Connect with us

Global

Makanan Menyatukan Rakyat Malaysia

Published

on

Tradisi Rumah Terbuka Untuk Sambutan Perayaan

Sudah menjadi budaya tradisi rakyat negara ini apabila penganjuran rumah terbuka menjadi kemestian bagi setiap perayaan utama seperti Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Krismas. Aidilfitri misalnya disambut meriah setiap tahun oleh semua kaum di negara ini tanpa mengira agama dan keturunan.

Masyarakat Melayu, Cina, India, Iban, dan lain lain kaum  akan mengadakan rumah terbuka bagi meraikan tetamu dekat dan jauh. Pelbagai juadah yang sedap lagi enak disediakan bagi menjamu tetamu. Semuanya akan nampak sangat menyelerakan tambah lagi bila makan beramai-ramai.

Budaya rumah terbuka secara tidak langsung merapatkan hubungan antara jiran tetangga. Ini merupakan peluang untuk mereka mengambil tahu mengenai siapa  jiran serta keluarga mereka.

Perayaan Tahun Baru Cina. Foto : The Star

 

Rumah Terbuka Deepavali . Foto : The Star

Era Globalisasi dan Sosial Media

Era globalisasi kini sudah banyak menjarakkan hubungan antara manusia dengan kehadiran gajet yang canggih sehingga seorang manusia itu tidak bergaul lagi dengan orang di sekeliling. Situasi sebegini amat sukar untuk dibendung apatah lagi kesibukan dengan kerjaya masing-masing.

Oleh itu, amalan menganjur rumah terbuka,sedikit sebanyak memberi ruang kepada ahli kejiranan untuk sekurang-kurangnya mengenali jiran mereka.

Masyarakat berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan bersama-sama. ini menunjukkan rakyat malaysia mempunyai semangat perpaduan.
Foto : Malaysia Travel

Global

Remaja Malaysia Jadi Jutawan Melalui Permainan Dota 2

Guna kemahiran yang ada untuk cari pendapatan.

Published

on

By

Jika masih ada yang berpendapat bermain game secara serius tidak mampu menjadikan seseorang kaya dan jutawan, mungkin perlu difikirkan sekali lagi.

Terbaru, remaja dari Malaysia iaitu Yap Jian Wei atau lebih dikenali dengan nama xNova bersama kumpulannya, PSG.LGD berjaya muncul sebagai naib juara pertandingan Dota 2, The International 8 yang berlangsung di Vancouver, Kanada.

Pemain Dota 2

Difahamkan hadiah yang diperoleh melalui pertandingan berprestij ini membolehkan kumpulan PSG.LGD yang dianggotai oleh lima ahli kumpulan menerima sebanyak $4,075,965 (RM16,676,810).

Selain itu, pasukan OG berjaya muncul sebagai juara serta membawa pulang piala Aegis beserta wang tunai bernilai $11,208,905 (RM45,861,234). Tahniah diucapkan buat Yap Jian Wei diatas hasil usahanya. Semoga lebih banyak anak muda yang berjaya melakar nama di peringkat antarabangsa di dalam e-sukan selepas ini.

Continue Reading

dunia

Globalisasi dan Fakta Sejarah

Published

on

By

Fakta sejarah amat penting walaupun berada didunia globalisasi

Continue Reading

Global

Menghormati dan Bertolak Ansur

Published

on

By

Bertolak ansur dan menghormati perasaan masing-masing dimana kepelbagaian itu mendapat perpaduan yang sebenar

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: