Connect with us

Pendidikan

Umur 8 tahun, tapi sudah sertai 200 pertandingan catur. Hebat!

Mempunyai hobi yang lain daripada yang lain berbanding kanak-kanak lain, Malaysia mempunyai permata yang boleh digilap sejak kecil lagi.

Semoga adik Ain Insyirah mampu mengharumkan nama di persada antarabangsa. #MalaysiaBoleh

Published

on

Usianya baru mencecah lapan tahun, namun murid SK Minden Heights, Georgetown, sudah menyertai lebih 200 pertandingan catur hingga ke peringkat antarabangsa.

Paling membanggakan apabila Ain Insyirah Rosli menjadi peserta tunggal mewakili Malaysia serta tersenarai sebagai 21 pemain terbaik dalam kejohanan Asian Youth Chess di Chiangmai, Thailand yang berlangsung pada 31 Mac hingga 10 April lalu.

 

Bermain catur sejak umur 6 tahun lagi

Ibunya, Zaiyana Mohd Hussain, 39, berkata empat anaknya memang minat bermain catur sejak kecil dan bakat Ain Insyirah disedari ketika berusia enam tahun.

Katanya, dia kemudian membawa anak ketiganya itu menyertai pertandingan catur peringkat sekolah, namun gagal meraih sebarang kedudukan.

“Memang dia menangis kecewa kerana kalah pada kali pertama, namun bangkit semula serta menjadi johan menerusi beberapa pertandingan selepas itu.

“Tahun lalu, dia mendapat tempat keempat ketika menyertai National Scholastic Chess Championship 2017 di Putrajaya dan juara dalam Malaysian National Youth Chess Championship 2018 di Johor pada Mac lalu,” katanya ketika ditemui bersama suami, Rosli Mat Seliaman, 46, di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan, hari ini.

Ain Insyirah adalah murid cemerlang dan aktif dalam acara pengucapan awam selain gemar dengan mata pelajaran Bahasa Mandarin di sekolah.

Setiap hari dia akan menumpukan latihan catur selama satu jam dengan bantuan jurulatih, selain gemar menyertai pertandingan catur dalam talian.

 

Kekangan kewangan

Namun, di sebalik kegembiraan meraih kejayaan, Zaiyana sedikit terkilan kerana anaknya tidak dapat menyertai beberapa kejuaraan bertaraf dunia berikutan kekangan kewangan.

Terkini, Ain Insyirah sepatutnya sudah berangkat ke Shanghai, China bagi menyertai 3rd Eastern Asian Youth Championship 2018, namun tidak mampu menanggung kos melebihi RM8,000 sebagai perbelanjaan di sana.

Malah, dia pernah melepaskan peluang menyertai kejuaraan antarabangsa pada tahun lalu di Mongolia dan Romania apabila masing-masing membabitkan kos RM13,000 dan RM20,000.

“Memang saya berasa kecewa, namun saya tetap positif dan percaya pasti lebih banyak peluang akan disertai pada masa akan datang.

“Idola saya minati ialah Magnus Carlsen, pemain catur muda dari Norway selain mengimpikan gelaran Woman Grand Master pada peringkat dunia,” kata Ain Insyirah.

Pada pertemuan itu, Kumaresan menyampaikan sumbangan peribadi RM1,000 kepada Ain Insyirah bagi membantu perbelanjaan jaguh cilik itu menghadapi pertandingan akan datang.

Kumaresan berkata, dia akan berbincang dengan Majlis Sukan Negeri (MSN) Pulau Pinang berhubung kos bagi membantu Ain Insyirah.

“Mungkin kita boleh sediakan geran kepada atlet berbakat seperti ini dan ia bagi memastikan bakat mereka dapat terus digilap, tidak hanya terhenti di separuh jalan.

“Jika masalah mengenai kos ini dapat diatasi, saya percaya kita mampu melahirkan lebih ramai atlet berbakat di Malaysia,” katanya.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

dunia

Globalisasi dan Fakta Sejarah

Published

on

By

Fakta sejarah amat penting walaupun berada didunia globalisasi

Continue Reading

Global

Menghormati dan Bertolak Ansur

Published

on

By

Bertolak ansur dan menghormati perasaan masing-masing dimana kepelbagaian itu mendapat perpaduan yang sebenar

Continue Reading

dunia

Hak keistimewaan dan Tanggungjawab Kepada Negara

Published

on

By

Memahami hak keistimewaan masing masing menjadi tanggungjawab utama rakyat untuk negara

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: