Connect with us

dunia

Teh Tarik dan Thai Tea adalah sama?

Published

on

Cha Yen (ชาเย็น) atau Thai Tea atau Teh Ais Thai adalah minuman air sejuk yang biasa dijajakan di jalanan negara Thailand ini mula mendapat perhatian orang Malaysia pada suku terakhir tahun 2015. Sebelum ini fenomena Teh Ais Thai telah melanda orang Indonesia pada sekitar tahun 2014.

Asalnya Thai Tea ini dibuat daripada teh Ceylon yang kuat. Tapi disebabkan oleh harga teh Ceylon mahal, orang Thai buat sendiri teh versi mereka yang dikenali sebagai Bai Miang yang telah ditambah dengan pewarna makanan. Selain itu, ia akan turut dicampur dengan bunga lawang, asam jawa, buah pelaga dan rempah lain.

Pada waktu ini kelihatan makin ramai orang mengiklankan serbuk teh premix dari Thailand yang lebih dikenali sebagai ‘Thai Tea’ di Facebook dan Instagram.

Teh Ais Thai ini kelihatan seperti air Teh Tarik atau Teh Susu kita tapi ia sebenarnya tidak serupa. Terdapat beberapa perbezaan yang ketara, antaranya:

  • Warna Teh Ais Thai ialah kejinggaan. Manakala warna Teh Tarik ialah keperangan.
  • Teh Ais Thai dibuat dengan menggunakan teh khas dari Thailand. Manakala Teh Tarik boleh menggunakan serbuk daun teh yang biasa kita bancuh harian seperti Boh dan Lipton.
  • Aroma Teh Ais Thai berbeza dengan aroma Teh Tarik
  • Teh Ais Thai tak perlu ditarik, cukup sekadar dikacau rata. Manakala Teh Tarik perlu ditarik bagi menghasilkan buih.
  • Bahan-bahan Teh Ais Thai berbeza dengan bahan-bahan Teh Tarik kerana Teh Ais Thai menggunakan dua jenis susu iaitu susu pekat manis dan susu evaporasi.

Imej: Krapow.com

Artikel ini dipetik daripada : TheVocket.com

covid-19

Impak Pengangguran terhadap ekonomi Malaysia Pasca Covid-19?

Published

on

Adakah kita sudah bersedia? Bagaimana pula dengan persediaan negara dalam menghadapi pengangguran secara besar-besaran ini?

Continue Reading

dunia

Globalisasi dan Fakta Sejarah

Published

on

By

Fakta sejarah amat penting walaupun berada didunia globalisasi

Continue Reading

dunia

#GempaLombok Rakyat Malaysia yang terkandas akan dibawa pulang.

Published

on

By

SUNGAI PETANI: Kerajaan akan membawa pulang rakyat Malaysia yang masih terkandas di Lombok, Indonesia, akibat gempa bumi yang melanda wilayah itu, Ahad lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan juga akan menyediakan suatu penempatan khas di kawasan selamat di Lombok bagi menempatkan semua rakyat Malaysia yang terkandas di sana supaya mereka dapat kembali ke negara ini secepat mungkin.

“Saya kira kita akan membuat penempatan di sana untuk melicinkan kerja mengenal pasti supaya mereka dapat kembali secepat mungkin, ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Simulasi Bencana Gempa Bumi dan Tsunami di Sekolah dan Komuniti Kota Kuala Muda.

Turut berangkat ke program itu ialah Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Pada majlis itu, Dr Wan Azizah turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM200,000 daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk penambahbaikan laluan di belakang SMK Kuala Muda yang digunakan sebagai laluan evakuasi, selain menambah baik Pusat Pemindahan Sementara di sekolah itu.

Lombok Utara mengalami gegaran gempa bumi berukuran skala tujuh magnitud yang turut dirasai di sekitar Pulau Lombok, Pulau Sumbawa, Pulau Bali dan Jawa Timur pada jam 6.46 petang, Ahad lalu.

Sehingga kini, lebih 90 mangsa dilaporkan terkorban akibat bencana itu namun ia tidak membabitkan rakyat Malaysia.

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dalam kenyataan sebelum ini, memaklumkan seramai 161 warga Malaysia yang masih berada di pulau pelancongan itu sudah dapat dihubungi dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah berkata, kerajaan menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terbabit dalam bencana itu yang kini sudah dua kali melanda Lombok pada bulan lalu yang mengorbankan seorang rakyat Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan sudah menawarkan untuk menghantar misi bantuan ke Lombok melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) namun sehingga kini belum menerima maklum balas dari sana.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada mereka dan saya kira kita haruslah belajar dari pengalaman supaya kita turut siapsiaga (kemungkinan bencana) memandangkan jarak Malaysia dan Lombok adalah dekat, ” katanya.

Terdahulu, melalui program simulasi terbabit, Dr Wan Azizah berkata, rakyat negara ini tidak harus alpa dan leka terhadap sebarang kemungkinan risiko bencana alam sehingga mengabaikan aspek persiapan dan kesiapsiagaan.

Katanya, negara sendiri membangunkan sistem pengurusan bencana negara berteraskan teknologi maju dikenali sebagai ‘remote sensing’ untuk menyelaraskan maklumat bencana di bawah satu sistem selain membangunkan aplikasi untuk pemetaan kawasan berisiko bencana Tsunami.

“Sebelum ini kita beranggapan bahawa Malaysia antara negara yang terselamat daripada sebarang bencana malah pada kejadian tsunami berlaku, tidak ramai yang pernah dengar perkataan tsunami itu sendiri.

“Justeru, walaupun kejadian seperti tsunami bukanlah bencana yang sering berlaku namun latih amal perlu diadakan secara berkala supaya kesiapsiagaan dapat diterapkan untuk menjadi sebahagian daripada budaya terutama dalam kalangan kanak-kanak, ” katanya.

 

Artikel asal: Berita Harian

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: