Connect with us

dunia

Jenis Beras Yang Patut dikenali Ramai

Published

on

Hari ini kita kongsi pengetahuan tentang jenis beras dan khasiatnya. Beras merupakan sumber rezeki bagi masyarakat di Asia juga merupakan makanan ruji di rantau ini. Mari kita baca artikel ringkas daripada PesanBeras.Id

BERAS PALING POPULAR DIDUNIA

A. BERAS Kategori Pendek (Ukuran <5.2 mm)

1. Beras sushi (mutiara)

14 Jenis Beras Paling Populer di Dunia
Beras ini mempunyai tekstur melekat, sesuai untuk dibuat sushi yang terkenal di Jepun . Beras jenis ini juga disukai di Korea dan China.

2. Beras Arborio14 Jenis Beras Paling Populer di Dunia
Beras ini ditanam di Itali. Setelah dimasak, nasinya melekat antara satu sama lain. Beras ini memerlukan air yang banyak untuk dimasak kerana ia mengandungi kanji yang berlebihan.

3. Beras pulut14 Jenis Beras Paling Populer di Dunia
Beras ini berwarna putih susu yang setelah dimasak teksturnya melekat, biasanya dibuat songkolo oleh orang bugis makassar.

B. BERAS Kategori Sederhana (Ukuran 5.2 – 6.0 mm )

Beras ini lebih lebar daripada beras panjang dan nasi yang dihasilkan adalah lembut. Kebanyakan nasi putih yang kita makan hari-hari adalah sejenis ini.

4. Beras Calrose14 Jenis Beras Paling Populer di Dunia

Beras Calrose adalah beras kategori ukuran medium yang biasa dijumpai di California, Amerika Syarikat.
5. Beras tempatan14 Jenis Beras Paling Populer di Dunia

Beras putih tempatan adalah beras di Malaysia

C. Beras Kategori panjang (Ukuran >6.0 mm)

Beras Paling Populer Di Dunia – Beras kategori panjang memiliki panjang 4 kali daripada lebarnya. Apabila dimasak nasinya menjadi terhambur, ringan dan lembut. Sangat sesuai untuk dibuat nasi beriani, nasi minyak, nasi bukhari, nasi Arab dan nasi tomato.
6. Beras Basmati

14 Jenis Beras Paling Populer di Dunia
Beras basmati adalah jenis beras khas dari India. Satu cangkir beras ini mengandung serat 20% lebih banyak dibandingkan dengan jenis beras lainnya. Beras basmati juga memiliki indeks glikemik yang rendah.
7. Beras Jasmine

14 Jenis Beras Paling Populer di Dunia
Beras jasmine memiliki aroma yang harum dan menggugah selera. Salah satu manfaat terbaiknya adalah dapat mengurangi rasa sakit otot dalam tubuh karena adanya kandungan asam amino yang tinggi.
8. Beras organik

14 Jenis Beras Paling Populer di Dunia
Beras organik adalah jenis beras panjang yang bermutu tinggi dan sangat berkhasiat dengan kandungan karbohidrat yang rendah.

D. Beras Kategori Berdasarkan Warna

9. Beras putih14 Jenis Beras Paling Populer di Dunia
Beras putih merupakan makanan paling umum di Indonesia, Malaysia dan sebahagian besar wilayah Asia. Beras putih merupakan makanan yang paling mudah untuk dicerna baik oleh kanak-kanak ataupun dewasa. Beberapa manfaat kesihatan daripada memakan beras putih adalah mengurangkan gangguan sistem pencernaan seperti  radang usus besar, dan  ‘morning sickness’ bagi ibu yang hamil. Beras putih sendiri adalah makanan yang paling mudah untuk diolah menjadi berbagai jenis makanan .
10. Beras cokelat14 Jenis Beras Paling Populer di Dunia

Selain beras putih, beras cokelat juga baik untuk kesihatan Anda. Beras cokelat sendiri sering tertukar dengan beras merah kerana kesamaan bentuk dan warnanya. Beras cokelat mempunyai  kalori yang rendah  namun sangat tinggi kandungan serat larut. Bukan sahaja itu, kandungan minyak sehat dalam makanan ini mampu mengurangkan kolesterol jahat dalam tubuh.
11. Beras merah14 Jenis Beras Paling Populer di Dunia

Tidak banyak yang menyukai beras merah. Alasannya tekstur dari beras ini lebih kasar dibandingkan dengan beras putih. Namun mengambil beras merah bermanfaat untuk menjaga jumlah zat besi dalam tubuh yang membantu mengatur gula darah dan insulin. Selain itu, beras merah mengandung vitamin B6 yang penting untuk menyeimbangkan pembentukan serotonin dan sel darah merah yang penting dalam produksi sel DNA.
12. Ketan14 Jenis Beras Paling Populer di Dunia

Kandungan zat tembaga di dalam ketan dapat memperkuatkan  sistem imunisasi tubuh, serta meningkatkan fungsi otak yang sihat.
13. Beras hitam14 Jenis Beras Paling Populer di Dunia

Beras hitam sendiri jarang untuk ditemui. Namun beras ini memiliki banyak manfaat kesihatan terutamanya bagi mereka yang menghidap Alzheimer dan diabetes. Sebab beras ini memiliki kandungan zat anti-inflamasi dan anti-oksidan yang lebih tinggi dibanding jenis beras lainnya.

14. Beras liar14 Jenis Beras Paling Populer di Dunia
Salah satu jenis beras ini seringkali ditemukan di daratan Amerika Utara, sebenarnya jenis beras ini merupakan rumput air. Disana seringkali beras liar dijual dalam bentuk campuran, iaitu beras panjang dengan beras putih. Beras liar memiliki bebas gluten serta memiliki kadar protein.

Artikel ini dipetik daripada : PesanBeras.Id

covid-19

Impak Pengangguran terhadap ekonomi Malaysia Pasca Covid-19?

Published

on

Adakah kita sudah bersedia? Bagaimana pula dengan persediaan negara dalam menghadapi pengangguran secara besar-besaran ini?

Continue Reading

dunia

Globalisasi dan Fakta Sejarah

Published

on

By

Fakta sejarah amat penting walaupun berada didunia globalisasi

Continue Reading

dunia

#GempaLombok Rakyat Malaysia yang terkandas akan dibawa pulang.

Published

on

By

SUNGAI PETANI: Kerajaan akan membawa pulang rakyat Malaysia yang masih terkandas di Lombok, Indonesia, akibat gempa bumi yang melanda wilayah itu, Ahad lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan juga akan menyediakan suatu penempatan khas di kawasan selamat di Lombok bagi menempatkan semua rakyat Malaysia yang terkandas di sana supaya mereka dapat kembali ke negara ini secepat mungkin.

“Saya kira kita akan membuat penempatan di sana untuk melicinkan kerja mengenal pasti supaya mereka dapat kembali secepat mungkin, ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Simulasi Bencana Gempa Bumi dan Tsunami di Sekolah dan Komuniti Kota Kuala Muda.

Turut berangkat ke program itu ialah Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Pada majlis itu, Dr Wan Azizah turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM200,000 daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk penambahbaikan laluan di belakang SMK Kuala Muda yang digunakan sebagai laluan evakuasi, selain menambah baik Pusat Pemindahan Sementara di sekolah itu.

Lombok Utara mengalami gegaran gempa bumi berukuran skala tujuh magnitud yang turut dirasai di sekitar Pulau Lombok, Pulau Sumbawa, Pulau Bali dan Jawa Timur pada jam 6.46 petang, Ahad lalu.

Sehingga kini, lebih 90 mangsa dilaporkan terkorban akibat bencana itu namun ia tidak membabitkan rakyat Malaysia.

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dalam kenyataan sebelum ini, memaklumkan seramai 161 warga Malaysia yang masih berada di pulau pelancongan itu sudah dapat dihubungi dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah berkata, kerajaan menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terbabit dalam bencana itu yang kini sudah dua kali melanda Lombok pada bulan lalu yang mengorbankan seorang rakyat Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan sudah menawarkan untuk menghantar misi bantuan ke Lombok melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) namun sehingga kini belum menerima maklum balas dari sana.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada mereka dan saya kira kita haruslah belajar dari pengalaman supaya kita turut siapsiaga (kemungkinan bencana) memandangkan jarak Malaysia dan Lombok adalah dekat, ” katanya.

Terdahulu, melalui program simulasi terbabit, Dr Wan Azizah berkata, rakyat negara ini tidak harus alpa dan leka terhadap sebarang kemungkinan risiko bencana alam sehingga mengabaikan aspek persiapan dan kesiapsiagaan.

Katanya, negara sendiri membangunkan sistem pengurusan bencana negara berteraskan teknologi maju dikenali sebagai ‘remote sensing’ untuk menyelaraskan maklumat bencana di bawah satu sistem selain membangunkan aplikasi untuk pemetaan kawasan berisiko bencana Tsunami.

“Sebelum ini kita beranggapan bahawa Malaysia antara negara yang terselamat daripada sebarang bencana malah pada kejadian tsunami berlaku, tidak ramai yang pernah dengar perkataan tsunami itu sendiri.

“Justeru, walaupun kejadian seperti tsunami bukanlah bencana yang sering berlaku namun latih amal perlu diadakan secara berkala supaya kesiapsiagaan dapat diterapkan untuk menjadi sebahagian daripada budaya terutama dalam kalangan kanak-kanak, ” katanya.

 

Artikel asal: Berita Harian

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: