Connect with us

Uncategorized

Menteri Gobind Singh saran kibar Jalur Gemilang tanda ‘Sayangi Malaysiaku’

Published

on

 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyeru agar rakyat mengibarkan Jalur Gemilang bersempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Menurutnya, ia akan bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan 2018, ‘Sayangi Malaysiaku’ yang sambutannya akan dibuat kali ini di Putrajaya.

Katanya, sambutan Hari Kebangsaan ke 61 tahun ini turut menjadi sambutan kemerdekaan yang penuh bersejarah kepada kerajaan.

“Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini bertema ‘Sayangi Malaysiaku’, yang dipilih bagi meraikan dan mempertingkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Maka, semua rakyat harus membuktikan kasih sayang mereka kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh perasaan bangga mulai sekarang,” katanya pada sidang media bagi memperkenalkan logo dan lagu rasmi Hari Kebangsaan 2018, di kementeriannya di sini, hari ini.

Berkenaan pemilihan logo rasmi sambutan berkenaan, Gobind berkata simbol rakyat melakukan gerakan mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan dipilih menjadi logo rasmi.

Menurutnya, logo itu membawa maksud rakyat Malaysia berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian yang harmoni, bersatu padu, dan terpahat perasaan sayang kepada negara.

“Logo berkenaan adalah hasil ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam, juga yang dipilih Dr Mahathir pada 25 Julai lalu.

“Kami menganjurkan pertandingan terbuka kepada rakyat Malaysia untuk melukis logo Hari Kebangsaan 2018 dan sebanyak 632 logo diterima sebagai penyertaan.

“Perdana Menteri turut meluangkan masa memilih logo dan lagu rasmi yang dinyanyikan kumpulan Bunkface untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini,” katanya.

Mengenai lagu yang dicipta oleh Sam Bunkface, Gobind berkata lagu berkenaan dipilih kerana ia bergenre pop dan sangat menarik.

“Lagu tema kali ini sedikit berlainan dengan sebelum ini, kerana ia ‘catchy’ dan ia menunjukkan perubahan kerajaan baharu PH yang begitu bertenaga.

“Lagu baru ini akan menjadi lagu rasmi Kerajaan PH dan akan disiarkan di semua media rasmi di seluruh negara,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Gobind berkata Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 akan diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 3 hingga 5 Ogos ini.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: