Connect with us

dunia

Top 4 Jenama Buatan Malaysia Menjadi Jenama Antarabangsa

Published

on

Sebenarnya ada lebih daripada 20 jenama buatan Malaysia telah menembusi pasaran dunia. Menerusi artikel Gempak.com , admin ingin kongsikan Top #4 jenama tempatan dimana semua orang kenal jenama ini. #MalaysiaBoleh

4 Jenama Antarabangsa Ini Sebenarnya Buatan Malaysia!

 

4 Jenama Antarabangsa Ini Sebenarnya Buatan Malaysia!

Barangan berjenama sememangnya sentiasa mendapat sambutan hangat daripada pengguna, terutamanya di Malaysia.

Tetapi, tahukah anda bahawa empat jenama popular ini disangka buatan luar negara namun pada hakikatnya adalah buatan tempatan.

Berikut kami senaraikan jenama popular buatan Malaysia:


1. BONIA
Pasti ramai di antara anda yang tidak menyedari bahawa jenama beg tangan dan pakaian mewah ini sebenarnya berasal dari Malaysia. BONIA Cooperation Berhad telah ditubuhkan pada 1974. Produk jenama kulit eksklusif ini juga diinspirasikan daripada hasil rekaan Itali.


2. SAN FRANCISCO COFFEE
Mungkin dengan hanya mendengar namanya sudah cukup membuat anda berfikir jenama kopi ini berasal dari San Francisco. Tahukah anda, San Francisco Coffee telah membuka cawangan pertamanya di Malaysia dan syarikat ini dimiliki oleh Lyndarahim Ventures Sdn. Bhd. dibawah pengurusan Datuk Abdul Rahim Zin.


3. THE MANHATTAN FISH MARKET
Nama restoran ini  semenangnya popular di kalangan rakyat Malaysia yang gemarka makanan laut. Namun, restoran ini sebenarnya bukanlah berasal dari Manhattan, New York. Sebaliknya, diasaskan oleh George Ang and Dr. Jeffrey Goh yang merupakan dua orang rakyat tempatan.

4. VOCHELLE
Mungkin ramai yang menyangkakan coklat jenama Vochelle ini adalah produk yang diimport daripada luar negara. Coklat ini sebenarnya diedarkan oleh Maestro Swiss,  sebuah syarikat pengilangan, penjualan, dan pemasaran dalam industri makanan dan minuman Malaysia. Ibu pejabat dan kilang jenama ini bertapak di Pulau Pinang, manakala pejabat jualan terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Artikel ini dipetik daripada : www.Gempak.com.
Sumber : Cilisos.my, Taikotai.tv
Olahan : Izzat Ridzwan

covid-19

Impak Pengangguran terhadap ekonomi Malaysia Pasca Covid-19?

Published

on

Adakah kita sudah bersedia? Bagaimana pula dengan persediaan negara dalam menghadapi pengangguran secara besar-besaran ini?

Continue Reading

dunia

Globalisasi dan Fakta Sejarah

Published

on

By

Fakta sejarah amat penting walaupun berada didunia globalisasi

Continue Reading

dunia

#GempaLombok Rakyat Malaysia yang terkandas akan dibawa pulang.

Published

on

By

SUNGAI PETANI: Kerajaan akan membawa pulang rakyat Malaysia yang masih terkandas di Lombok, Indonesia, akibat gempa bumi yang melanda wilayah itu, Ahad lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan juga akan menyediakan suatu penempatan khas di kawasan selamat di Lombok bagi menempatkan semua rakyat Malaysia yang terkandas di sana supaya mereka dapat kembali ke negara ini secepat mungkin.

“Saya kira kita akan membuat penempatan di sana untuk melicinkan kerja mengenal pasti supaya mereka dapat kembali secepat mungkin, ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Simulasi Bencana Gempa Bumi dan Tsunami di Sekolah dan Komuniti Kota Kuala Muda.

Turut berangkat ke program itu ialah Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Pada majlis itu, Dr Wan Azizah turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM200,000 daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk penambahbaikan laluan di belakang SMK Kuala Muda yang digunakan sebagai laluan evakuasi, selain menambah baik Pusat Pemindahan Sementara di sekolah itu.

Lombok Utara mengalami gegaran gempa bumi berukuran skala tujuh magnitud yang turut dirasai di sekitar Pulau Lombok, Pulau Sumbawa, Pulau Bali dan Jawa Timur pada jam 6.46 petang, Ahad lalu.

Sehingga kini, lebih 90 mangsa dilaporkan terkorban akibat bencana itu namun ia tidak membabitkan rakyat Malaysia.

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dalam kenyataan sebelum ini, memaklumkan seramai 161 warga Malaysia yang masih berada di pulau pelancongan itu sudah dapat dihubungi dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah berkata, kerajaan menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terbabit dalam bencana itu yang kini sudah dua kali melanda Lombok pada bulan lalu yang mengorbankan seorang rakyat Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan sudah menawarkan untuk menghantar misi bantuan ke Lombok melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) namun sehingga kini belum menerima maklum balas dari sana.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada mereka dan saya kira kita haruslah belajar dari pengalaman supaya kita turut siapsiaga (kemungkinan bencana) memandangkan jarak Malaysia dan Lombok adalah dekat, ” katanya.

Terdahulu, melalui program simulasi terbabit, Dr Wan Azizah berkata, rakyat negara ini tidak harus alpa dan leka terhadap sebarang kemungkinan risiko bencana alam sehingga mengabaikan aspek persiapan dan kesiapsiagaan.

Katanya, negara sendiri membangunkan sistem pengurusan bencana negara berteraskan teknologi maju dikenali sebagai ‘remote sensing’ untuk menyelaraskan maklumat bencana di bawah satu sistem selain membangunkan aplikasi untuk pemetaan kawasan berisiko bencana Tsunami.

“Sebelum ini kita beranggapan bahawa Malaysia antara negara yang terselamat daripada sebarang bencana malah pada kejadian tsunami berlaku, tidak ramai yang pernah dengar perkataan tsunami itu sendiri.

“Justeru, walaupun kejadian seperti tsunami bukanlah bencana yang sering berlaku namun latih amal perlu diadakan secara berkala supaya kesiapsiagaan dapat diterapkan untuk menjadi sebahagian daripada budaya terutama dalam kalangan kanak-kanak, ” katanya.

 

Artikel asal: Berita Harian

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: