Connect with us

Pendidikan

Tempat menarik di Malaysia yang sama seperti overseas.

Published

on

Sebab utama admin kongsikan artikel ini adalah untuk mempromosikan tempat menarik yang memang dah wujud seperti tempat overseas. Apa kata kita melawat dan melancong dulu didalam negara dan sokong industri pelancongan Malaysia. #MalaysiaBoleh

12 Tempat Menarik Di Malaysia – Tapi Macam Overseas ✈

Sebenarnya ada tempat menarik di Malaysia ini, yang pemandangannya dekat sama macam di luar negeri tu.

Kalau setakat nak ambil feel overseas, kat Malaysia pun boleh.

Jom tengok satu-satu.

Selfie Sakan – Macam Di Bolivia

Tempat ini macam di Bolivia — Salar de Uyuni. Bila tangkap gambar, dah tak nampak mana langit, mana bumi.

Kredit

Kredit :www.sini.com.my

Tempatnya? Dekat dengan Kuala Selangor, 1 jam dari KL.

Specialnya tempat ini sebab scene macam kat atas cuma ada 5 hari sebulan.

Nak ke sini, kena naik bot. Sebab ini bukan tepi laut. Orang sini panggil scene aneh ini Mirror In The Sky.

Trip ke sini selalu penuh, sebab fenomena ini bukan hari-hari ada.

 Lokasi : Sasaran, Kuala Selangor
 Kos : RM 75 (15 orang ke atas)
JIMAT 12%

sky mirror

Tour

Sasaran Sky Mirror Tour

Harga asal RM 75. Dengan diskaun, hanya RM 60

Tenangkan Jiwa – Macam Di Taman Jepun

Ada beberapa tempat menarik di Malaysia yang pemandangannya macam di Jepun. Ada yang bermusim, ada yang sepanjang tahun.

Tapi kalau yang sentiasa macam di Jepun, kena pergi ke Colmare Tropicale.

Kredit
Sewa Kimono, lepas tu bergambar puas-puas.

Perut lapar? Makan sushi. Badan letih? Rasa urut gaya Jepun kat Tatami Spa.

 Lokasi : Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
 Kos : RM 60 seorg
 Cara Ke Sini: Naik bas pergi balik dari Berjaya Times Square KL ke Colmare.

Kalau setakat pemandangan macam di Jepun, tunggu musim bunga Sakura.

Merata view pink ada di Malaysia – Penang & Parit Buntar, Kemaman & Alor Setar antara tempat yang famous.

Kredit

Kredit :mauhorng.com

Bezanya kita ada lembuuuu ….

Kredit

Kredit :mauhorng.com

 Lokasi : Parit Buntar, Kemaman, Alor Star dll
 Kos : Percuma

Layan Hidup Kublai Khan – Macam Di Monggolia

the-mongolian-yurt-sabah2

Nak merasa tidur dalam rumah orang Monggol? Datang ke  Kundasang.

Tempat ini sejuk ya amat (17 darjah Celcius). Sesuai sangat kalau hangpa mahu ke Sydney tapi bajet cuma ke cukup ke Sabah.

Kredit

Kredit :angugulife.com

Satu yurt boleh muat 4 orang. Tapi tak sesuai untuk keluarga atau honeymoon ya?

Sebab memasak sendiri. Yurt pun mungkin berbau sebab cuaca sejuk tapi lembab.

Aihh .. kata nak rasa jadi Monggol kejap?

 Lokasi : Kundasang, Sabah
 Kos : RM 300 satu yurt
 Cara Ke Sini : Tempah di MrSabah

Kagum Tengok Rumah A Shape (Macam Di Australia)

Nak tengok orang surfing di Bondi Beach, Sydney sambil makan fish and chips tepi laut?

Maaf. Malaysia belum ada tarikan tahap begitu. Tapi kalau setakat rumah homestay gaya rumah pantai Australia, boleh lah ke tempat menarik Melaka ini.

Ini Masbro Paya Rumput. Satu rumah boleh muat sampai 6 orang.

masbro2

Rumah dalam kawasan berpagar. Siap dengan microwave, air-cond dan peti sejuk.

Nak mandi ada swimming pool.
masbro3

 Lokasi : Paya Rumput, Melaka
 Kos : RM 280 sebuah rumah
 Cara Ke Sini : Tempah di Masbro Village

Apa? Melaka panas?

Kalau nak rasa lebih sejuk, datang yang di Sabah ini.

Tapi ini untuk yang suka adventure. Sebab ini tempat camping. Sejuk nya? Adohai tak perlu cerita lah bila pagi-pagi.

Cuma harganya… batuk! batuk!

 Lokasi :Mount Kinabalu Training Camp, Sabah
 Kos : RM 680++
 Cara Ke Sini: Tempah di Airbnb

Jimat Duit Pi Pulau Gojes (Macam Di Maldives)

Ramai isteri yang buat suami pecah hati sebab asyik cakap — bila lah kita nak pi Maldives bang?

Adek sayang, kalau setakat suasana laut macam Maldives, ada kat Malaysia.

Banyak pulau Malaysia yang airnya jernih sampai nampak dasar laut – macam Maldives. Tioman, Langkawi, Semporna. Aiseh, banyak lagi sebenarnya.

Jadi kita ambil contoh sikit saja.

Yang di atas, view Japamala Resort, Tioman. Dalam negeri Pahang ni.

Ingat Pahang asyik Cameron sahaja ye?

samadhi-website-japamala-background-tioman-island-scene-05

 Lokasi : Japamala Resort, Pulau Tioman, Pahang
 Kos : Dari RM 750++ sebilik
 Cara Ke Sini: Naik bot dari Jeti Mersing, Johor

Kalau Terengganu, ada Pulau Redang.

pemandangan laguna redang - dengn air jernih macam maldives

Dah kat sini, buat apa lagi? Menyelam lah.

tarikan pulau Malaysia sudah tentu menyelam

 Lokasi : Laguna Redang Resort, Pulau Redang, Terengganu
 Kos : Dari RM 700++ sebilik
 Cara Ke Sini: Naik bot dari Jeti Syahbandar, Kuala Terenggganu.

Kalau Sabah, jangan cakaplah. Banyak pulau dan pantai yang menganga kita tengok. Sebab airnya aduhai mempesona sungguh.

Jadi kita ambil sikit saja contoh kawasan Sabah yang macam Maldives — Bohey Dulang.

Pulau Bohey Dulang ini tak ada resort. Cuma orang datang untuk tengok pemandangan yang macam kat bawah ni …

Nak ke sini, kena cergas sebab nak daki bukit. Dan kos pun tak murah. Tapi pemandangan memang lumayan.

 Lokasi : Pulau Bohey Dulang, Sabah
 Kos : RM 600++ satu bot
 Cara Ke Sini: Ambil bot di jeti Sempoerna.

Rasa Makan Scones Sambil Cakap Sejuknya – Macam Di England

Tarikan di Malaysia yang macam England pun banyak juga. Cuma salji tak ada. Tapi kalau setakat nak rasa feel kat sana tu boleh sangat.

Ini 2 contoh tempat menarik kat Malaysia yang nampak macam di England.

lakehouse-cameron
Dan yang kat bawah .

Orang kata hotel ini yang terbaik di Lembah Bertam …

tea
Tak mampu tidur di sini, minum petang sahajalah ya?

 Lokasi : 30th Mile Ringlet, Bertam Valley, Cameron Highlands
 Kos : RM 78 untuk minum petang
 Cara Ke Sini : Tempah di Lakehouse

Nak lebih class? Satu lagi hotel gaya British di Cameron. Tapi ini jauh lebih mewah sebab di bawah YTL.
cameron high;ands resort milik ytl yang mewah

Ada yang nak piknik?

piknik di cameron hghland resorts

Cukup je dua. Walaupun sebenarnya ada banyak lagi yang gaya macam di England.

Menangis Tengok Gunung Hijau – Macam Di New Zealand

Tu – brader tu kat Malaysia tau. Bukan New Zealand.

Sebab sama macam England, banyak tempat tarikan Malaysia yang macam di New Zealand.

Kalau nak bergambar macam dalam iklan Fern Left memang perkara enteng!

Tempat ini bukan sahaja ada lembu-lembu susu macam di New Zealand, tapi siap dengan pemandangan gunung dan kabus.

Bila perut sudah lapar, boleh minum susu lembu segar atau beli aiskrim kat sini. Terbaek dari ladang.

 Lokasi : Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah
 Kos : RM 5
 Cara datang: Contact FB Desa Dairy Farm

Yang di atas itu ladang.

Yang ini pula kawasan Kampung Himbaan, Bundu Tuhan, Ranau Sabah — Hounon Ridge Farmstay & Camping yang sangatlah femes.

Kredit

Kredit :theruka.com

Duduk minum teh petang-petang.

 Lokasi : Hounon Ridge Farmstay & Camping, Kg. Himbaan, Bundu Tuhan, 89308 Ranau, Sabah
 Kos : RM 160++ (rumah utk 4 orang)
 Cara datang: Contact FB Hounon Ridge

Ada yang hampir sama kat Kluang, Johor.

Cuma tak berkabus. Dan gunung tak sehebat di Sabah.

ukfarm2
Dan bukan lembu New Zealand. Tapi kambing.

 Lokasi : Plot 8, Projek Pertanian Moden Kluang, KM13, Jalan Batu Pahat
Kluang
 Kos : RM 48 seorang (tour 3 jam)
 Cara datang: Contact Laman UK Agro Resort

Rasa Demam Kpop – Macam Di Korea

Dulu demam Winter Sonata. Lepas tu demam Running Man.

Sekarang demam sebab selalu makan meggi saja sebab menabung nak pergi ke Korea.

Tak mampu tak mengapa. Jom cuti-cuti Malaysia kat tempat ini.

Kata orang macam di Manami Island.

Sayangnya yang datang, perangai tak macam orang Korea. Tapi macam orang Malaysia.

Akibatnya, sampah dah mula bersepah.

 Lokasi : Taman pokok Rhu di Pantai Senok, Tawang, Bachok, Kelantan
 Kos : Percuma

Minum Kopi, Layan Bangunan Cantik – Macam Di Perancis

Bandar seperti pekan Perancis ini lebih bersih. Sebab tempat ini kepunyaan Kumpulan Berjaya.

Namanya Colmar Tropicale.

colmare tropicale di bukit tinggi yang gaya di perancis

Kredit :www.flickr.com

Cuaca lebih sejuk dari di KL. Jadi, ada sikit rasa macam di Perancis.

Kredit

Kredit :www.flickr.com

Siap dengan clown busking kat tengah jalan.

Kredit

Kredit :www.flickr.com

Bila sudah ke sini, pakai baju sejuk. Lepas tu lilit shawl.

Macam brader sorang ni.

 Lokasi : Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
 Kos : RM 60 seorg
 Cara Ke Sini: Naik bas pergi balik dari Berjaya Times Square KL ke Colmare.

Tidur Dalam Teepees – Macam Di Amerika

Tempat menarik di Port Dickson ini macam Amerika — zaman koboi lawan Red Indian.

Nak merasa tidur dalam khemah Red Indian boleh. Nak naik kuda boleh.

Siapa yang dah ke sini angkat tangan!

 Lokasi : Eagle Ranch Resort, Port Dickson
 Kos : RM 150 ++
 Cara Ke Sini: Tempah dengan Eagle Ranch Resort

Feel Amerika Kat Kampar

Kalau setakat nak bergambar macam oversea, kat kawasan perumahan pun boleh dik.

disney avenue kampar

Tak caya? Pi Kampar, Perak.

disney avenue kampar

KreditFaiq Hanafi

Tu brader tu kat Disney Avenue. Kawasannya kecil dan tak ada banyak benda nak dibuat. Tapi setakat nak menyakat kawan dengan selfie glamer, boleh aje.

Patut tahun 2017 dah ada istana ala Disneyland kat sini. Kalau nak tau dah siap belum, boleh la pi terjah.

 Lokasi : Disney Avenue, Kampar, Perak
 Kos : Free

Langut Tengok Kurma – Macam Di Dubai

pemandangan masjid al bukhari waktu siang

Kredit :panoramio.com

Kali ini kita pergi ke destinasi macam di Timur Tengah. Sebab siap ada pokok kurma yang segar bugar.

Ini Masjid Al-Bukhari di Alor Setar, sumbangan dari Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.

Bila dah datang, jangan selfie saja. Masuk solat ye?

 Lokasi : Masjid Albukhary, Jalan Langgar, 05460, Alor Setar Kedah
 Kos : Percuma

Nganga Tengok Air – Macam Di Kemboja

Kita tutup senarai ini dengan tarikan yang out of this world yang selalunya ada di Kemboja. Dan beberapa tempat istimewa lain di dunia.

Tapi jarang nampak di Malaysia — ombak laut jadi biru.

Pemandangan ini ada terjadi di Pulau Sembilan, Pangkor, Perak.

Ada juga di Pantai Trusan Miri, Sarawak. Dan dengar cerita, ada juga kata selain Trusan, fenomena air laut membiru bila malam ada kat pantai lain di Miri.

e102

Efek ini jadi bila malam. Kata orang, sebab plankton.

Jadi, nak tanya.

Antara banyak-banyak tarikan Malaysia kat atas itu, mana satu yang buat hangpa kagum sangat?

Artikel ini dipetik daripada :www. JomJalan.com.my

dunia

Globalisasi dan Fakta Sejarah

Published

on

By

Fakta sejarah amat penting walaupun berada didunia globalisasi

Continue Reading

Global

Menghormati dan Bertolak Ansur

Published

on

By

Bertolak ansur dan menghormati perasaan masing-masing dimana kepelbagaian itu mendapat perpaduan yang sebenar

Continue Reading

dunia

Hak keistimewaan dan Tanggungjawab Kepada Negara

Published

on

By

Memahami hak keistimewaan masing masing menjadi tanggungjawab utama rakyat untuk negara

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: