI dan ekonomi data.

– Ekonomi akan datang adalah ekonomi bisnes semut kecil. Kecil tetapi banyak.

– Kalau tak cuba, macam mana kita nak tahu?

– Tolong budak-budak kecil. Mereka akan menjadi budak besar.

– Orang yang pandai buat barang, dia mesti berpartner dengan orang yang ada otak bisnes. Baru jadi!

– Jangan pilih nak bekerja di syarikat mana. Pilih nak bekerja di bawah boss mana. Pilih boss yang mahu mengajar kita.

– Jangan buat bisnes dengan gomen. Boleh bercinta saja, jangan kawen!

– Jangan nak cari orang yang terbaik. Cari orang yang sesuai.

– Semasa bisnes masih kecil, banyakkan guna otak, jangan banyak gunakan duit.

– Cari jalan macam mana nak selesaikan problem yang sama tetapi dengan menggunakan cara yang berbeza.

– Kita sorang-sorang takkan berjaya. Mesti cari partners. Mesti tubuhkan team.

– Dalam tempoh 3 tahun pertama sejak Alibaba dimulakan, $1 pun Alibaba tak ada revenue.

– Semua syarikat besar bermula dari bisnes amat kecil.

– Setiap tahun 130 juta rakyat Cina keluar untuk melancong. Ini sebuah ‘negara’ yang berjalan-jalan!

– Bila gagal, jangan tuduh orang lain.

– Kita mesti lebih laju dari orang lain. Kita mesti bangun pagi lebih awal dari orang lain.

– Kita kena bantu orang-orang bisnes kecil. Mereka itu yang akan menjadi orang-orang bisnes besar.

– Jangan patah semangat. Bila kita patah semangat, itulah kegagalan sebenar.

– Kita mesti bekerja sangat keras, sangat, sangat, keras. Kita mesti buktikan kita layak menerima bantuan.

– Kita mesti selalu fikir terbalik.

– Jangan risaukan apa yang pesaing-pesaing kita buat. Mereka itu yang risaukan kita!

– Jangan pernah nak berlawan dengan cara main harga. Lawan dengan memberikan servis lebih baik dan inovasi.

– Dalam bisnes, tidak ada yang percuma.

– Kalau kita rancang mahu berjaya dalam masa 3 tahun, bersedialah untuk 5 tahun.

– Kita tak boleh nak buat sorang-sorang. Kita kena team-up. Kita mesti pandai team-up.

– Mahu berjaya, kita mesti berfikir dalam tempoh 10 tahun.

– Sebelum umur 30 tahun, ikut sahaja orang yang sudah berjaya. Belajar bisnes dari orang itu.

– Sesiapa yang tak pandai berniaga dengan bangsa Cina, dia takkan pandai berniaga dengan mana-mana bangsa.

– Jaga semangat kita. Selagi kita bersemangat, selagi itu kita masih ada peluang berjaya.

– Alibaba tolong bisnes anda. Anda tolong bisnes Alibaba. Macam itulah caranya kita sama-sama jalankan bisnes.

– Bila ada orang berkata, jika dia ada duit dia mahu buat ini, ini, percayalah sampai bila-bila pun dia takkan buat apa-apa.

– Industri servis akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

– Kesilapan pada hari ini adalah income kita pada masa depan.

– Kita bunuh bisnes kita sendiri apabila customer tidak puas hati.

– Buat target, bisnes kita akan berjaya 10 tahun dari sekarang.

– Jika ada orang mengemukakan idea yang susah nak dibuat, jangan buang idea itu. Fikirkan macam mana dapat dibuat.

– Buat bisnes, ini mudah. Buat bisnes yang sustainable, ini tidak mudah.

– Mahu kaya bulan depan? Mahu berjaya tahun depan? Itu impossible!

– Hendak meyakinkan orang yang sudah berjaya supaya dia mahu terima idea kita adalah kerja sangat payah.

– Kita mesti sanggup melepaskan sesuatu yang berharga bagi mendapatkan sesuatu yang lebih berharga.

– Yang mampu mengubah dunia ini bukan teknologi, melainkan angan-angan individu di belakang teknologi itu.

– Sampai hari ini Alibaba tidak pernah pinjam $1 pun duit bank.

– Jangan tunggu sampai semua sudah betul baru nak mula. Apabila semua sudah betul, itu maknanya kita dah terlambat.

– Siapa yang cakap kalau dia ada duit dia akan buat itu, akan buat ini, percayalah dia takkan ada duit!

– Duit ikut di belakang orang. Orang ikut di belakang perjuangan.

– Kalau kita tak pandai berkawan, macam mana nak buat bisnes?

– Cuba tengok makcik yang menjual kodok. Tengok macam mana dia berniaga. Tiap-tiap hari kodoknya habis.

– Saya tidak sibuk nak buat duit. Saya sibuk mencipta nilai.

– Hari ini, nak memulakan bisnes amat mudah. Nak menjalankan bisnes yang sustainable, itu yang susah.

– Di Alibaba kita ada pasukan khas yang mengkaji bitcoin. Bitcoin is not for me. di CNBC

– Jangan dengar apa orang kata. Bila mereka kata idea kita bagus, maknanya peluang sudah habis orang lain ambil dulu.

– Jangan buat yang serupa macam Alibaba. Buat yang lebih baik daripada Alibaba.

– Jika mahu berjaya, kita mesti belajar team-up dengan orang-orang lain.

– Apabila kita sudah ada duit, kita pun mula melakukan kesilapan.

– Apabila sesuatu trend itu sudah hot, kita masuk bisnes lain, masuk bisnes yang masih sejuk!

– Saya bukan genius. Bila saya duduk dengan Gates, saya rasa saya genius. Dia tak pandai cakap Cina!

– Apabila umur sudah 50 tahun, kita ikut cara kerja orang yang lebih muda. Mereka lebih tahu daripada kita.

– Usahawan jangan suka komplen. Kita mesti buat sendiri. Demi bisnes kita sendiri!

– Sewaktu baru memulakan bisnes, jangan fikir apa yang kita boleh dapat, fikir apa yang kita boleh beri.

– Alibaba bukan sebuah syarikat. Alibaba adalah sebuah ekosistem.

– Usahawan yang berjiwa besar, mereka sentiasa optimistik tentang masa depan.

– Cari orang-orang yang mahu bersama-sama dengan kita kerana mereka menyokong cita-cita, visi, dan misi bisnes kita.

– Apakah kita sangka kita akan berjaya dalam masa 1 tahun? Impossible!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ekonomi

Malaysia di kedudukan baik ke arah negara berpendapatan tinggi – Bank Dunia

Malaysia dijangka mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Published

on

By

Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi

Malaysia berkedudukan baik dalam usahanya memulakan era baharu ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun-tahun akan datang, menurut Bank Dunia.

Dalam kenyataan hari ini, Naib Presiden bagi Asia Timur dan Pasifik, Victoria Kwakwa berkata ekonomi Malaysia adalah sangat pelbagai dan memiliki asas kukuh, yang bersedia membawa negara ke peringkat seterusnya.

“Kami mengalu-alukan usaha kerajaan, sebagai sebahagian proses ini, untuk memperkukuh institusi, membangunkan modal insan dan melindungi aspek yang mudah terjejas dalam masyarakat. World Bank Group bersedia untuk menyokong Malaysia semasa proses peralihan penting ini,” katanya.

Kwakwa baru sahaja mengakhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia pada Isnin, dan dalam tempoh itu beliau bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Pegawai kanan Bank Dunia dan delegasinya turut mengadap Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi bertukar pandangan dan idea mengenai aliran pembangunan di Malaysia dan rantau ini amnya.

Aliran ini termasuk peningkatan kepentingan ekonomi digital dan pembangunan kemahiran untuk daya saing masa depan di semua negara di rantau ini.

Sumber: BERNAMA

Continue Reading

Ekonomi

Gaji Hanya RM800 Sebulan, Tapi Mampu Kumpul RM12K Dalam 3 Bulan?

Tips yang berguna untuk mereka yang susah nak menabung.

Published

on

By

Jom menabung

Wah, cantiknya kasut kat kedai tu! Bila tengok harga, alamak mahalnya!

Ramai antara kita yang mengeluh apabila terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk berbelanja sekarang ini.

Simpan RM12,000, 3 bulan

Dengan keadaan ekonomi yang membebankan dan kos sara hidup yang tinggi, terasa berat je nak keluarkan duit.

Nak buat tabung simpanan tu pula nampak macam mustahil. Tapi posting daripada pemilik Twitter ini buktikan ia boleh dilakukan.

Jom menabung

Tetapkan matlamat dengan betul

Untuk elakkan sentiasa berbelanja, katanya pertama sekali kita kena tetapkan matlamat kenapa kita nak menyimpan duit tu.

Nak kahwin ke, beli kereta ke, beli rumah ke, niat nak tunaikan haji ke. Barulah kita semangat nak menyimpan!

Jom menabung

Syafiq dakwa, gaji pokok diperolehi cuma RM800/bulan. Mana cukup kan? Jadi carilah kerja sampingan.

Jom menabung

Sorok tabung tempat susah jumpa

Yang peliknya, dia ni simpan semua duit hasil kerja sampingan tu dalam tabung. Tapi lepas tu tabung tu disorokkan pula kat tempat yang susah nak jumpa.

Dah kenapa?

Jom menabung

Nak duit simpanan banyak tapi nak menyimpan tu pun korang berkira-kira, sayang duit sangat pun tak boleh juga!

Guna tabung yang kecil

Dakwa menggunakan teknik psikologi, menurut Syafiq dia lebih bersemangat nak menyimpan bila tengok duit sentiasa nak penuh dalam tabung tu.

Rupa-rupanya selama ni gaji dia cuma RM800 je, tu yang dia jadi freelance photographer.

Jom menabung

Lepas tu dia masukkan semua duit hasil kerja freelance tu dalam tabung, bukan dalam bank!

Ikut kemampuan diri

Dengan gaji cuma RM800, mustahil boleh berjaya mengumpulkan duit sebanyak RM12,000 dalam tempoh tiga bulan kan?

Tapi kenalah juga ikut kemampuan diri sendiri.

Jom menabung

Jom menabung

Ye, betul tu. Rezeki tu Allah swt yang bagi, itu pun kita kena percaya dan ingat juga.

Mula-mula mungkin macam susah sikit nak ikut cadangan Syafiq ni tapi kalau kita cuba perlahan-lahan, siapa tahu akhirnya berjaya juga menabung.

Kalau tak menyimpan dari sekarang, sampai bila-bila pun tak dapat kumpul duit kan?

Continue Reading

Ekonomi

Harga rumah dijangka terus turun tahun depan

Berita baik untuk anda yang sedang mencari rumah untuk dimiliki

Published

on

By

Harga rumah turun

Trend penurunan harga rumah dijangka berterusan sehingga tahun depan, kata penganalisis pasaran hartanah, Faizul Ridzuan.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital Sdn Bhd, berkata perkembangan itu dapat dijangkakan memandangkan berlaku pertukaran kerajaan buat kali pertama selepas 61 tahun.

Katanya, secara kebiasaannya apabila berlaku pertukaran kerajaan, akan berlaku ketidaktentuan dari segi dasar ekonomi negara pada peringkat awal.

“Orang ramai juga akan menangguh hasrat mereka untuk membeli rumah terlebih dulu kerana mahu melihat sama ada kerajaan baharu ini bersifat mesra dan menggalakkan rakyat untuk membeli rumah atau tidak.

“Jadi, kebiasaannya juga orang ramai tidak akan membeli rumah pada peringkat awal ini. Jangkaan kami, trend ini akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga separuh pertama tahun depan,” katanya kepada Bisnes NSTP.

Tambahnya, harga rumah pada separuh kedua 2019 pula akan bergantung kepada Belanjawan 2020.

“Belanjawan boleh menentukan sama ada harga rumah akan naik atau bakal jatuh. Setakat ini, dalam Belanjawan 2019, tiada peruntukan untuk menggalakkan orang membeli rumah kecuali untuk pembeli rumah pertama.

“Jadi, disebabkan itu saya jangkakan harga rumah akan jatuh pada tahun depan,” katanya.

Faizul berkata, pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap beberapa bahan binaan juga tidak banyak membantu mengurangkan harga rumah.

“Saya ramalkan harga rumah baharu tahun depan tidak akan berapa tinggi, tetapi saiznya mungkin dikecilkan.

“Jika dulu rumah dengan tiga bilik dibina pada keluasan 1,200 kaki persegi (kps), tetapi akan datang rumah yang sama tetapi dengan keluasan 750 kps untuk dijual pada harga di bawah RM500,000.

“Harga mengikut kaki persegi akan menjadi lebih mahal, tetapi harga untuk sebuah unit menjadi lebih murah,” katanya.

Laporan awal dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) mendapati harga rumah di seluruh Malaysia secara purata turun sebanyak RM2,247 pada suku ketiga 2018.

Pada suku berkenaan, secara purata harga rumah di seluruh Malaysia adalah berharga RM414,469 berbanding RM416,716 yang dicatatkan pada suku kedua 2018.

Jika dipecahkan mengikut negeri, penurunan harga itu membabitkan sembilan negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak manakala selebihnya harga rumah adalah menaik.

Kuala Lumpur menunjukkan penurunan paling tinggi iaitu sebanyak RM9,715, dari RM788,475 pada suku kedua 2018 kepada RM778,760 pada suku ketiga 2018.

Bagaimanapun, harga rumah di ibu negara itu masih kekal tertinggi diikuti Selangor (RM478,466); Sabah (RM457,182); Sarawak (RM433,546) dan Pulau Pinang pada RM416,941.

Negeri lain merekodkan harga yang lebih rendah daripada paras kebangsaan (RM414,469) dengan Kelantan masih kekal dengan rekod terendah pada harga RM173,976.

Sumber: Berita Harian

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh