Connect with us

Uncategorized

#GempaLombok 18 pendaki Malaysia, seorang maut, terlibat dalam gempa bumi di Lombok.

Published

on

Kami daripada Malaysia Boleh ingin mengucapkan takziah kepada kesemua mangsa yang terlibat dalam gempa bumi di Lombok yang turut meragut nyawa seorang daripada pendaki Malaysia.

Artikel asal: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kumpulan 18 pendaki Malaysia yang masih berada di Lombok, Indonesia kini sedang menunggu pegawai kedutaan untuk proses pulang ke negara ini dan membawa pulang jenazah.

Seorang pendaki, Haziq Wafiy Mohd Azman, 26, berkata, pihak Imigresen Indonesia juga sudah menghubungi kumpulan berkenaan bagi mendapatkan maklumat berhubung kehilangan passport.

“Mangsa yang cedera masih berada di Hospital Daerah manakala pendaki yang terselamat kini berada di sebuah hotel di Mentaram kira-kira 70 kilometer (km) dari gunung.

“Jenazah Allahyarham Siti Nur Ismawida Ismail sudah dimandikan dan ditempatkan di Hospital Daerah sebelum di bawa pulang,” katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Haziq berkata, pihaknya kini sedang menunggu kedutaan untuk proses membawa pulang pendaki yang terselamat.

“Setakat ini, bagi kumpulan kami, kami sedang menunggu pegawai kedutaan datang dan baru boleh tahu bila kami dapat pulang.

“Keadaan di kawasan hotel ini tenang dan tiada sebarang gegaran susulan,” katanya.

Semalam, seorang pendaki rakyat Malaysia maut manakala enam yang lain cedera akibat gempa bumi di Gunung Rinjani, Lombok.

Gempa dengan kekuatan 6.4 magnitud itu turut menyebabkan kerosakan di kawasan sekitar dan banyak laluan terputus.

Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa tersebut terjadi pada 5.47 pagi dan berpusat 28 km Barat Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempa sekitar 10 km. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut laporan BMKG, berlaku 31 gegaran susulan selepas gempa pertama itu sehingga jam 7.39 pagi semalam.

Gegaran susulan gempa itu di bawah 5 Skala Richter. Berikutan itu, Gunung berapi Rinjani di Pulau Lombok yang popular dalam kalangan pelancong dan pendaki juga ditutup kerana dilaporkan berlaku kejadian tanah runtuh.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: