Connect with us

Global

Malaysia hantar bantuan kepada Indonesia walaupun Jalur Gemilang pernah dibakar

Malaysia tidak berdendam walaupun sering dihina dan dicaci oleh pihak tertentu. Apabila mereka memerlukan bantuan, kita tetap bantu. #MalaysiaBoleh

Published

on

Pertelingkahan antara rakyat Malaysia dengan Indonesia memang sejak dari dahulu lagi. Saban tahun Jalur Gemilang kita dibakar untuk menunjukkan perasan marah dan protes terhadap Malaysia.

Namun apabila mereka ditimpa malapetaka baru-baru ini, iaitu gempa bumi yang melanda Lombok, negara kita tetap menghantar bantuan kemanusiaan. Malah PM Tun Mahathir berkata, Malaysia tetap akan menghantar bantuan kepada rakyat Indonesia yang terjejas.

Ini terbukti Malaysia tidak mengamalkan sikap dendam dan tetap membantu jiran yang dalam kesusahan walaupun sering kali dicaci dan dihina.

Berikut adalah berita PM Tun Mahathir mengumumkan akan menghantar bantuan kepada Indonesia.

Malaysia akan hantar misi bantuan ke Lombok

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sedang berusaha memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana susulan kejadian gempa bumi di Lombok, Provinsi Nusa Tenggara Barat (NTB) Indonesia.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia juga akan menghantar bantuan kepada rakyat Indonesia yang terjejas dalam insiden terbabit.

“Pegawai kedutaan kita sedang berusaha menentukan keselamatan rakyat kita yang berada di sana.

“Kita juga ingin memberi bantuan kepada rakyat Indonesia yang menjadi mangsa gempa bumi,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter yang melanda Pulau Lombok pagi semalam telah mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa setakat ini.

Seramai 162 orang turut tercedera dalam kejadian yang memusnahkan ribuan rumah penduduk setempat.

Sekumpulan rakyat Malaysia antara mangsa yang terkandas di Senggigi, Lombok Utara susulan gempa bumi tersebut.

Kini, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sedang memproses untuk membawa pulang jenazah warga Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Nusa Tenggara Barat.

Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan berkata, jenazah Allahyarham Siti Nur Ismawida Ismail, 30, yang kini ditempatkan di Hospital Selong, Timur Lombok akan dipindahkan ke Rumah Sakit Umum Daerah Provinsi NTB di Bandar Mataram, sebelum dibawa pulang. – Sinar Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Global

Remaja Malaysia Jadi Jutawan Melalui Permainan Dota 2

Guna kemahiran yang ada untuk cari pendapatan.

Published

on

By

Jika masih ada yang berpendapat bermain game secara serius tidak mampu menjadikan seseorang kaya dan jutawan, mungkin perlu difikirkan sekali lagi.

Terbaru, remaja dari Malaysia iaitu Yap Jian Wei atau lebih dikenali dengan nama xNova bersama kumpulannya, PSG.LGD berjaya muncul sebagai naib juara pertandingan Dota 2, The International 8 yang berlangsung di Vancouver, Kanada.

Pemain Dota 2

Difahamkan hadiah yang diperoleh melalui pertandingan berprestij ini membolehkan kumpulan PSG.LGD yang dianggotai oleh lima ahli kumpulan menerima sebanyak $4,075,965 (RM16,676,810).

Selain itu, pasukan OG berjaya muncul sebagai juara serta membawa pulang piala Aegis beserta wang tunai bernilai $11,208,905 (RM45,861,234). Tahniah diucapkan buat Yap Jian Wei diatas hasil usahanya. Semoga lebih banyak anak muda yang berjaya melakar nama di peringkat antarabangsa di dalam e-sukan selepas ini.

Continue Reading

dunia

Globalisasi dan Fakta Sejarah

Published

on

By

Fakta sejarah amat penting walaupun berada didunia globalisasi

Continue Reading

Global

Menghormati dan Bertolak Ansur

Published

on

By

Bertolak ansur dan menghormati perasaan masing-masing dimana kepelbagaian itu mendapat perpaduan yang sebenar

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: